Saturday, December 4, 2010

HARGA PETROL, GULA DAN GAS MEMASAK NAIK LAGI



Rasionalisasi subsidi itulah nama yang DISURUH oleh Menteri Kewangan Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia. Kali pertama ianya dilakukan harga Petrol telah dinaikkan sebanyak 5 sen jugak tak silap saya, tapi harga gula dan gas tidak turut serta dinaikkan. Namun drama flip-flop kerajaan Malaysia amat mudah dibaca oleh Rakyat Malaysia hasil peninggalan Mantan Perdana Menteri ke-5 iaitu Tun Abdullah Badawi (sangat dikenali sebagai Tun Tidor). Selang 3 minggu daripada kenaikkan harga minyak petrol, bekalan gula Negara berada dalam keadaan amat meruncing iaitu hampir kesemua Pasaraya Besar di Seluruh Semenanjung Malaysia tiada stok bekalan gula. Maka bersilat dan mengamuklah Menteri Kementerian Kepenggunaan dan Koperasi Malaysia, bahawa bekalan gula untuk kegunaaan domestik adalah mencukupi dan harga gula tidak akan dinaikkan. Setelah 3 minggu lamanya para pengguna terpaksa membeli gula dalam jumlah yang minimum, terpaksa beratur selama 2-3 jam semata-mata untuk membeli 4 kg bekalan gula kegunaan Hari Raya Aidilfitri. Hairan bin Ajaib apabila harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, bekalan gula yang selama ini sangat sedikit agak susah diperolehi, kembali berlebihan dan berlambak-lambak dalam stok-stok Pasaraya Besar serta kedai runcit. Apakah PEMANDU serta MAKMAL RASIONALISASI tidak sedar atau alert tentang spekulasi para pengilang serta pemborong tersebut untuk menaikkan harga demi kepentingan untung poket masing-masing. 

 Hari ini sekali lagi Rasionalisasi subsidi dilakukan untuk menyelamatkan sebanyak RM 1.18 Billion duit subsidi Kerajaan Malaysia (Pilihan Rakyat Malaysia). Wang tersebut akan disalurkan kepada aktiviti Mengurangkan Jenayah, Memerangi Rasuah, Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat berpendapatan Rendah, Memperkasakan Prasarana Luar Bandar dan Pendalaman dan Menambah baikkan sistem pengangkutan awam di Bandar. 

Satu tujuan yang murni namun perlaksanaan yang dilakukan banyak yang boleh dipertikaikan, kerana hasil dan kesan Rasionalisasi Subsidi yang pertama dulupun masih belum dirasai oleh rakyat kecuali para Menteri, Ahli Parlimen, Kontraktor-kontraktor dan bisnesman serta para peniaga yang mendapat kesan langsung daripada perlaksanaan tersebut. Kini rakyat dibebankan lagi dengan pertambahan kos sara hidup sedangkan kadar gaji serta upah bagi golongan marhaen (rendah dan pertengahan) tidak meningkat serta dinafikan pelbagai elaun-elaun serta bayaran lebih masa sama ada Jabatan Kerajaan mahupun swasta itu sendiri. CEO dan ahli eksekutif PEMANDU yang bergaji hampir RM 20 ribu sebulan, memang tidak terjejas dengan kenaikkan harga setakat 20-30 sen, bahkan mereka dapat claim minyak serta tol daripada Kerajaan Malaysia serta daripada Duit Rakyat Malaysia. 


Sepatutnya perlantikkan anggota PEMANDU perlulah dilantik daripada mereka yang betul-betul merasai kesan setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu sendiri iaitu para pekerja kerajaan dan swasta yang berpendapatan tetap bawah RM 2000 tanpa sebarang mendapat pendapatan sampingan. Adalah dicadangkan jugak agar elaun dalam jumlah yang banyak diterima sebelum ini dihapuskan dan hanya dibayar saguhati tidak melebih RM1000/bulan serta diberikan sijil penghargaan kerana berjaya memandu ekonomi Malaysia serta meningkatkan taraf kualiti kehidupan Rakyat Malaysia.

Program serta projek kerajaan seperti Program PERMATA perlu ditangguhkan terlebih dahulu termasuklah program satu rumah satu computer, yang dilihat kini banyak pembaziran serta tidak menepati objektif perlaksanaannya. Program e-book oleh pelajar juga perlu dihentikan kerana, para pelajar lebih banyak melayari laman web yang berunsur lucah serta menguploadkan gambar-gambar yang menyalahi peraturan serta budaya timur Malaysia. Saya pun tak tahu nak tulis apa lagi, sebab saya specialized dalam bidang sains dan bukannya bidang ekonomi. Tapi kalau tanya saya, dimanakah silapnya perlaksanaan segala dasar yang membebankan rakyat, saya dengan PASTI akan menjawab tentang ketidakberhasilan makmal-makmal rasionalisasi serta jawatan kuasa yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia. 

Sepatutnya hasil utama yang diharapkan adalah mengurangkan beban tanggungan dan kesusahan rakyat Malaysia dan bukannya beban tanggungan Kerajaan Malaysia. Cuma satu sahaja nasihat saya, jika PM ingin melakukan Pilihanraya Umum dalam masa terdekat, janganlah dirasionalisasikan lagi sebelum rakyat berpuas hati dengan apa yang kita buat dan jika dirasionalkan jugak, ianya akan menyebabkan anda dan kerajaan BN akan dirasionalisasikan dan diketepi oleh pengundi. 


Sekian sahaja nukilan daripada rakyat biasa kelas bawahan serta pertengahan yang selalu semput  dan tidak cukup duit apabila akhir bulan, bukan sebab tidak ingin berusaha namun terdapat banyaknya para penipu serta musang yang berbulu ayam, yang ingin mencari jalan mudah untuk kaya dengan menipu duit mangsa untuk pelaburan kerajaan (namun apabila dibuat laporan polis, polis pun tak boleh ambil tindakan sebab kes tersebut terpencil) Aduinyai kata tadi duit subsidi digunakan untuk mengurangkan jenayah, bukankah penipuan wang oleh para peniaga adalah jenayah (atau mungkin mangsanya bukan somebody). 

Malaysia..Malaysia oh Malaysiaku...

No comments:

Post a Comment