Thursday, January 20, 2011

Sebenarnya..!

Sekarang dah makin menghampiri Febuari 2011, maknanya nak tak nak kena jugak submit first full draft untuk dibaca oleh SV and CO-SV bulan nie atau awal bulan Febuari 2011.

So far dah 3 chapter dah submit, mendukacitakan apabil tidak dibaca, terasa semua effort dan masa berjaga 20 jam menulis tidak dihargai langsung..Jadi sekarang baru ada mood selepas mendapat tahu dayah dah setel viva dan boleh berkonvo..Tahniah Dayah...!

Monday, January 17, 2011

Merapu mengenai students...

Salam buat semua,

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu pada blog ini, asyik duk cut and paste daripada blog orang dengan izin.

Semangat untuk menjadi blogger agak kecundang seketika gara-gara penangan penulisan tesis yang agak complicated serta kesibukkan mencari, membaca dan menterjemahkan semula pada slide powerpoint agar para pendengar dan pelajar lebih mudah faham. Terkenang kembali pada zaman juragan belajar di matrikulasi UPM di Kolej Matrikulasi Yayasan Saad (UEM College) dan UPMT. Pada zaman itu kesemua nota ditulis pada sekeping plastik yang telus dipanggil transparensi (ikut bunyi dan nahunya), azabnya pada waktu itu bukan semua nota diberikan kepada pelajar, dan pelajar perlu menyalin transparensi tersebut start dari barisan awal sampailah pada ayat terakhir. 

Secara purata bagi 2 jam kelas pengajaran, para pensyarah yang berdedikasi ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menyalin terlebih dahulu sebelum menerangkannya, selepas tamat 2 jam, tangan sudah pastinya cramp dan lenguh (kalau kena dua subjek berturutan- 4 jam menulis tanpa henti - bayangkan). Pernah juga terjadi apabila nota yang disalin dan apa yang diterangkan berlainan dan sangat jauh sekali hubung kaitnya (terutamanya di kalangan Prof-Prof yang ternama). Sebagai contoh untuk subjek Kimia Makanan, segala proses yang berlaku dalam digestion serta komponen dan enzim yang terlibat serta proses yang berlaku akan diterangkan sepenuhnya dalam tranparensi tadi, namun pada sesi penerangan Prof tersebut hanya menceritakan tentang keenakkan masakan sup gear box yang ditambahkan budu..

Wah ini kelas kimia makanan atau kelas chef Wan..?

Tapi kami tidak pernah menyoal serta memperlekehkan beliau walaupun selama satu semester, beliau hanya menceritakan tentang serta cara untuk menyediakan sup gear box yang terbaik. Kadang-kadang kami juga terfikir apakah soalan final exam nanti akan ada soalan essay mengenai cara serta teknik terbaik menghasilkan sup gear box. Ada juga pensyarah lain yang masa kuliah beliau selama 2 jam, tapi belajar hanya 30 minit, yang lain hanyalah bercerita mengenai masalah serta tekanan kerja yang beliau hadapi semasa menjadi ketua jabatan disitu. Kalaulah situasi ini yang melanda para pelajar IPT sekarang, juragan percaya kalau tidak dibuat laporan kepada Dekan serta pihak pengurusan pastinya ramai pelajar tersebut akan cuba untuk memastikan pensyarah tersebut ditukarkan dengan pensyarah yang lain..Betul tak..?

Apa yang istimewanya kami dahulu adalah perasaan hormat serta menjaga adab adalah sangat menebal dan sudah pastinya kerana pada sesi orientasi sememangnya kami telah diberitahu bahawa budaya pembelajaran di Universiti adalah sangat berlainan serta mencabar. Kalau setakat tidak ada nota serta pengajaran dalam kelas tidak berkaitan dengan topik itu bukannya ALASAN yang KUKUH untuk digunakan sebagai penyebab kegagalan serta kejatuhan pointer. Kita sepatutnya menjadi lebih agresif dan progresif untuk mencari sendiri maklumat serta informasi mengenai topik serta kandungan penting bagi tajuk berkenaan, ini adalah kerana Universiti sepatutnya melahir Insan dan Graduan dan bukan budak sekolah yang hanya tahu membuat bising kerana tidak diberikan nota atau sebagainya. 

Dimanakah silapnya sistem pendidikan IPT kita sekarang ini, inilah sebenarnya kelemahan utama hasil graduan keluaran IPT tempatan agak terkebelakang dan tidak mendapat tawaran pekerjaan. IPT telah menghasilkan graduan yang bukan sahaja Manja, suka untuk bersenang lenang dan tidak mahu langsung berdikari. Apakah kita ingin berbangga dengan produk keluaran IPT kita diperlekehkan oleh Majikan serta orang ramai. Sepatutnya perkataan yang patut wujud dalam kamus kehidupan seorang pelajar Universiti adalah mampu berdikari, sentiasa ingin mencari maklumat dan cuba mencari pelbagai alternatif bagi melengkapi diri dengan segala knowledge yang baru. Zaman sekarang maklumat berada di hujung jari, tidak perlu lagi fotokopi buku dan sebagainya, just download from internet mahupun daripada note e-kuliah, bukankah lebih mudah daripada menulis nota dalam bentuk esei ..!

Saya sangat bersyukur, kerana kami walaupun tidak mendapat melihat dan menggunakan sebarang teknologi yang canggih dan sebagainya, namun kami tetap mempunyai knowledge serta informasi malah jauh lebih bagus daripada budak-budak sekarang. Semuanya hanyalah kerana kami sering ke library untuk mencari buku-buku bagi memahami teori, konsep serta mekanisme sebenar daripada buku-buku teks hasil daripada pengenalan dan penerangan ringkas oleh para pensyarah kami tadi. Kami tidak pernah sedikitpun menyalahkan serta menggumpat para pensyarah berkenaan, kerana sebagai pelajar Universiti, kami sememangnya perlu belajar dan diajar sebagai pelajar Universiti dan Bukannya budak Sekolah...


Dan apa yang perlu kita INGAT adalah KITA ADALAH BERBEZA DARIPADA pelajar SEKOLAH..

Fikir-Fikirkan & Selamat Beramal...(dengan izin daripada Prof Izzi..)

Wednesday, January 12, 2011

Adakah benar..!

Krisis harga barang di Terengganu

Salam Sejahtera,

Semua orang tahu, Terengganu penuh dengan keindahan alam semula jadinya yang tersendiri. Menghirup udara segar di Pantai Penarik sungguh nyaman, meriah betul jual beli di Pasar Payang, Kesenian kain songket dan tembaga memang berseri.

Akan tetapi sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang membimbangkan berlaku di sini. Kenaikan harga barang yang melambung-lambung bagaikan ada sesuatu yang merungsingkan penduduk tempatan. Jika dahulu nila rm10 boleh dibawa pusing pekan kini dgn rm10 makan nasi sesuap sudah hilang duit di genggaman.

Ikan segar yang tangkapan hasilnya diperolehi di perairan pantai Terengganu harganya cukup dikatakan tinggi sedangkan ianya datang di kawasan setempat. Apakah peniaga-peniaga di sekitar negeri ini terutama di Kuala Terengganu alpa dengan kemewahan dan rezeki yang tuhan kurniakan dan mengambil sikap mahu cepat kaya sedangkan kualiti barang yang sajikan tidaklah sepadan dengan harga yang ditawarkan.

Kerajaan tempatan seharusnya peka dengan keluhan ramai pihak yang merungut tentang harga barang yang mahal di sekitar Kuala Terengganu khususnya. Suatu ketika dulu ada juga kedengaran untuk melebelkan gerai-gerai makan yang meletakan harga tinggi dengan label kedai harga mahal tetapi kini ianya sudah hampir tidak kedengaran bagaikan semusim bertelur riuh sekampung.

Suatu hari nanti tidak menjadi kehairanan sekiranya air suam juga dikenakan cas seperti apa yang sudah berlaku di metropolitan Kuala Lumpur... Inilah hakikatnya sekiranya sikap peniaga-peniaga di sekitar negeri Terengganu khususnya Kuala Terengganu yang hanya mementingkan kuantiti daripada kualiti. Ia bukan soal barang mahal, ia soal masyarakat setempat yang mempunyai pendapatan dibawah kemampuan masih ramai di negeri ini. Pekerjaan kampung adalah sektor utama yang masih menjadi sektor pekerjaan di negeri ini. Nelayan , petani , peniaga kecil-kecilan malahan pendapatan mereka bukanlah sehebat gaji jurutera atau arkitek.

Populasi antara penduduk miskin dan kaya di negeri ini juga adalah tidak seimbang. Yang miskin boleh dikatakan tahap kemiskinan tegar dan yang kaya tahap kekayaan yang melampau sehinggakan jurang antara miskin dan kaya terlalu jauh.

Sekiranya tidak ada tindakan yang wajar dilakukan oleh pihak berwajib untuk mencegah sikap 'mahu cepat ke Mekah' dikalangan peniaga di sekitar negeri ini nescaya satu hari nanti rakyat marhein tempatan akan mengalami sindrom kurang protein dan karbohidrat.. serta perkembangan ekonomi setempat akan menjadi perlahan sedikit demi sedikit sehinggakan menjejeskan pendapatan dan memperlahankan pembangunan infrastruktur di negeri ini..

Wednesday, January 5, 2011

Mungkin ada kebenarannya..!

BILA KUASA DIUTAMA....MELAYU TERPINGGIR TERUS SENGSARA...

SOBRI SUDIN

1. Bila dihitung kembali belanja kelengkapan dan biaya dua orang anak yang sedang bersekolah, termasuk yuran dan buku teks yang terpaksa dibeli sendiri sebab cukupla aku dulu YANG dapat sebab aku anak orang susah, tapi anak-anak aku dah jadi orang yang sederhana senang, maka terfikir apakah nasib kawan rakan lain yang bergelut hidupnya kais pagi makan pagi.
2. Ini belum ditambah harga barangan asas lain yang naik, minyak masak yang stoknya kian berkurang. Belanja petrol yang turut mencanak naik, harga sayuran dan barangan yang tidak pernah kenal erti turun.

3. Bagi anak muda dan siswazah Melayu termasuk yang pernah jadi pemimpin mahasiswa mereka kini dibelenggu dengan isu pengangguran berpanjangan. Sama ada kesan sikap memilih kerja ataupun memang tiada kerja dipasaran.

4. Malah jika ditinjau kadar orang muflis, maka bilangan pemuflis muda MELAYU kesan kegagalan membayar balik pinjaman PTPTN kian mencatatkan angka yang membimbangkan.

5. Ini belum dihitung jenayah juvana, kemiskinan ilmu, kebobrokan sosial, jumlah tangkapan khalwat, bilangan penagih dadah, gejala buang bayi, pelencong agama, kes rogol, sumbang mahram, peminum air ketum tegar, JUDI Magnum, Toto, Skim Cepat kaya, krisis sosial yang kian parah yang semuanya mencatatkan nama bangsa kita.... MELAYU... sebagai pelakunya..

6. Perspektif teori pernah diungkap bahawa dalam konteks bangsa ini, semua aspek hidup dipolitikan. Politik sudah menjadi semacam satu piramida tunggal yang mencorakkan kehidupan bangsa. Pandangan ini pernah dilontar oleh DR CHANDRA MUDZAFFAR misalnya. Zaaba, Profesor Syed Husin Al-Alatas juga turut membincangkannya.

7. Isu asasnya, pimpinan politik Melayu bertelagah bagai nak rak.. misi membangun bangsa tinggal bersepah. Bila bertikam berdendam sampai kiamat lantas bangsa tungging langgang jadi melarat. Ini juga pernah disebut dan disentuh secara tidak langsung dalam Malay dilemma dan Revolusi Mental karya Senu Abdul Rahman.

8. Sebutlah siapa saja baik UMNO, PAS atau PKR yang mereka idamkan adalah kuasa, buat penuhi tembolok kroni dan kayakan diri, rakyat menghirup kuah dan seredak yang sekadar lekat di celah gigi.

9. Bangsa lain berpolitik, tapi saling bantu membantu satu sama lain. Walau atas nama platform apa sekalipun, MCA, GERAKAN, DONG JIAO ZHONG atau DAP. Namun yang pasti matlamat yang dimahukan bangsa mereka tercapai. Inilah strategi halus yang kian Melayu tidak sedari. Dalam mencari hakikat kenyataan ini teliti kajian Profesor Dr Mohd Agus Yusoff dalam bukunya 'Consociotionalism Politics: The Malaysian Experience'.

10. Lebih parah Islam yang mengajar umatnya jangan berpecah belah dan berpegang teguh pada tali Allah dan mengisyaratkan dengan jelas bahawa setiap mukmin itu adalah bersaudara langsung tidak dihayati. Sebaliknya pimpinan Melayu Islam berpegang pada tali emosi, tali ideologi, dan tali taksuban yang melampau hanya kerana mahu dilihat jemaahnya lebih baik dari jemaah yang lain. Maka untuk mendekati lagi apa yang dinyatakan amati buku karangan MOHD AMALUDIN DARUS (pengasas PAS KELANTAN) yang mencoretkan pengalamanya dalam buku bertajuk, 'KENAPA SAYA TINGGALKAN PAS' terbitan tahun 1970.

11. Entah sampai bila paradigma ini boleh diubah. Banyak masalah menimpa umat Melayu, pimpinan Melayu gagal duduk semeja. Cari pendekatan dan penyelesaian yang untungkan semua. Perbezaan ideologi dan kepentingan menyebabkan isu-isu bersama yang menimpa umat gagal mereka tangani secara kerjasama padu.. Hang.. hang.. aku.. aku itulah sikap sebahagian besar pimpinan Melayu.
12. Pengikut dan rakyat terus diperbodoh dengan slogan, fatwa dan juga saranan retorik. Bila disogok sedikit dengan gumpalan duit, kain pelikat, beras, ditepuk belakang bahu, dibelanja makan tomyam, dibawa melancong ke Medan atau diberi sedikit jawatan, maka bidaah dan penyelewengan yang diamalkan pemimpin langusng tidak berani ditegur. Sebaliknya pengikut tadi menjadi sebahagian dari penyemarak kemungkaran.

13. Tasawur siasah(politik) yang bermaksud untuk mengurus keperluan umat manusia dan persekitaran secara mengikut hakikat syariah demi mencapai keredhaan Allah s.w.t kian terpinggir. Rujuk juga karya Profesor Dr Raof Abdul Rahman bekas Reaktor UIAM. Rujuk juga karya Dr. Sheikh Yusoff al QARDAWI dan juga lupa membaca karangan AL-MAUDUDHI yang impikan untuk lahirkan... AL-QURANIC SOCIETY.

14. Maka Melayu episod perangnya tidak akan terhenti.. Londeh melondeh jadi mainan, kata nista, fitnah jadi makanan, jatuh menjatuh, benci membenci, hasad dengki jadi caturan.. Lantas usaha menjulang kemuliaan dan maruah bangsa diketepikan, agama diperalatkan.. hanya kerana satu tujuan.. demi mencapai habuan keduniaan.. YAKNI.. KUASA.. KUASA.. KUASA POLITIK yang dianggap raja segala RAJA.

15. Apakah mungkin Kedah yang dihuni lebih 76% penduduk Melayu beragama Islam mampu menjadi model dan contoh politikk muafakat yang untungkan rakyat? Fikir-fikirkanlah.. agar semua beroleh berkat dan hidup yang penuh manfaat.




Juragan-kritis: Saban hari kita melihat, membaca serta mendengar pelbagai pihak cuba mempertahankan, ada yang cuba mencabar dan ada pula yang buat tak ambil kisah pun mengenai Nasib BANGSA MELAYU yang kini masih dan terus MEREMPAT dibumi sendiri. Ahli poltik baik daripada pihak Kerajaan mahupun Pembangkang semuanya dua kali sahaja jawapannya iaitu PERJUDIKAN NASIB DAN MASA DEPAN BANGSA DEMI KEPENTINGAN POLITIK DAN HAWA NAFSU masing-masing. Tengok sahaja kesan kenaikkan harga minyak petrol, gula dan sebagainya, 63.5% yang menanggung kesan yang ketara adalah MELAYU, MELAYU ini jugaklah yang masih dan terus SETIA mengundi KERAJAAN supaya KERAJAAN dan KRONInya masih boleh MEMERINTAH serta MEMBOLOT segala kekayaan menerusi TENDER serta PROJEK ditambah nilai agar lebih tinggi daripada jumlah asalnya.

PERKASA yang dahulunya cukup kuat MENGAUM dan BERSILAT, kini dilihat agak sumbang serta TERKESIMA apabila PM telah memberikan bayangan akan kehadiran PRU pada tahun 2011 ini. PERKASA DILIHAT makin bachul dan mendiamkan diri setelah PRESIDEN BERANInya telah menjalani rawatan jantung, terus PERKASA juga menjadi PESAKIT JANTUNG sepi membisu, yang ada hanyalah perkataan MESYUARAT SERTA PERJUMPAAN bagi mendengar dan meneliti keluhan rakyat, keputusan serta tindakan pula KOSONG..ibarat pendekar berjuang tanpa menyedari kaki dan tangannya sudah tidak boleh digunakan lagi..

SEKARANG amat JELAS SEKALI, nasib BANGSA MELAYU perlu dijaga dan dijulang sendiri oleh setiap individu yang sememangnya mempunyai gen MELAYU ITU SENIDIRI dan bukannya bergantung kepada KERAJAAN dan NGO'S yang mempunyai maksud tersirat setiap kali mereka bising dan memperjuangkan isu. Jadi Fikir-Fikirkan lah.. 

Minyak RON 97 naik harga 10 sen lagi...!

Baru 5 hari masuk tahun baru 2011..

Harga minyak untuk kereta besar dan kaya telah dinaikkan sebanyak RM 0.10 lagi...

Ada aku kisah....? 

ntah ler tapi kalau mengikut pengalaman yang lepas-lepas, apabila harga minyak dunia meningkat memang akan ada kenaikkan harga minyak sebab subsidi minyak negara akan meningkat juga (wah macam orang daripada Makmal Rasionalisasi pulak rasanya). 

Tapi bukan itu yang ingin dihighlightkan, kebiasaanya apabila harga minyak RON 97 naik sebanyak 10 sen, harga minyak RON 95 juga biasanya akan dinaikkan juga (dalam masa seminggu-sebulan), kalau adalah kenyataan daripada Kementerian dan Menteri yang Harga Barang sendiripun yang mengatakan harga minyak RON 95 akan kekal dan tidak akan dinaikkan biasanya TIDAK @ SUKAR dipercayai (sudah banyak kali berlaku, tahun lepas 100x penafian harga minyak, gula dan sebagainya akan berlaku, namun ianya berlaku juga).

Dan setiap kali kenaikkan harga minyak, barangan keperluan dan sebagainya, maka pihak Kerajaan terutamanya para menteri dan Perdana Menteri menasihati rakyat agar ubah gaya kehidupan, daripada sikap terlalu bermewah-mewahan kepada kesederhanaan..(Bagus jugak sebab nasihat kita jangan membazir, membazirkan amalan syaitan)..

Tapi adakah mereka ini sedar, siapakah pengguna terbesar subsidi dan duit cukai rakyat samada untuk kepentingan peribadi mahupun urusan rasmi..? kenapa tidak PM, TPM, Menteri-menteri, KSU, JUSA serta golongan pembuat dasar memulakan dasar serta prinsip kesederhanaan terlebih dahulu. Kalau dulu menaiki Perdana Eksekutif untuk ke Majlis Rasmi @ Pejabat, tukar dan start menaiki kereta seperti Kancil, Viva dan MyVi ataupun berbasikal. Kalau dulu segala urusan tol serta minyak diclaimn atau dibayar oleh Pihak Perbendaharaan tukarkan minyak dan tol yang dahulunya free, wajibkan mereka sendiri membayarnya dan limitkan jumlah penggunaannya. Tidak mustahil apabila ini dilaku dan dipraktikkan oleh pihak pemerintah, rakyat tidak akan mengeluh lagi. Sebab ANDA juga merasai serta melalui perkara yang sama mereka hadapi.

Makmal-makmal untuk kajian rasionalisasi subsidi, jenayah dan sebagainya perlu ditutup dan diserapkan sebagai jabatan dalam kementerian masing-masing, pihak jawatankuasa pemikir seperti PEMANDU juga perlu dibubarkan maka akan terdapatlah sedikit penjimatan kewangan serta perbelanjaan yang boleh digunakan untuk meringankan keperitan serta keselesaan kehidupan Masyarakat Malaysia.

Sekadar pendapat daripada rakyat picisan yang tidak mempunyai sebarang jawatan, pekerjaan dan sebagainya..

Monday, January 3, 2011

Harga Barang Naik Lagi... + kena bayar 20 sen untuk beg plastik

Salam kepada semua Rakyat Malaysia.


Syukur Alhamdullilah, kerana kita diberikan kesempatan untuk memasuki tahun baru 2011.
Mengikut Feng Shui tahun 2011 adalah tahun Kelinci Besi, dimana ramalan bagi tahun 2011 adalah sedikit bagus dan tiada sebarang masalah atau petaka yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Namun ramalan hanyalah ramalan, bukannya kenyataan..!

Sempena tahun baru 2011, para pengguna telah dikejutkan dengan kenaikkan hampir 40-100% harga barangan keperluan harian terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. Lagi sekali alasan yang diberikan adalah disebabkan oleh kenaikkan harga minyak petrol dan sebagainya. Agak pelik dan menghairankan kerana mengikut kajian yang dilakukan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi yang bersaintiskan seorang Ahli Perniagaan serta Pakar Bisnes yang terkenal kesan rasionalisasi adalah minimum sahaja iaitu dalam 0.01 - 0.05 sen sahaja. Adakah pakar-pakar tersebut lupa dengan strategi pengenapan nilai yang dilakukan oleh Bank Negara untuk menghapuskan penggunaan syiling 1 sen. Jadi secara matematik mudahnya adalah senang menjadikan segala pengiraan kepada angka genap jadi kalau kenaikkan minyak dalam RM 0.02 sen bagi setiap liter + pelbagai kos + untung = harga kenaikkan adalah lebih wajar @ rasionalisasi oleh para pemborong untuk menaikkan harga sebanyak RM0.10 sen (bersih) itupun belum termasuk komisyen yang mungkin perlu dibayar kepada individu-individu yang berkaitan dengan penguatkuasaan, ahli politik serta ramai lagilah. Daripada RM 0.10 sem telah menjadi RM 0.30 mungkin boleh jadi ada yang ingin mendapat komisyen RM 0.10 sen syer rakan tidur daripada setiap kilogram yang dijual. 

Mungkin para pegawai PTD, JUSA, Pegawai BNM dan Perbendaharaan boleh tengok cerita tamil yang bertajuk "Sivaji The Boss" yang dapat menunjukkan dimanakah sebenarnya pengaliran duit dalaman Malaysia dan tidak mustahil duit haram yang berjumlah berbilion ringgit itu dapat dimasukkan semula dalam kantung pendapatan negara bagi menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup Masyarakat Malaysia. Kalau pengarah filem tamil boleh terfikirkan perkara ini, takkan para pegawai kerajaan terutamanya PTD yang berkelulusan rata-ratanya CGPA >3.00 ke atas serta belajar diluar negara tidak boleh terfikir atau terlintas mengenai perkara ini. Takkanlah nak tunggu graduate daripada Oxford University membuat penyelidikan kot..? dan kalau sidia jugak yang buat, sampai kiamat pun takkan jumpa duit haram ini semacam ghaibnya wang royalti rakyat Terengganu pada zaman Pemerintahan Tidur Tun Dollah.
Fikir-fikirkan mengenainya..tidak mustahil nilai wang haram di Malaysia lebih tinggi daripada Singapura.

Di dalam dunia nie, Malaysia adalah tempat yang paling bagus untuk mencuba dan praktikkan peraturan yang sangat pelik terutamanya kepada para pengguna. Hanya menggunakan tagline "Menyelamatkan Kehijauan dan Dunia", para pelanggan pasaraya terpilih telah dinafikan beg plastik bagi setiap pembelian mereka. Bukankah setiap harga barangan yang dijual adalah termasuk dengan harga kos beg plastik. Ini kamu BODOHkan para pelanggan dengan mengenakan caj RM 0.20 sen bagi setiap beg plastik. Sudahlah para pelanggan tidak dibenarkan membawa beg plastik sendiri takut digunakan untuk mencuri barangan daripada pasaraya terbabit, kamu bebankan pulak diaorang dengan membeli beg plastik, kononnya duit itu digunakan untuk projek penghijauan serta menyelamatkan Dunia. Sudah jangan perbodohkan para pengguna lagi, macam kami tak tahu duit tersebut mungkin digelapkan @ dilesapkan sebagai wang haram kepada para towkey pasaraya tersebut. 

Inilah realiti Malaysia sekarang, yang kaya-raya mendapat pelbagai subsidi serta kelebihan untuk mencari dan menambahkan kekayaan, yang miskin papa akan terus miskin dan papa. Mungkin inilah tandanya kiamat semakin menghampiri kita semua. Segalanya lebih berorientasikan perniagaan dan mengumpulkan kekayaan. Apabila harga minyak dan subsidi dirasionalisasikan Rakyat pula dipersalahkan kerana terlalu bergantung kepada subsidi, perlu ubah gaya hidup serta berjimat cermat. Adakah mereka ini lupa, pelbagai projek pembangunan yang dibuat, runtuh dan diperbaiki bukankah telah menggunakan duit cukai rakyat..? Minyak dan kereta Rasmi juga dibeli dengan menggunakan duit rakyat, begitu juga apabila PM, Menteri, MB serta KM yang ada mesyuarat di Kuala Lumpur, Kereta rasmi dan pemandu telah pergi ke KL terlebih dahulu sambil menunggu MB turun daripada flight di KLIA, bukankan lebih menjimatkan jika pergi dengan menaiki kerata rasmi sahaja sambil tu boleh MB melihat pembangunan yang telah dilakukan..

Argh..kehidupan rakyat Malaysia semakin sukar dan mencabar...!





Sunday, January 2, 2011

Puisi Tajdid

Harap dapat dibaca oleh para pembesar, dapat menyedarkan mereka semua...!

Sekadar Renungan Tajdid Dr. MAZA

Kenaikan Harga Barang

TAHUN 2011 AKAN ‘DIMERIAHKAN’ DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Jika rakyat tidak memprotes dari awal, kita akan melihat tahun baru ini menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini. Maka beberapa perkara berikut perlu saya katakan;

1. Pihak kerajaan; jika mereka tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang bererti slogan 1Malaysia: ‘rakyat didahulu’ bermaksud rakyat yang didahulukan dalam menanggung beban hidup, sedangkan golongan pembesar negara dan istana terus kemewahan dan pelbagai peruntukan, mereka dikemudiankan.

2. Golongan agama; jangan menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad. Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai ‘kerakusan’ sesetengah golongan atasan. Ceramah dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam ‘social justice’ yang tidak seimbang. Para penceramah jangan sekadar ‘guna agama untuk cari makan’, tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan.

3. Golongan peniaga; mereka wajib beretika dalam perniagaan mereka. Kerakusan peniagaan akan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka.

4. Media massa; hendak pro-aktif menentang usaha kenaikan harga barang ini. Golongan yang menindas rakyat bawahan ini hendaklah dikecam dan didedahkan bahaya mereka kepada masyarakat.

5. Rakyat; Pastikan anda menjadi pembeli yang bijak dalam memilih kedai atau pasaraya. Di samping itu, anda juga mesti menjadi pengundi yang bijak yang bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan ‘mengumpulkan’ kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.

Selamat Tahun Baru