Setelah agak lama menyepi daripada arena blogger akibat kekangan kerja dan tugasan hakiki serta faktor "fed-up" juragan dengan khidmat jalur lebar yang bertaraf broadband mahupun gentian fiber yang diwar-warkan sangat laju serta memudahkan pengguna (Chit poodah penipu punya syarikat telekomunikasi).
Berbalik kepada tajuk utama diatas,
KALAULAH UniSZA ADA CAWANGAN DI NEGERI KEDAH, JURAGAN ADALAH ORANG PERTAMA YANG AKAN MENG'OFFER'KAN DIRI UNTUK KE SANA".
Kenapa berkata begitu, mungkin ramai yang akan bersetuju kalau juragan kata Di Kedah semuanya murah, mudah dan mesra sama juga seperti negeri jirannya iaitu Perlis.
Bayangkan di Kuala Nerang,
Nasi lemak bungkus ada lagi penjual menjualnya dengan sekitar harga 40 - 50 sen sebungkus |
Roti canai kosong dalam 45 sen atau 50 sen sebiji |
Buah-buahan 1 kg masih lagi dalam purata RM 2.00 - 3.00 |
Memang terbaik!
No comments:
Post a Comment