Assalamulaikum..
setelah sekian lama juragan-kritis menyepi daripada arus media bloggers..
Insya-Allah kini juragan akan kembali untuk berkongsi maklumat, informasi dan segala-galanya dengan para pengunjung juragan-kritis.blogspot.com ini..
Agak lama juga juragan menyepi dan tidak mengemaskinikan laman blog akibat kesuntukkan masa dan keperluan melakukan perkara yang prioritynya lebih penting dahulu..dengan pertambahan tugasan sambilan untuk berkongsi ilmu serta menyampaikan sesuatu ilmu yang kita mahir dan pelajari kepada insan dan pelapis yang akan datang adalah sesuatu yang juragan tidak akan tolak malah sangat berbesar hati melakukannya walaupun bebanan tugasan dan pemfokusan masa dan priority penyelidikan akan menjadi semakin terhad dan kekurangan masa, nasib baiklah bab analisis makmal telah siap sepenuhnya hanya perlu melakukan analisis mengunakan perisian SPSS sahaja. Belum pernah lagi dalam sejarah Juragan mengambil masa yang hampir sebulan untuk melakukan semua keperluan analisis statistik (biasanya dalam 2-3 hari mesti dah siap).
Sekarang adalah waktu cuti antara semester dan juga cuti hari raya, ianya amat memberikan peluang untuk juragan mencari ketenangan serta pemfokusan utama untuk menyiapkan kerja-kerja analisis data kajian. Alhamdullilah tinggal data untuk satu objektif lagi yang belum siap, mungkin akan disiapkan dalam masa 2-3 hari lagi..Bila semua dah siap barulah berani sikit nak buat commitee meeting, rasanya dengan results yang diperolehi mungkin sudah cukup untuk menoktahkan aktiviti penyelidikan makmal juragan. Daripada tonasi jawapan oleh supervisor dan co-supervisor ada memberikan harapan dan jawapan yang memberangsangkan walaupun belum ada lagi pertemuan secara official dan face to face. Penggunaan teknologi internet amat memudahkan kerja-kerja perkongsian hasil kajian dengan para penyelia (thumb up to perkhidmatan jalur lebar, walaupun kekadang broadband bertukar menjadi berukband).
(akan bersambung...)
No comments:
Post a Comment