Wednesday, January 5, 2011

Mungkin ada kebenarannya..!

BILA KUASA DIUTAMA....MELAYU TERPINGGIR TERUS SENGSARA...

SOBRI SUDIN

1. Bila dihitung kembali belanja kelengkapan dan biaya dua orang anak yang sedang bersekolah, termasuk yuran dan buku teks yang terpaksa dibeli sendiri sebab cukupla aku dulu YANG dapat sebab aku anak orang susah, tapi anak-anak aku dah jadi orang yang sederhana senang, maka terfikir apakah nasib kawan rakan lain yang bergelut hidupnya kais pagi makan pagi.
2. Ini belum ditambah harga barangan asas lain yang naik, minyak masak yang stoknya kian berkurang. Belanja petrol yang turut mencanak naik, harga sayuran dan barangan yang tidak pernah kenal erti turun.

3. Bagi anak muda dan siswazah Melayu termasuk yang pernah jadi pemimpin mahasiswa mereka kini dibelenggu dengan isu pengangguran berpanjangan. Sama ada kesan sikap memilih kerja ataupun memang tiada kerja dipasaran.

4. Malah jika ditinjau kadar orang muflis, maka bilangan pemuflis muda MELAYU kesan kegagalan membayar balik pinjaman PTPTN kian mencatatkan angka yang membimbangkan.

5. Ini belum dihitung jenayah juvana, kemiskinan ilmu, kebobrokan sosial, jumlah tangkapan khalwat, bilangan penagih dadah, gejala buang bayi, pelencong agama, kes rogol, sumbang mahram, peminum air ketum tegar, JUDI Magnum, Toto, Skim Cepat kaya, krisis sosial yang kian parah yang semuanya mencatatkan nama bangsa kita.... MELAYU... sebagai pelakunya..

6. Perspektif teori pernah diungkap bahawa dalam konteks bangsa ini, semua aspek hidup dipolitikan. Politik sudah menjadi semacam satu piramida tunggal yang mencorakkan kehidupan bangsa. Pandangan ini pernah dilontar oleh DR CHANDRA MUDZAFFAR misalnya. Zaaba, Profesor Syed Husin Al-Alatas juga turut membincangkannya.

7. Isu asasnya, pimpinan politik Melayu bertelagah bagai nak rak.. misi membangun bangsa tinggal bersepah. Bila bertikam berdendam sampai kiamat lantas bangsa tungging langgang jadi melarat. Ini juga pernah disebut dan disentuh secara tidak langsung dalam Malay dilemma dan Revolusi Mental karya Senu Abdul Rahman.

8. Sebutlah siapa saja baik UMNO, PAS atau PKR yang mereka idamkan adalah kuasa, buat penuhi tembolok kroni dan kayakan diri, rakyat menghirup kuah dan seredak yang sekadar lekat di celah gigi.

9. Bangsa lain berpolitik, tapi saling bantu membantu satu sama lain. Walau atas nama platform apa sekalipun, MCA, GERAKAN, DONG JIAO ZHONG atau DAP. Namun yang pasti matlamat yang dimahukan bangsa mereka tercapai. Inilah strategi halus yang kian Melayu tidak sedari. Dalam mencari hakikat kenyataan ini teliti kajian Profesor Dr Mohd Agus Yusoff dalam bukunya 'Consociotionalism Politics: The Malaysian Experience'.

10. Lebih parah Islam yang mengajar umatnya jangan berpecah belah dan berpegang teguh pada tali Allah dan mengisyaratkan dengan jelas bahawa setiap mukmin itu adalah bersaudara langsung tidak dihayati. Sebaliknya pimpinan Melayu Islam berpegang pada tali emosi, tali ideologi, dan tali taksuban yang melampau hanya kerana mahu dilihat jemaahnya lebih baik dari jemaah yang lain. Maka untuk mendekati lagi apa yang dinyatakan amati buku karangan MOHD AMALUDIN DARUS (pengasas PAS KELANTAN) yang mencoretkan pengalamanya dalam buku bertajuk, 'KENAPA SAYA TINGGALKAN PAS' terbitan tahun 1970.

11. Entah sampai bila paradigma ini boleh diubah. Banyak masalah menimpa umat Melayu, pimpinan Melayu gagal duduk semeja. Cari pendekatan dan penyelesaian yang untungkan semua. Perbezaan ideologi dan kepentingan menyebabkan isu-isu bersama yang menimpa umat gagal mereka tangani secara kerjasama padu.. Hang.. hang.. aku.. aku itulah sikap sebahagian besar pimpinan Melayu.
12. Pengikut dan rakyat terus diperbodoh dengan slogan, fatwa dan juga saranan retorik. Bila disogok sedikit dengan gumpalan duit, kain pelikat, beras, ditepuk belakang bahu, dibelanja makan tomyam, dibawa melancong ke Medan atau diberi sedikit jawatan, maka bidaah dan penyelewengan yang diamalkan pemimpin langusng tidak berani ditegur. Sebaliknya pengikut tadi menjadi sebahagian dari penyemarak kemungkaran.

13. Tasawur siasah(politik) yang bermaksud untuk mengurus keperluan umat manusia dan persekitaran secara mengikut hakikat syariah demi mencapai keredhaan Allah s.w.t kian terpinggir. Rujuk juga karya Profesor Dr Raof Abdul Rahman bekas Reaktor UIAM. Rujuk juga karya Dr. Sheikh Yusoff al QARDAWI dan juga lupa membaca karangan AL-MAUDUDHI yang impikan untuk lahirkan... AL-QURANIC SOCIETY.

14. Maka Melayu episod perangnya tidak akan terhenti.. Londeh melondeh jadi mainan, kata nista, fitnah jadi makanan, jatuh menjatuh, benci membenci, hasad dengki jadi caturan.. Lantas usaha menjulang kemuliaan dan maruah bangsa diketepikan, agama diperalatkan.. hanya kerana satu tujuan.. demi mencapai habuan keduniaan.. YAKNI.. KUASA.. KUASA.. KUASA POLITIK yang dianggap raja segala RAJA.

15. Apakah mungkin Kedah yang dihuni lebih 76% penduduk Melayu beragama Islam mampu menjadi model dan contoh politikk muafakat yang untungkan rakyat? Fikir-fikirkanlah.. agar semua beroleh berkat dan hidup yang penuh manfaat.




Juragan-kritis: Saban hari kita melihat, membaca serta mendengar pelbagai pihak cuba mempertahankan, ada yang cuba mencabar dan ada pula yang buat tak ambil kisah pun mengenai Nasib BANGSA MELAYU yang kini masih dan terus MEREMPAT dibumi sendiri. Ahli poltik baik daripada pihak Kerajaan mahupun Pembangkang semuanya dua kali sahaja jawapannya iaitu PERJUDIKAN NASIB DAN MASA DEPAN BANGSA DEMI KEPENTINGAN POLITIK DAN HAWA NAFSU masing-masing. Tengok sahaja kesan kenaikkan harga minyak petrol, gula dan sebagainya, 63.5% yang menanggung kesan yang ketara adalah MELAYU, MELAYU ini jugaklah yang masih dan terus SETIA mengundi KERAJAAN supaya KERAJAAN dan KRONInya masih boleh MEMERINTAH serta MEMBOLOT segala kekayaan menerusi TENDER serta PROJEK ditambah nilai agar lebih tinggi daripada jumlah asalnya.

PERKASA yang dahulunya cukup kuat MENGAUM dan BERSILAT, kini dilihat agak sumbang serta TERKESIMA apabila PM telah memberikan bayangan akan kehadiran PRU pada tahun 2011 ini. PERKASA DILIHAT makin bachul dan mendiamkan diri setelah PRESIDEN BERANInya telah menjalani rawatan jantung, terus PERKASA juga menjadi PESAKIT JANTUNG sepi membisu, yang ada hanyalah perkataan MESYUARAT SERTA PERJUMPAAN bagi mendengar dan meneliti keluhan rakyat, keputusan serta tindakan pula KOSONG..ibarat pendekar berjuang tanpa menyedari kaki dan tangannya sudah tidak boleh digunakan lagi..

SEKARANG amat JELAS SEKALI, nasib BANGSA MELAYU perlu dijaga dan dijulang sendiri oleh setiap individu yang sememangnya mempunyai gen MELAYU ITU SENIDIRI dan bukannya bergantung kepada KERAJAAN dan NGO'S yang mempunyai maksud tersirat setiap kali mereka bising dan memperjuangkan isu. Jadi Fikir-Fikirkan lah.. 

No comments:

Post a Comment