Friday, April 30, 2010

GLEE

Hari ini Juragan terpanggil untuk mengulas sebuah cerita yang sedang hangat ditayangkan oleh pihak ASTRO sekarang.


gLee


Merupakan cerita bersiri bercorak muzikal yang mana telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penonton di USA mahupun di Malaysia. Walaupun jalan ceritanya boleh dianggap agak keterlaluan dan sukar diterima oleh masyarakat Malaysia (pengaruh seks luar nikah, gay, gengsterism dsbagainya). Namun ia juga menyelitkan unsur-unsur nilai positif seperti memaparkan kesungguhan seorang kekasih yang mahu mendapatkan biasiswa pengajian ke peringkat Universiti bagi meningkatkan taraf hidup (walaupun sebenarnya anak yang dikandung oleh girlfriend bukan anaknya) tiada satu pun dalam slot cerita berkenaan memaparkan sindrom cerita CINTA Malaysia iaitu apabila sang kekasih mengandung si Boyfriend mesti lari dan tidak mahu bertanggung jawab. Kawan-kawan serta masyarakat sekeliling turut memberikan HARAPAN dan bukannya HUKUMAN kepada pasangan terbabit agar terus memperbaiki kehidupan mereka. Maka tiadalah ending cerita yang membabitkan @ menceritakan cara untuk membuang kandungan mahupun membuang bayi. 

Namun begitu Juragan ingin menegaskan sekali lagi mana yang baik dalam cerita ini boleh kita jadikan tauladan terutamanya cara para guru @ pensyarah mereka menaikkan semangat serta meningkatkan perhatian dan penglibatan anak murid mereka berdasarkan minat mereka. Hubungan yang erat serta rapat antara guru dengan murid ini telah berjaya mewujudkan perkongsian pintar dan suasana working dan learning environment yang cemerlang, hebat dan konduksif.

"Minyak Wangi tidak semerbak wangiannya, sehinggalah dituangkan"
"Kayu Wangi pula tidak akan mengeluarkan bau, sehinggalah ianya dibakar"
Jadi sekadar renungan kita bersama, diharap agar anda semua telah dapat ilmu yang berguna daripada artikel berkenaan, meminjam kata-kata keramat Prof Madya Hj. Izuddin Hj. Ali “jadi fikir-fikirkan dan selamat beramal” 


Thursday, April 29, 2010

Motivasi Diri Dari Tali Kasut

Juragan terpanggil untuk berkongsi satu artikel motivasi bertajuk “Motivasi dari tali kasut” karya Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj dalam bukunya yang bertajuk “Motivasi Diri: Membina Jiwa Serasi, 2008.”

Apabila kita mula kasut baru, kita akan merasai satu kelainan. Ianya amat berbeza dengan kasut yang lama walaupun sebenarnya kasut itu telah rosak. Kita seakan-akan terpaksa memakai kasut yang baru walaupun kasut yang baru ini terasa agak sempit, apabila dibawa berjalan terasa seperti kaki kita sedang didera dan diseksa yang teramat sangat.

Namun begitu lama kelamaan kita merasa selesa pula dengan kasut berkenaan. Kita pun menjadi hairan bin ajaib kerana kasut yang dahulunya terasa sempit dihujung telah tiada kerana hujung kasut berkenaan sudah semakin kembang. Kini kasut baru berkenaan telah tiada beza lagi dengan kasut kita yang lama dahulu. Bagaimanakah ianya boleh terjadi sedemikian? Bagaimanakah kasut berkenaan boleh berkembang?

Rupa-rupanya apabila kita amati, bukan kasut itu yang berkembang atau kaki kita yang mengecil tetapi talinya yang semakin member. Dahulu sewaktu mula-mula kita memakainya, kita mengikat dengan kemas dan kejap, sesuai sebagai kasut baru, maka kita rasai beberapa keburukan, tetapi apabila selalu digunakan dan talinya semakin melonggar dan memberi, kesudahannya kita sudah dapat rasai keselesaan yang asal.

Begitulah KASUT bertoleransi dengan kita, untuk memberikan kita keselesaan dan keserasian. Ia melonggar dengan sendiri mengikut pergerakan kaki dan kekerapan ianya digunakan. Semakin kerap ianya digunakan semakin ia memahami keperluan kita dan kita pun semakin selesa dan terus selesa sehinggalah sampai masanya nanti kasut itu hendak dibuang kerana telah rosak, kita tetap berasa saying dan seperti tidak mempercayai akan dapat kasut yang cukup memahami seperti itu lagi.

Hidup ini begitulah, ibarat memakai kasut baru. Mula-mula menempuh alam baru pekerjaan, pelbagai ketidakselesaan akan dirasai, tetapi lama-lama nanti ianya menjadi suatu kebiasaan. Hidup tidak boleh terlalu berkira dan rigid. Terlalu berkeras ibarat kasut yang menyakitkan apabila dipakai. Lama-lama akan timbul rasa bosan dan meradang. Kalau ada kasut baru, ia memang akan ditinggalkan. Kalau tak ada yang baru pun, rasa untuk membeli yang baru sentiasa bersarang.
Jadi ibarat tali kasut yang sedia mengikat, melonggarkan diri untuk memberi ruang tetapi sedia diikat kembali jika itu bermakna keselesaan, keserasian dan destinasi.

P/S: Bagi juragan sikap toleransi dan ingin berubah patut dijadikan sebagai amalan wajib bagi memudahkan kita untuk menjadi insan yang gemilang dan boleh dibawa kemana sahaja asalkan ianya memberikan impak yang positif. Jadi sekadar renungan kita bersama, diharap agar anda semua telah dapat ilmu yang berguna daripada artikel berkenaan, meminjam kata-kata keramat Prof Madya Hj. Izuddin Hj. Ali 

“jadi fikir-fikirkan dan selamat beramal”

Source:
Siri Motivasi Diri: Membina Jiwa Serasi, DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
Jalan Pantas ke Arah Pelajar Cemerlang, Prof Madya Hj. Izuddin Hj. Ali & Zetty Zahureen Mohd Yusoff.

Wednesday, April 28, 2010

Humor Application Letter

Dear Sir or Madam,

"I am sure you have looked through several resumes with the same information about work experience, education and references. I am not going to give you any of that stuff.”

“I would love to interview for the position of (insert the job title here). If you grant me an interview for (insert the job title here), I feel confident you’ll see why I’m the right person for the job.” “My mother delivered me without anaesthesia so I have an IQ 146 and can therefore learn anything and everything.”

“I enjoy working closely with customers, and my pleasant demeanour helps them feel comfortable and relaxed – not afraid.” “I realise that my total lack of experience may concern those considering me for employment.” But “I have integrity, so I will not steal office supplies and take them home.”

“Please don’t regard my 14 positions as job hopping. I never once quit a job.” “They stopped paying me.” (he he he) “In my next life, I will be a professional backup dancer or singer,” but for now, “I am attacking my resume for you to review.” “I realise that my resume is no longer exemplary thanks to my family destroying the computer file and its life.” Nevertheless, “here are my qualifications for you to overlook.”

“Thank you for your consideration. Hope to hear from you Shorty!”       

Sincerely,
Hapless Job Seekers

Source: Resumania.com

Tuesday, April 27, 2010

Salam Pengenalan

Assalamualaikum W.B.T

Salam pengenalan 
kepada semua pelawat-pelawat yang sudi melayari blog ini. Diharap kandungan blog ini dapat memberikan ILMU dan MANAFAAT yang berguna buat semua. 

Berpegang kepada peribahasa  
"Ilmu tanpa Amal dan Sebarkan, Ibarat Pokok yang tidak berbuah" 
kandungan dan artikel dalam blog ini adalah hasil nukilan peribadi penulis sendiri mana yang sebenarnya ILMU dan KEBAIKKAN yang ingin disebarkan itu sebenarnya datangnya daripada Allah S.W.T dan yang tersilap dan kekurangan itu sesungguhnya daripada kelemahan diri penulis sendiri.