Juragan amat tertarik dengan artikel daripada http://mysuperkids.net/hospital-kerajaan-atau-hospital-swasta. Ianya mengisahkan pendapat penulis mengenai perbandingan antara Hospital Swasta dan Kerajaan..
Dalam seminggu dua ini saya rasa isu ni hangat diperkatakan, hingga di beberapa stesen radio menjadikan ini sebagai topik untuk diskusi dengan pendengar. Benda yang sama, dari dulu sampai sekarang pun. Malah saya terbaca dalam headline sebuah akhbar tentang keluhan pengguna tentang bayaran yang terlalu tinggi untuk rawatan di hospital swasta.
Biasanya kalau berbicara tentang hospital kerajaan atau hospital swasta, orang akan buat perbandingan dari segi perkhidmatan. Tapi last2 orang2 pro-hospital kerajaan akan kata juga “Alah, secanggih mana pun hospital swasta tu, kalay kes kronik hantar ke hospital kerajaan juga…”
Sebenarnya ini bukan isu siapa menang siapa kalah. Hospital kerajaan dan hospital swasta tak boleh dijadikan saingan sebenarnya. Saya pun tak faham kenapa ada pihak yang suka defend habis-habisan tentang ‘kebaikan’ sesesbuah hospital tu (sedangkan bukan bapak dia punya pun hehehe).
Sepatutnya pandangan kita terhadap kedua2 hospital ini adalah complement to each other, atau saling melengkap antara satu sama lain, bukan nak bersaing atau membandingkan siapa lebih bagus. Saya sendiri ada banyak pengalaman dengan kedua2 hospital. Antara yang saya boleh senaraikan:
- Saya sendiri dipindahkan dari hospital swasta ke hospital kerajaan kerana fasiliti yang tak mencukupi.
- Ibu bapa saya, kakitangan di hospital kerajaan terpaksa menggunakan ‘hak’ mereka sebagai staff untuk mendapatkan servis yang memuaskan hati.
- 2 orang ahli keluarga saya, seorang tu bertahun ulang-alik hospital kerajaan tapi tak pasti apa penyakitnya, tapi sekali ke hospital swasta, rupanya kena kanser peringkat teruk dan dah merebak ke organ2 dalaman dah! Seorang lagi berhari2 ditahan di wad hospital kerajaan, kemudian disuruh pulang. Tapi bila pergi ke hospital swasta, hasil diagnos mendapati kanser peringkat ke-4 dan perlukan rawatan segera, tak boleh nak duduk2 kat rumah lagi dah.
- Seorang ahli keluarga saya dipindahkan dari hospital swasta ke hospital kerajaan kerana belanja untuk rawatan penyakitnya terlalu besar, boleh capai juta2.
Cukuplah rasanya itu walaupun sebenarnya banyak lagi.
Jadi kedua2 hospital ini haruslah melengkapi antara satu dengan yang lain. Mana2 yang hospital kerajaan kurang, misalnya mungkin orang ramai sangat sampai diagnos penyakit pun ada yang miss, mungkin boleh dapatkan second opinion dari hospital swasta. Pesakitnya tak seramai di hospital kerajaan, dan ada sesetengah hospital ‘outsource’ saja kerja2 lab kepada makmal luar, jadi mungkin lebih cepat dan tepat. Dari segi ekonomi, bagi yang berkemampuan, untuk sakit2 biasa eloklah ke swasta saja bagi mengelakkan terlalu ramai pesakit di hospital kerajaan. Tak bolehlah nak bandingkan RM1 dengan RM100, dah kalau semua orang nak kejar yang RM1, kalau ramai sangat orang, lama menunggu tahu pula nak complaint. Biarlah yang mampu keluarkan RM100 untuk konsultansi dengan doktor, menggunakan kemampuannya untuk memberi laluan kepada yang cuma mampu bayar RM1 di hospital kerajaan.
Kalau ada baca majalah Personal Money somewhere in 2005 tak silap, ada menyebut tentang hal ini. Salah satu sebab wujudnya hospital swasta adalah untuk menyediakan tempat bagi mereka2 yang berkemampuan untuk membayar lebih bagi masalah kesihatan mereka.
Macam kereta, ada orang sanggup beli kereta yang cuma boleh muat 2 orang tapi harga berjuta2, kenapa tak beli kereta Malaysia aje kan? Tapi kalau kita cuma mampu pakai kereta jenama murah2, mana boleh kita nak marah pada mereka yang harga keretanya 4-5 kali ganda dari harga rumah kita. Tapi semua pun melengkapi antara satu sama lain. Kalau tak ada orang nak beli kereta mahal, tokei BMW dah lama melingkup.
Berbalik kepada hospital kerajaan vs swasta, kelengkapan di hospital kerajaan memang superb. Saya sebagai anak orang hospital memang kagum dengan benda2 ala2 robotik di hospital kerajaan. Semuanya mahal2, saya masih ingat lagi harga tempat tidur Fahry semasa di SCN dulu, beratus ribu sebiji. Teknologi dan ubatan di hospital kerajaan juga yang terkini dan dijaga rapi. Oleh itu, bagi penyakit2 kronik memang patutlah kalau dirujuk ke hospital kerajaan, kerana hospital swasta sama ada tidak ada kelengkapan, ataupun belanjanya terlalu mahal.
Kalau dari segi sikap staff di kedua2 hospital pun, kita tak boleh nak tentukan perangai orang. Di mana2 ada je orang yang biadap, jadi tak boleh salahkan tempat kerja dia juga. Mungkin staff hospital kerajaan tu kerjanya stress, maklumlah hari2 jumpa macam2 orang. Staff hospital swasta pun bukan tak ada yang tak tahu nak hormat orang. Tapi itu masalah peribadi mereka semua agaknya.
Rasanya dah tak perlu nak berdebat tentang hospital mana lebih bagus, mana lebih kurang aje… bergantung kepada ekonomi kita nak bawa kita ke mana. Tak elok nak kutuk mana2 hospital pun, siapa tahu satu hari kita pula dimasukkan ke hospital yang kita kutuk tu, kalau dapat layanan teruk sendiri mau ingat.
No comments:
Post a Comment