Salam kepada semua Rakyat Malaysia.
Syukur Alhamdullilah, kerana kita diberikan kesempatan untuk memasuki tahun baru 2011.
Mengikut Feng Shui tahun 2011 adalah tahun Kelinci Besi, dimana ramalan bagi tahun 2011 adalah sedikit bagus dan tiada sebarang masalah atau petaka yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Namun ramalan hanyalah ramalan, bukannya kenyataan..!
Sempena tahun baru 2011, para pengguna telah dikejutkan dengan kenaikkan hampir 40-100% harga barangan keperluan harian terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. Lagi sekali alasan yang diberikan adalah disebabkan oleh kenaikkan harga minyak petrol dan sebagainya. Agak pelik dan menghairankan kerana mengikut kajian yang dilakukan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi yang bersaintiskan seorang Ahli Perniagaan serta Pakar Bisnes yang terkenal kesan rasionalisasi adalah minimum sahaja iaitu dalam 0.01 - 0.05 sen sahaja. Adakah pakar-pakar tersebut lupa dengan strategi pengenapan nilai yang dilakukan oleh Bank Negara untuk menghapuskan penggunaan syiling 1 sen. Jadi secara matematik mudahnya adalah senang menjadikan segala pengiraan kepada angka genap jadi kalau kenaikkan minyak dalam RM 0.02 sen bagi setiap liter + pelbagai kos + untung = harga kenaikkan adalah lebih wajar @ rasionalisasi oleh para pemborong untuk menaikkan harga sebanyak RM0.10 sen (bersih) itupun belum termasuk komisyen yang mungkin perlu dibayar kepada individu-individu yang berkaitan dengan penguatkuasaan, ahli politik serta ramai lagilah. Daripada RM 0.10 sem telah menjadi RM 0.30 mungkin boleh jadi ada yang ingin mendapat komisyen RM 0.10 sen syer rakan tidur daripada setiap kilogram yang dijual.
Mungkin para pegawai PTD, JUSA, Pegawai BNM dan Perbendaharaan boleh tengok cerita tamil yang bertajuk "Sivaji The Boss" yang dapat menunjukkan dimanakah sebenarnya pengaliran duit dalaman Malaysia dan tidak mustahil duit haram yang berjumlah berbilion ringgit itu dapat dimasukkan semula dalam kantung pendapatan negara bagi menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup Masyarakat Malaysia. Kalau pengarah filem tamil boleh terfikirkan perkara ini, takkan para pegawai kerajaan terutamanya PTD yang berkelulusan rata-ratanya CGPA >3.00 ke atas serta belajar diluar negara tidak boleh terfikir atau terlintas mengenai perkara ini. Takkanlah nak tunggu graduate daripada Oxford University membuat penyelidikan kot..? dan kalau sidia jugak yang buat, sampai kiamat pun takkan jumpa duit haram ini semacam ghaibnya wang royalti rakyat Terengganu pada zaman Pemerintahan Tidur Tun Dollah.
Fikir-fikirkan mengenainya..tidak mustahil nilai wang haram di Malaysia lebih tinggi daripada Singapura.
Di dalam dunia nie, Malaysia adalah tempat yang paling bagus untuk mencuba dan praktikkan peraturan yang sangat pelik terutamanya kepada para pengguna. Hanya menggunakan tagline "Menyelamatkan Kehijauan dan Dunia", para pelanggan pasaraya terpilih telah dinafikan beg plastik bagi setiap pembelian mereka. Bukankah setiap harga barangan yang dijual adalah termasuk dengan harga kos beg plastik. Ini kamu BODOHkan para pelanggan dengan mengenakan caj RM 0.20 sen bagi setiap beg plastik. Sudahlah para pelanggan tidak dibenarkan membawa beg plastik sendiri takut digunakan untuk mencuri barangan daripada pasaraya terbabit, kamu bebankan pulak diaorang dengan membeli beg plastik, kononnya duit itu digunakan untuk projek penghijauan serta menyelamatkan Dunia. Sudah jangan perbodohkan para pengguna lagi, macam kami tak tahu duit tersebut mungkin digelapkan @ dilesapkan sebagai wang haram kepada para towkey pasaraya tersebut.
Inilah realiti Malaysia sekarang, yang kaya-raya mendapat pelbagai subsidi serta kelebihan untuk mencari dan menambahkan kekayaan, yang miskin papa akan terus miskin dan papa. Mungkin inilah tandanya kiamat semakin menghampiri kita semua. Segalanya lebih berorientasikan perniagaan dan mengumpulkan kekayaan. Apabila harga minyak dan subsidi dirasionalisasikan Rakyat pula dipersalahkan kerana terlalu bergantung kepada subsidi, perlu ubah gaya hidup serta berjimat cermat. Adakah mereka ini lupa, pelbagai projek pembangunan yang dibuat, runtuh dan diperbaiki bukankah telah menggunakan duit cukai rakyat..? Minyak dan kereta Rasmi juga dibeli dengan menggunakan duit rakyat, begitu juga apabila PM, Menteri, MB serta KM yang ada mesyuarat di Kuala Lumpur, Kereta rasmi dan pemandu telah pergi ke KL terlebih dahulu sambil menunggu MB turun daripada flight di KLIA, bukankan lebih menjimatkan jika pergi dengan menaiki kerata rasmi sahaja sambil tu boleh MB melihat pembangunan yang telah dilakukan..
Argh..kehidupan rakyat Malaysia semakin sukar dan mencabar...!
Kat jepun ni pun kena bayar plastik bag, tapi biasanya semua orang akan bawa shopping bag sendiri. X boleh bawa shopping bag? giant ke mydin?
ReplyDelete