Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu pada blog ini, asyik duk cut and paste daripada blog orang dengan izin.
Semangat untuk menjadi blogger agak kecundang seketika gara-gara penangan penulisan tesis yang agak complicated serta kesibukkan mencari, membaca dan menterjemahkan semula pada slide powerpoint agar para pendengar dan pelajar lebih mudah faham. Terkenang kembali pada zaman juragan belajar di matrikulasi UPM di Kolej Matrikulasi Yayasan Saad (UEM College) dan UPMT. Pada zaman itu kesemua nota ditulis pada sekeping plastik yang telus dipanggil transparensi (ikut bunyi dan nahunya), azabnya pada waktu itu bukan semua nota diberikan kepada pelajar, dan pelajar perlu menyalin transparensi tersebut start dari barisan awal sampailah pada ayat terakhir.
Secara purata bagi 2 jam kelas pengajaran, para pensyarah yang berdedikasi ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menyalin terlebih dahulu sebelum menerangkannya, selepas tamat 2 jam, tangan sudah pastinya cramp dan lenguh (kalau kena dua subjek berturutan- 4 jam menulis tanpa henti - bayangkan). Pernah juga terjadi apabila nota yang disalin dan apa yang diterangkan berlainan dan sangat jauh sekali hubung kaitnya (terutamanya di kalangan Prof-Prof yang ternama). Sebagai contoh untuk subjek Kimia Makanan, segala proses yang berlaku dalam digestion serta komponen dan enzim yang terlibat serta proses yang berlaku akan diterangkan sepenuhnya dalam tranparensi tadi, namun pada sesi penerangan Prof tersebut hanya menceritakan tentang keenakkan masakan sup gear box yang ditambahkan budu..
Wah ini kelas kimia makanan atau kelas chef Wan..?
Tapi kami tidak pernah menyoal serta memperlekehkan beliau walaupun selama satu semester, beliau hanya menceritakan tentang serta cara untuk menyediakan sup gear box yang terbaik. Kadang-kadang kami juga terfikir apakah soalan final exam nanti akan ada soalan essay mengenai cara serta teknik terbaik menghasilkan sup gear box. Ada juga pensyarah lain yang masa kuliah beliau selama 2 jam, tapi belajar hanya 30 minit, yang lain hanyalah bercerita mengenai masalah serta tekanan kerja yang beliau hadapi semasa menjadi ketua jabatan disitu. Kalaulah situasi ini yang melanda para pelajar IPT sekarang, juragan percaya kalau tidak dibuat laporan kepada Dekan serta pihak pengurusan pastinya ramai pelajar tersebut akan cuba untuk memastikan pensyarah tersebut ditukarkan dengan pensyarah yang lain..Betul tak..?
Apa yang istimewanya kami dahulu adalah perasaan hormat serta menjaga adab adalah sangat menebal dan sudah pastinya kerana pada sesi orientasi sememangnya kami telah diberitahu bahawa budaya pembelajaran di Universiti adalah sangat berlainan serta mencabar. Kalau setakat tidak ada nota serta pengajaran dalam kelas tidak berkaitan dengan topik itu bukannya ALASAN yang KUKUH untuk digunakan sebagai penyebab kegagalan serta kejatuhan pointer. Kita sepatutnya menjadi lebih agresif dan progresif untuk mencari sendiri maklumat serta informasi mengenai topik serta kandungan penting bagi tajuk berkenaan, ini adalah kerana Universiti sepatutnya melahir Insan dan Graduan dan bukan budak sekolah yang hanya tahu membuat bising kerana tidak diberikan nota atau sebagainya.
Dimanakah silapnya sistem pendidikan IPT kita sekarang ini, inilah sebenarnya kelemahan utama hasil graduan keluaran IPT tempatan agak terkebelakang dan tidak mendapat tawaran pekerjaan. IPT telah menghasilkan graduan yang bukan sahaja Manja, suka untuk bersenang lenang dan tidak mahu langsung berdikari. Apakah kita ingin berbangga dengan produk keluaran IPT kita diperlekehkan oleh Majikan serta orang ramai. Sepatutnya perkataan yang patut wujud dalam kamus kehidupan seorang pelajar Universiti adalah mampu berdikari, sentiasa ingin mencari maklumat dan cuba mencari pelbagai alternatif bagi melengkapi diri dengan segala knowledge yang baru. Zaman sekarang maklumat berada di hujung jari, tidak perlu lagi fotokopi buku dan sebagainya, just download from internet mahupun daripada note e-kuliah, bukankah lebih mudah daripada menulis nota dalam bentuk esei ..!
Saya sangat bersyukur, kerana kami walaupun tidak mendapat melihat dan menggunakan sebarang teknologi yang canggih dan sebagainya, namun kami tetap mempunyai knowledge serta informasi malah jauh lebih bagus daripada budak-budak sekarang. Semuanya hanyalah kerana kami sering ke library untuk mencari buku-buku bagi memahami teori, konsep serta mekanisme sebenar daripada buku-buku teks hasil daripada pengenalan dan penerangan ringkas oleh para pensyarah kami tadi. Kami tidak pernah sedikitpun menyalahkan serta menggumpat para pensyarah berkenaan, kerana sebagai pelajar Universiti, kami sememangnya perlu belajar dan diajar sebagai pelajar Universiti dan Bukannya budak Sekolah...
Dan apa yang perlu kita INGAT adalah KITA ADALAH BERBEZA DARIPADA pelajar SEKOLAH..
Fikir-Fikirkan & Selamat Beramal...(dengan izin daripada Prof Izzi..)
prof izzi cakap sape benarkan amek taline dy?haha
ReplyDeletebtw...sy agak tbukak pkiran bacer post ini..thanx encik.mulai skrg nak jadi pelajar patuh lah.-_-"