Saturday, September 18, 2010

TIP BELAJAR SEDIKIT DAPAT BANYAK (TIP YANG PERTAMA)


MEMBINA MOOD POSITIF UNTUK BELAJAR

PARA PELAJAR MESTI PERNAH BERTANYA KEPADA DIRI SENDIRI KENAPAKAH MOOD MEREKA KETIKA BELAJAR SERINGKALI SYAHID @ TIADA MOOD. SEDANGKAN IANYA SANGAT BERBEDA PADA WAKTU MEREKA MENONTON DRAMA, FILEM DAN SEBAGAINYA MOOD MEREKA AMAT MEMBERANGSANGKAN SEHINGGAKAN DAPAT MEMBERIKAN FOKUS SERTA TUMPUAN SEPENUHNYA AKTIVITI YANG MEREKA MINAT.

KENAPA INI BERLAKU..? ADAKAH IANYA BERSIFAT SEMULAJADI @ SEBALIKNYA..?

JAWAPANNYA MUDAH SAHAJA, MOOD SESEORANG INDIVIDU BERGANTUNG KEPADA NIAT SERTA KEINGINAN YANG KUAT UNTUK MELAKUKAN PERKARA YANG DIMINATI DAN BUKANNYA DIBENCI.

MOOD INI PERLU DIPUPUK DAN DIASUH SEJAK DARI AWAL LAGI BAGI MEMASTIKAN MOOD YANG POSITIF DAPAT DIBENTUK SETERUSNYA MEMBANTU DALAM MEMASTIKAN WUJUDNYA PERSEKITARAN MOOD YANG POSITIF SERTA KONDUKSIF UNTUK BELAJAR DAN JUGA DIAJAR OLEH PENGAJAR.

JADI SEBELUM MEMULAKAN SESUATU AKTIVITI PEMBELAJARAN @ ULANGKAJI, PARA PELAJAR SEHARUSNYA MEMBANGKITKAN MOOD YANG POSITIF DENGAN MEMAKSA MOOD DAN MINDA UNTUK MENERIMANYA SEBAGAI SALAH SATU PERKARA YANG AMAT DIMINATI.



SEBAGAI CONTOH SEBELUM SESSI KELAS PENGAJARAN MIKROBIOLOGI MAKANAN, PARA PELAJAR BOLEH CUBA UNTUK MENCARI MAKLUMAT MENGENAI TOPIK YANG BAKAL DIPERBINCANGKAN SERTA MAKLUMAT YANG BERKAITAN. PELAJAR BOLEH CUBA MENCARI SERTA MENGENALPASTI MAKLUMAT YANG BOLEH MENARIK MINAT SERTA MEMBANTU UNTUK MENGEKALKAN FOKUS DALAM KULIAH YANG DIBERIKAN.

SEKARANG ANDA BOLEH CUBA UNTUK MENANAMKAN MOOD YANG POSITIF UNTUK BELAJAR:
1.      
  •  CUBA PEJAMKAN MATA ANDA SEJENAK SAMBIL MENGOSONGKAN PEMIKIRAN ANDA
  • POSITIFKAN FIKIRAN ANDA DENGAN MENGATAKAN BELAJAR ITU SESUATU YANG SANGAT MENARIK DAN MUDAH DILAKUKAN.
  • INGATKAN HARAPAN SERTA DOA YANG TELAH DIBERIKAN OLEH KEDUA-DUA IBU BAPA SERTA KELUARGA KE ATAS KITA.
  •  TETAPKAN MATLAMAT UNTUK MEMBERI YANG TERBAIK SERTA CEMERLANG.
  •  NIATKAN DIDALAM HATI “SESUNGGUHNYA AKU BELAJAR ILMU ALLAH UNTUK KEBAIKKAN SERTA KEPENTINGANNYA KE ATAS MASYARAKAT, DAN AKU SANGAT MEMINATINYA”.
  • BUKA MATA SAMBIL MENGHELA NAFAS DENGAN SEKUAT-KUATNYA SEBAGAI TANDA KITA SUDAH BERSEDIA UNTUK BELAJAR.
  •  LAKUKANNYA PADA SETIAP KALI HENDAK MEMULAKAN PEMBELAJARAN MAHUPUN KULIAH, DAN ANDA AKAN RASA PERBEZAANNYA BAGI SETIAP SESSI PEMBELAJARAN YANG ANDA IKUTI. INSYA-ALLAH..



**KAEDAH INI DICADANGKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH YANG MENDAPAT PENCAPAIAN PURATA SEDERHANA DAN SEDERHANA BAIK. NAMUN BEGITU IANYA JUGA BOLEH DIGUNAKAN OLEH PARA PELAJAR CEMERLANG SEBAGAI RUJUKAN TAMBAHAN SERTA UNTUK MENINGKATKAN LAGI PENCAPAIAN MEREKA.

Sunday, September 5, 2010

MEREKA SEMAKIN BERANI

SALAM TO ALL,

Nampaknya mereka ini telah semakin berani melakukan perkara-perkara yang amat sensitif dengan agama Islam. Mula-mula dicabarnya tentang Hak dan Keistimewaan orang melayu, kemudian biasiswa MARA, kemudian lakukan serangan peribadi kepada Pengetua sekolah di Kulai, atas Alasan Racist..Aku nak tanya korang semua baik melayu, bukan melayu dan semua warga Malaysia..

Kenapa sebelum Tun Tido dan PM Najib, tidak pernah dibangkitkan pun perkara atau perbuatan yang sengaja menyuburkan kebencian dan perkauman dalam Malaysia ini. Tetapi start pada tahun 2010, korang pulak lantang menyalak meminta agar tidak membezakan antara Melayu dengan Bukan Melayu kerana semuanya SATU MALAYSIA..

Baik sekarang aku nak tanya satu soalan pada yang bukan Melayu tetapi Warga Malaysia. Pernahkah korang melihat ada bangsa Melayu yang berdemostrasi @ berhimpun untuk meminta kekayaan dan harta korang..? sudah tentunya tidak ada bukan, sebabnya mudah sebab kami bukannya BANGSA @ KAUM yang suka menggunakan kekerasan untuk merampas hak KAUM LAIN..dan itu bukannya prinsip dan amalan tradisi KAUM MELAYU. Apabila Bendera MALAYSIA dibakar dan dilontar najis oleh Kumpulan Bendera Indonesia, berapa banyak NGO atau Parti Politik Bukan Melayu yang menentang atau memboikot perbuatan mereka..KATANYA rakyat MALAYSIA tapi bila bendera dibakar..buat-buat tak nampak..

Cukuplah aku sebenarnya sangat SAKIT HATI, apabila perkara racist ini mula menular ke dalam Sekolah-sekolah, IPT-IPT sehinggakan menjejaskan hubungan erat antara kaum..Kepada Ahli - Ahli Politik yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan rakyat kawasan masing-masing.. Baik balik ke kawasan dan berkhidmat untuk masyarakat setempat dan bukannya mencari ISU untuk mencari POPULARITI serta GLAMOUR bagi menarik perhatian pengundi.. Bull SHit..semua MP yang berfikiran sebegitu, Cukuplah korang memperbodohkan minda dan pemikiran rakyat dengan mengadakan pelbagai ISU serta perkara sehinggakan menyentuh sensitiviti Agama dan menyebabkan berlakukan kurang keharmonian dalam pergaulan antara KAUM..

Last sekali, ingatan aku pada CEO TV3 atau Ahli Pengurusannya..tolong jaga sensitiviti dan kesucian Agama Islam..Jangan Jadi BUta TULI serta Bodoh dalam meluluskan penayangan Iklan Hari Raya yang Teramat Bodoh dan Bangang serta Mengalakkan unsur kristianisasi dalam Masyarakat Islam Melayu kini..Kalau di Indonesia, Pastinya kamu ini akan disula dengan buluh..Wsalam..


Friday, September 3, 2010

Juragan kini kembali

Assalamulaikum..
setelah sekian lama juragan-kritis menyepi daripada arus media bloggers..
Insya-Allah kini juragan akan kembali untuk berkongsi maklumat, informasi dan segala-galanya dengan para pengunjung juragan-kritis.blogspot.com ini..

Agak lama juga juragan menyepi dan tidak mengemaskinikan laman blog akibat kesuntukkan masa dan keperluan melakukan perkara yang prioritynya lebih penting dahulu..dengan pertambahan tugasan sambilan untuk berkongsi ilmu serta menyampaikan sesuatu ilmu yang kita mahir dan pelajari kepada insan dan pelapis yang akan datang adalah sesuatu yang juragan tidak akan tolak malah sangat berbesar hati melakukannya walaupun bebanan tugasan dan pemfokusan masa dan priority penyelidikan akan menjadi semakin terhad dan kekurangan masa, nasib baiklah bab analisis makmal telah siap sepenuhnya hanya perlu melakukan analisis mengunakan perisian SPSS sahaja. Belum pernah lagi dalam sejarah Juragan mengambil masa yang hampir sebulan untuk melakukan semua keperluan analisis statistik (biasanya dalam 2-3 hari mesti dah siap). 

Sekarang adalah waktu cuti antara semester dan juga cuti hari raya, ianya amat memberikan peluang untuk juragan mencari ketenangan serta pemfokusan utama untuk menyiapkan kerja-kerja analisis data kajian. Alhamdullilah tinggal data untuk satu objektif lagi yang belum siap, mungkin akan disiapkan dalam masa 2-3 hari lagi..Bila semua dah siap barulah berani sikit nak buat commitee meeting, rasanya dengan results yang diperolehi mungkin sudah cukup untuk menoktahkan aktiviti penyelidikan makmal juragan. Daripada tonasi jawapan oleh supervisor dan co-supervisor ada memberikan harapan dan jawapan yang memberangsangkan walaupun belum ada lagi pertemuan secara official dan face to face. Penggunaan teknologi internet amat memudahkan kerja-kerja perkongsian hasil kajian dengan para penyelia (thumb up to perkhidmatan jalur lebar, walaupun kekadang broadband bertukar menjadi berukband).
(akan bersambung...)