Thursday, March 3, 2011

KEKURANGAN YANG PERLU DIPERBAIKI

BARU SAYA FAHAM KENAPA BILA KITA INGIN MENGIKUTI SKIM DIPLOMA, IJAZAH DAN SEBAGAINYA TAJAAN PETRONAS PERLU MENGAMBIL UJIAN PENILAIAN (ENTRY TEST). SOALAN YANG MERANGKUMI HAMPIR 5 BAHAGIAN UTAMA IAITU MATEMATIK, KIMIA DAN BIOLOGI, PENGETAHUAN AM, FIZIK DAN PASAL PETRONAS.



PART A: MATH (120 SOALAN = 120 MARKS)
PARA PESERTA HANYA DIBERIKAN 45 MINIT UNTUK MENJAWAB SEBERAPA BANYAK SOALAN YANG DIBERIKAN DALAM KERTAS OBJEKTIF..

KEMUDIAN LONCENG AKAN DIBUNYIKAN MENANDAKAN MASA UNTUK MENJAWAB PART A TELAH TAMAT, SETERUSNYA DIBENARKAN MENJAWAB PART B

PART B: CHEMISTRY AND BIOLOGY (120 SOALAN = 120 MARKS)
PARA PESERTA HANYA DIBERIKAN 45 MINIT UNTUK MENJAWAB SEBERAPA BANYAK SOALAN YANG DIBERIKAN DALAM KERTAS OBJEKTIF (SAMA LAR JUGAK)

SAMPAILAH KE PART E (PASAL PETRONAS)..


MEMANG TIDAK DINAFIKAN IANYA SEMEMANGNYA TIDAK CUKUP MASA SERTA NAFAS UNTUK MENJAWAB SEMUA SOALAN. NAMUN SEKURANG-KURANGNYA PARA CALON SEMUANYA TELAH BERUSAHA UNTUK MENJAWAB SEBERAPA BANYAK SOALAN YANG DIBERIKAN. TIDAK ADA PULA CALON YANG MENANGIS, MELATAH SERTA PELBAGAI LAGI REAKSI KERANA SEMEMANGNYA KITA SEMUA TELAH TAHU, BUKAN SEMUA EXAM BERDASARKAN SATU FORMAT SAHAJA. IANYA BOLEH BERUBAH BAGI MEMASTIKAN HASIL DAN PELAJAR YANG DIKELUARKAN BENAR-BENAR BERKUALITI DAN MAMPU SURVIVED DALAM PERSEKITARAN KEHIDUPAN DUNIA YANG SANGAT MENCABAR KINI.

ADAKAH PERNAH ANDA SEMUA TERFIKIR, YANG SEBENARNYA TAJAAN ATAU BIASISWA YANG ANDA DAPAT ITU ADALAH MEMANG ANDA BETUL-BETUL LAYAK ATAU HANYA SEBAGAI MAINAN POLITIK OLEH PELBAGAI PIHAK SEMATA-MATA UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN UNTUK BERKUASA.


JADI UBAHLAH DIRI ANDA DARIPADA SEORANG YANG BERJAYA KEPADA YANG TERBAIK, CEMERLANG SERTA GEMILANG. BERSESUAIAN DENGAN TUJUAN UTAMA ALLAH MENJADIKAN UMAT MANUSIA INI SEBAGAI SEORANG KHALIFAH YANG BERTANGUNG JAWAB MENJAGA AMANAH SERTA PERINTAH DARINYA..AMEEN