HOT : PERKARA YANG JELIK SEMASA SAMBUTAN ULANGTAHUN UMNO YANG KE 66...@NajibRazak
TAHNIAH!!! EP ucapkan kepada Seluruh ahli UMNO sempena Sambutan Hari UMNO ke 66 yang lalu. Meriah… memang meriah…
Tetapi
di dalam kemeriahan hari perasmian pada Jumaat lalu, ada beberapa
perkara yang tak berapa sedap mata memandang. Bukan tujuan EP nak
menghentam sesiapa tapi “there’s always room for improvement” bak kata omputeh.
EP
memulakan perjalanan seawal 2 pagi menuju Kuala Lumpur untuk sama-sama
meraikan hari bersejarah UMNO. Di sepanjang lebuhraya kami beriringan
dengan berpuluh-puluh bas yang membawa ahli UMNO. Di hentian R&R
pula sesak dengan ahli-ahli UMNO yang datang dari Utara. Terasa seronok
pula melihat senario ini.
Setelah
berhenti mandi dan berehat di rumah member…akhirnya kami tiba juga di
Stadium Putra Bukit Jalil setelah berjam-jam terperangkap di dalam
kesesakan jalan raya. Almaklumlah berpuluh ribu kenderaan ingin menuju
ke tempat yang sama. Kemeriahan semakin terasa.. Kehangatan semakin
membara. Lautan manusia merah putih mewarnai Stadium Putra Bukit Jalil.
Masing-masing berasa bersemangat menunggu detik perasmian oleh YAB Dato
Sei Najib. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik,
pakcik-pakcik, tak kira tua muda duduk bersama-sama bagi meraikan hari
UMNO.
EP
rasa terharu melihat kesungguhan mereka untuk sama-sama berada di Bukit
Jalil. TAPI yang peliknya pucuk pimpinan UMNO seolah-olah tidak terharu
dengan sokongan ahli UMNO. Yang jeliknya semua exco tertinggi duduk di
atas pentas bersama-sama PM. Bukankah molek sekiranya mereka sama-sama
duduk di bawah bersama ahli-ahli yang lain. Biarlah PM dan beberapa
tokoh saja yang berada di atas. Kenapa perlu duduk di atas? Ini bukan
mesyuarat Agong … ini sambutan hari UMNO!!!
Bertambah jeliknya.. apabila usai PM memberi ucapan, menteri-menteri serta exco-exco kelam-kabut bangun untuk bersalam dan mengucapkan tahniah kepada beliau. Tidak ada waktu lainkah? Ini pertama kali mereka bertemu PM kah? Sakit juga mata EP memandang gelagat exco-exco ini yang seolah-olah ingin ‘mengipas’ tak kena tempat.
Bertingkat-tingkat
jeliknya bila waktu jamuan bermula. Semua exco tertinggi makan bersama
PM. Di dalam bilik berhawa dingin di jamu dengan makanan yang enak-enak.
Alangkah moleknya jika mereka makan bersama ahli yang lain.
Beramah-mesra, bergurau senda. Mendekatkan diri dengan rakyat. Tidak
terdetik kah di hati mereka, “ahli-ahli yang lain.. sudah makan kah
mereka?”
Berblok-blok
jeliknya melihat Exco-exco yang sanggup berbaris di depan kereta PM
untuk mengiringi PM pulang walhal pada ketika itu mereka boleh beramah
mesra dengan ahli-ahli UMNO yang hadir dari seluruh Malaysia… sejurus
selepas PM meninggalkan majlis, pimpinan tertinggi UMNO termasuk Exco
Wanita, Pemuda dan Puteri macam tak cukup tanah turut sama angkat kaki
meninggalkan Stadium Bukit Jalil. Cuma ada beberapa Menteri dan Timbalan
Menteri je yang beramah mesra dengan ahli UMNO pada ketika itu…Tahniah
EP ucapkan pada mereka..antaranya ialah YB Razali Ibrahim..Naib Ketua
Pemuda UMNO Malaysia…
EP
yang dari tadi sakit mata, sekarang sudah membawa ke sakit hati.
Janganlah pentingkan diri sendiri. Orang lain bersengkang mata, menahan
letih mengharungi perjalanan beratus-ratus kilometer, menyarungkan baju
keramat UMNO dari awal pagi hingga kini… ANDA? Datang disambut.
Kenderaan di ascord.. tak perlu meredah kesesakan dan tak perlu berjalan
kaki sejauh lebih 3km… Kelam kabut nak balik kenapa????
Adik-adik,
kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik tadi yang
duduk bersama.. kini mula meninggalkan tapak perasmian. Masing-masing
mencari kenderaan yang harus mereka naiki. Ada
yang sesat, ada yang salah bas, ada yang tak tahu ke mana nak dituju.
Pada waktu ini di mana ketua mereka? Bukankah sepatutnya mereka
bersama-sama ahli yang lain, menghantar mereka ke bas… Melambai tangan
dan mengucapkan terima kasih. Di mana mereka?
Dari
sakit mata, ke sakit hati, sekarang dah ke sakit jiwa EP dibuatnya dek
perangai exco-exco ni. Kesian EP tengok makcik-makcik yang lost ni. Kami
bantu apa yang patut. Nak pinjamkan handphone.. makcik-makcik ni tak
tau siapa yang mereka harus hubungi. Maklumlah bila dah ramai-ramai.
Tempat pun tak familiar.. sepatutnya perlu ada AJK yang bertanggungjawab
untuk menguruskan hal-hal seperti ini.
EP
meninggalkan Stadium Bukit Jalil pada jam 1.00 pagi. Di waktu ini masih
ada saki baki ahli UMNO yang menunggu kenderaan mereka. Di harap mereka
semua selamat tiba ke destinasi masing-masing.
Banyak
yang boleh dipelajari dari peristiwa ini. Bagi yang di atas, janganlah
lupa pada ahli yang di bawah. Semangat juang adik-adik, kakak-kakak,
abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik tadi harus disanjungi.
Tanpa mereka siapalah ANDA. UMNO juga takkan utuh hanya dengan pucuk
pimpinan sahaja. Hargai mereka. Bertukar senyuman, bersalaman, bertanya
khabar.. walaupun remeh dan kecil bagi ANDA tapi BESAR ertinya bagi
mereka d bawah. ANDA ingin disanjungi dan dihormati. Tapi pernahkah ANDA
menyanjungi dan menghormati ahli-ahli anda? Di mana ANDA apabila
anak-anak buah anda memerlukan anda?...
**Gambar kat atas sekali tu sekadar hiasan...
**Gambar kat atas sekali tu sekadar hiasan...
Juragan: Memang itulah yang sering berlaku dalam masyarakat Malaysia sekarang, terlalu mengampu orang atasan sedangkan yang berpenat jerih menjayakan program adalah orang bawahan.