Salam Ilmiah buat semua,
Agak lama juga juragan tidak menulis nukilan dalam blog juragan-kritis ini.
Mungkin terlalu sibuk dengan dunia penulisan tesis penyelidikan serta kehanyutan dalam dunia facebook.com.
Oligosaccharides extraction from red pitaya flesh and peel, white pitaya flesh and peel and papaya flesh and peel |
Setelah bertungkus lumus hampir 2 tahun melakukan aktiviti penyelidikan di makmal akhirnya 90% kajian juragan terhadap potensi buah pitaya merah untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kajian yang dilakukan ke atas buah pitaya merah, pitaya putih serta papaya dengan menentukan kandungan komposisi antioksidan dan aktiviti penghapusan radikal bebas; potensi komposisi sebatian ekstrak buah pitaya merah, pitaya putih dan papaya sebagai komponen antibakteria (12 jenis strain bakteria dalam makanan) dan antikanser (5 jenis sel kanser utama iaitu Leukemia (HL-60), Kanser Kolon (HT-29), Kanser Buah Dada (MCF-7), Kanser Serviks (HeLa) dan SeHa) dan sel normal (3T3); penentuan kandungan oligosakarida kasar dalam buah pitaya merah, pitaya putih dan papaya menggunakan High Performance Liquid Chromatography; potensi oligosakarida daripada buah pitaya merah, pitaya putih dan papaya dalam menggalakan pertumbuhan probiotic (bifidobacteria dan lactobacillus).
TLC test was run to identify the purity peak of selected oligosaccharides |
Alhamdullilah proses menulis tesis telah bermula sejak 2 minggu yang lepas setelah mendapat kebenaran daripada Penyelia bersama iaitu Prof Dr. Abdul Manaf Ali. Walaupun penyelia utama ingin memperkukuhkan lagi tentang kepentingan kajian agar lebih bertepatan dengan bidang bioteknologi makanan, namun memandangkan masa yang semakin singkat serta terdapatnya lebih daripada 5 parameter yang berbeza menyebabkan Prof Manaf bersetuju bahawa kesemua parameter yang telah dilakukan telah memenuhi dan melebihi syarat-syarat bergraduat bagi seorang calon PhD (Terima Kasih Prof). Apa yang perlu dilakukan oleh juragan sekarang hanyalah menulis serta menghantar setiap bab kepada kedua-dua penyelia bagi tujuan semakan dan pembetulan sebelum menghantar tesis bagi tujuan pemeriksaan yang dijangka dapat dilakukan sepenuhnya pada akhir bulan Disember 2010 @ Januari 2011.
Insya-Allah dijangkakan pada bulan Mac atau April 2011 mungkin juragan telah boleh menjalani proses viva tesis dan bergraduat pada bulan Julai 2011 sebagai Penuntut PhD sulung UniSZA (Didoakan agar Allah mempermudahkannya). Sekarang juga sambil menulis tesis, juragan telah mula mencari-cari kerja-kerja kosong yang mungkin boleh membantu juragan daripada segi kewangan kerana Biasiswa Fellowship GRA akan tamat pada bulan Mei atau Jun 2011. Maka bermulalah kembali kehidupan juragan sebagai penganggur lepasan IPTA yang sememangnya agak sukar mencari pekerjaan sekarang. Berserah kepada yang ESA dan Maha Berkuasa kerana segala-galanya telah ditentukan olehNYA, kita hendaklah sentiasa berusaha dan selebihnya diserahkan kepada NYA..
No comments:
Post a Comment