Tuesday, December 28, 2010

Jom Layanz...

Saturday, December 25, 2010

Lagi Kritikan pada Menteri yang jaga Makmal, Elekterik dan Air

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo menimbulkan persoalan sama ada penjelasan kerajaan, terutama berhubung kenaikan kos sara hidup berjaya menyakinkan rakyat.

NONE"Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada BN?

"Sungguhpun kita boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi," katanya.

Menulis di blognya semalam, Dr Mohd Khir juga berkata, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan.

"Saya percaya jentera kerajaan terutamanya menteri 'jaga makmal' boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan (cukai) GST.

penang pakatan convention 211110 front"Saya juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa menteri 'jaga letrik' mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai.

"Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat," katanya dengan nada menyindir.

Beliau menimbulkan perkara itu selepas menyuaraka kebimbangannya terhadap janji terbaru Pakatan melalui "Buku Jingga" yang dikeluarkan semasa konvensyennya sebelum ini.

Katanya, walaupun sebahagian janji tersebut tidak realistik, namun boleh mempengaruhi undi rakyat, terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM 500.

"BN hanya ada satu pilihan, memuaskan hati golongan majoriti yang berpendapatan rendah dan sederhana yang menjadi isu 'bread and butter' sebagai tanda aras kepuasan mereka.

"Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh saman ekor," katanya.

Adakah anda semua ingin 13 Mei 1969 berulang kembali...Fikir-fikirkan

Artikel ini juragan perlu untuk diketengahkan agar, kita generasi selepas merdeka tidak lagi melakukan kesilapan yang sama. Sesungguhnya 13 mei 1969 adalah sesuatu yang MALANG bagi sebuah Negara yang bernama MALAYSIA. CUKUPLAH IANYA BERLAKU SEKALI SAHAJA, SEBAGAI SEMPADAN BAGI KITA MEWUJUDKAN SUATU TOLERANSI SERTA BERSEDERHANA DALAM MENUNTUT SESUATU YANG SENSITIF.

MELAYU MESTI BACA - kebenaran peristiwa 13 Mei


PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU
Petikan Hansard Dewan Rakyat

28 Oktober 2010, 3.53 ptg.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah...

[Membaca sepotong doa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’. Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpadapada. Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan Negara dan umat sendiri insya-Allah.

Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama.

Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.

Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.

Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama, peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang habis-habisan.

Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”. Ini kenyataan yang dibuat.Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969, rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting
 
Tuan Yang di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu. Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang.
 
Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina - Namewee, Wee Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru-baru ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu - Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah.
 
Apabila wartawan majalah - Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina - Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan.
 
Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun. Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan.
 
Jadi bagaimana kita hendak menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara?

Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua, diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut.
 
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei. Bila cakap tentang 13 Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini cerita, sudah lama”. Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa?

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei. Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan MAGERAN - Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman - Before and After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong - 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa besar macam itu.
 
Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu. Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada peristiwa itu dahulu. Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman - 13 May Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah?

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.

Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.

Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan. Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum peristiwa itu.

Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report, polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah, maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh. Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.

Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu.

Maka episod ketidakpercayaan sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.

Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang dimainkan itu supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di-Pertua, kerana patennya sama sahaja dengan hari ini, sebiji sama.

Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana sebenarnya fakta itu tidak betul.

Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:


Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.

Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7% dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too, and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”

Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.

Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?

Kemudian kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama. Pertikai Artikel 153, tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan. Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di sini. Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969. Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini.

Dalam muka surat 24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur.

Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.

Tuan Yang di-Pertua...

Saya hendak sebut sahaja apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada masa itu.
 
Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.

Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.


Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.


Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.


Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.


Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”.

Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.


Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”


Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”


Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”


Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”


Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”


Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.

Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video klip, gambar-gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi orang tengok.

Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang-dalang 13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah.

Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini...sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang. Calon-calon Melayu akan diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya daripada DAP.



Mayat Cina di Arak       

My Idole

MOHD SHUKRI AB. YAJID
President and Founder, MSU
Professor Dato' Wira Mohd Shukri Ab. Yajid is a prominent figure in the Malaysian higher education scene. He is the founder of two Malaysia's leading private institutions of higher learning - the PTPL Group of Colleges and the Management & Science University (MSU). Much of the success and achievements of both PTPL and MSU stem from his passion for quality education and the desire to create a strong synergy between the industry and the academic.
His expertise and viewpoints on matters relating to education development and policies are often sought after. His appointment by the Malaysian government to the several committees on education is a further testimony of his dedication and commitment towards the uplifting of the standards of Malaysia's education locally and internationally. Among these committees are the National Implementation Task Force (NITF) and the Human Resources Cluster Working Group (CWG) committees which were under the auspices of the Prime Minister's department. He also serves as a board member for the National Higher Education Fund (PTPTN).
As a true philanthropist, Professor Shukri's commitment towards ensuring the less fortunate and the financially challenged received equal access to education is exemplary. Over the past 20 years, RM30 million have been spent through MSU and PTPL scholarships and joint scholarship schemes with various local bodies. More that RM 3 million is spent yearly providing the much needed funds for continuing education for the needy. The establishment of the MSU Foundation (Yayasan MSU) is also another of Professor Shukri's initiative in the enhancement of excellence in education.
His effort at ensuring the positive involvement between the public and private sectors speaks volume. Under his stewardship, MSU and PTPL have played a consistent role in several schools and community development projects in Malaysia. Among these projects were the personnel development programmes for school counselors and teachers, the learning system technology under the School Management System programme and the promotion of IT applications in schools.
Professor Shukri was conferred the "Darjah Indera Mahkota Pahang" (DIMP) 2002 by His Royal Highness The Sultan of Pahang, the "Dato Setia Diraja Kedah" (DSDK) 2006 and the "Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Dihormati" (DGMK) 2009 by His Royal Highness The Sultan of Kedah respectively.
Antara tokoh pendidikan tinggi yang amat juragan kagumi, seorang yang telah bermula daripada 0 kepada hero tanpa sokongan dan melibatkan diri dalam bidang Politik ataupun Politician. Mengambil masa selama 10 tahun mencipta branding yang agak setara dengan IPTA. Satu-satunya IPTS milik sepenuhnya Bumiputera, saya amat mengagumi beliau.... 




Sunday, December 19, 2010

Artikel yang agak menarik untuk dibaca..Mungkin kita perlu juga memohon agar Yuran Pengajian dihapuskan

Rentak perkembangan orang muda tidak lagi yakin dengan kerajaan mahupun pembangkang Print E-mail
Columnists
Written by Faisal Mustaffa   
Tuesday, 14 December 2010 20:07
Share Link: Share Link: Bookmark Google Yahoo MyWeb Del.icio.us Digg Facebook Myspace Reddit Ma.gnolia Technorati Stumble Upon

Malaysia sebuah negara yang unik di mana di atas nama demokrasi, masih mengamalkan undang-undang kuku besi. Pelbagai siri protes demonstrasi dan penghantaran memorandum dianjurkan oleh pelbagai pihak tetapi ianya diakhiri dengan penangkapan para demonstran, diberhentikan kerja, dikeluarkan dari universiti dan sebagainya.
 Pelbagai sekatan dibuat ke atas pelajar universiti. Mereka tidak dibenarkan berpolitik, didakwa hanya kerana didapati memiliki bahan-bahan kempen pembangkang, diberi amaran untuk tidak menyertai demonstrasi dan sebagainya. 

Di Toronto, Kanada bulan lepas, ribuan pelajar institusi pengajian tinggi telah berdemonstrasi kerana kenaikan yuran pengajian. Mereka menuntut supaya yuran pengajian dihapuskan sama sekali. Mereka telah menuntut Perdana Menteri Dalton McGuinty supaya memansuhkan yuran pengajian tinggi di seluruh Kanada. Kebangkitan pelajar-pelajar di Toronto itu seolah-olah telah mencetuskan gelombang kebangkitan pelajar di seluruh dunia, khususnya di United Kingdom, Filipina dan juga Malaysia. 



Mengikut jejak pelajar-pelajar Kanada pada bulan November, ribuan pelajar di London (gambar atas) berdemonstrasi kerana kenaikan yuran pengajian mereka hampir tiga kali ganda. Ketika demonstrasi, berlaku beberapa pertembungan dengan pihak polis yang menyebabkan banyak kecederaan dan 43 tangkapan. Dalam demonstrasi tersebut juga berlaku serangan ke atas kereta Putera Charles dan isterinya Camilla, Duchess of Cornwall sewaktu dalam perjalanan mereka ke Paladium London. Walau bagaimanapun parlimen Westminster meluluskan kenaikan yuran yang akan berkuatkuasa pada 2012.
Pelajar-pelajar universiti awam di Filipina pula telah berarak ke Dewan Senat pada 1hb Disember yang lalu untuk membantah potongan peruntukan bajet bagi universiti-universiti dan kolej-kolej awam.
Di tanahair pula, pelajar-pelajar telah menunjukkan solidariti bersama rakyat Selangor dalam perhimpunan bantah penswastaan air Selangor yang berlaku di perkarangan Masjid Negara pada Disember 5 yang lalu. Pelajar-pelajar kita juga telah berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada pihak Perdana Menteri berhubung isu kenaikan harga barangan di Malaysia. 

Sungguhpun masih belum layak membayar cukai, namun para mahasiswa harus diberi ruang bagi menyuarakan hasrat hati mereka. Tetapi adakah perkara ini dipertimbangkan oleh pihak kerajaan?

Gerakan mahasiswa disekat
Tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak diambil kisah sehingga seorang mangsa dihentak kakinya oleh anggota FRU sehingga mengakibatkan mangsa tersebut memfailkan saman.

Tuntutan Gerakan Anti-ISA mendesak supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan. Adakah Kementerian Dalam Negeri mempertimbangkannya?

Semuanya seolah-olah tidak didengari.

Pada suatu waktu dahulu, terdapat National Union of Malaysian Students (NUMS) atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia diwujudkan bagi menjaga kepentingan pelajar universiti secara berdikari.

Atas inisiatif dan semangat yang ada pada NUMS dan kemudiannya diharamkan pada tahun 1974, mahasiswa kini cuba untuk menghidupkan semula pertubuhan tersebut yang terdiri daripada wakil-wakil daripada pelbagai universiti awam dan swasta. Mereka berusaha keras agar pertubuhan mereka ini dapat didaftarkan sebagai satu pertubuhan baru yang sah disisi undang-undang. 

Selaku jurucakap NUMS baru, Amir Fared menyatakan bahawa mereka memilih untuk menghidupkan kembali semangat NUMS kerana nilai sejarah yang terdapat pada pertubuhan tersebut, sekali gus menarik minat orang muda untuk mempelajari sejarah negara. Walau bagaimana pun, beliau menyatakan dengan tegas bahawa pendekatan yang akan diambil oleh NUMS baru adalah sedikit berbeza dan tidak akan lari daripada ruang lingkup undang-undang yang sedia ada seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Idea untuk menghidupkan semula NUMS tercetus hasil daripada kebangkitan pelajar-pelajar di London, namun NUMS tidak bercadang untuk melanggar mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa dengan mengadakan perhimpunan haram dan sebagainya.

Seperti Britain, Kanada dan Filipina, Malaysia juga sudah tidak yakin dengan kerajaan mahupun pembangkang. 

Penyelesaian tanpa campurtangan politik
Politik tanah air terlalu cetek dan sering mempertikaikan perkara-perkara yang remeh sedangkan masalah dan kebajikan pelajar tidak pernah menjadi tumpuan.
Oleh itu NUMS berhasrat menghimpunkan pelajar bagi mencari satu penyelesaian yang tidak memerlukan pergantungan kepada kerajaan mahupun mana-mana parti politik. Mereka juga percaya golongan terpelajar di Malaysia mampu menguruskan masalah-masalah mereka sendiri tanpa campur tangan politik. 

Melihat perkembangan ini, pelajar-pelajar di Malaysia sudah mula berdikari dan berusaha demi kepentingan mereka bersama. Perhimpunan mahasiswa negara akan diadakan di Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pada Jan 11 tahun depan.
Mungkinkah pelajar-pelajar ini akan menjadi teladan kepada masyarakat bahawa penyelesaian kepada masalah-masalah yang membelenggu masyarakat tidak semestinya diselesaikan oleh kerajaan semata-mata.
Selama ini kita memandang rendah terhadap graduan-graduan kita, namun pada hari ini kita sudah boleh lihat perubahan dalam sikap pelajar-pelajar yang sudah mula menunjukkan kematangan dan kreativiti mereka dalam pembangunan negara. 

Mungkin ada cahaya di hujung jalan di mana ada golongan pelajar di Malaysia yang tidak lagi mahu bergantung kepada kerajaan, dan tidak juga memilih untuk berdemonstrasi seperti pelajar-pelajar di London, sebaliknya berusaha untuk maju dalam ruang lingkup undang-undang yang tidak adil. 

Namun, atas prinsip demokrasi, janganlah pula golongan-golongan pelajar yang masih merasakan demonstasi sebagai salah satu bidang aspek demokrasi dihalang. Keyakinan yang ditunjukkan seolah-olah mereka menyatakan bahawa tidak ada apa yang mampu menghalang kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka. Mereka juga sanggup mengenepikan pengaruh dan kepentingan politik semata-mata untuk kepentingan mereka bersama. 

Jika begini rentak perkembangan orang muda di Malaysia, saya percaya masa depan negara masih mempunyai harapan yang cerah.

Saturday, December 4, 2010

HARGA PETROL, GULA DAN GAS MEMASAK NAIK LAGI



Rasionalisasi subsidi itulah nama yang DISURUH oleh Menteri Kewangan Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia. Kali pertama ianya dilakukan harga Petrol telah dinaikkan sebanyak 5 sen jugak tak silap saya, tapi harga gula dan gas tidak turut serta dinaikkan. Namun drama flip-flop kerajaan Malaysia amat mudah dibaca oleh Rakyat Malaysia hasil peninggalan Mantan Perdana Menteri ke-5 iaitu Tun Abdullah Badawi (sangat dikenali sebagai Tun Tidor). Selang 3 minggu daripada kenaikkan harga minyak petrol, bekalan gula Negara berada dalam keadaan amat meruncing iaitu hampir kesemua Pasaraya Besar di Seluruh Semenanjung Malaysia tiada stok bekalan gula. Maka bersilat dan mengamuklah Menteri Kementerian Kepenggunaan dan Koperasi Malaysia, bahawa bekalan gula untuk kegunaaan domestik adalah mencukupi dan harga gula tidak akan dinaikkan. Setelah 3 minggu lamanya para pengguna terpaksa membeli gula dalam jumlah yang minimum, terpaksa beratur selama 2-3 jam semata-mata untuk membeli 4 kg bekalan gula kegunaan Hari Raya Aidilfitri. Hairan bin Ajaib apabila harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, bekalan gula yang selama ini sangat sedikit agak susah diperolehi, kembali berlebihan dan berlambak-lambak dalam stok-stok Pasaraya Besar serta kedai runcit. Apakah PEMANDU serta MAKMAL RASIONALISASI tidak sedar atau alert tentang spekulasi para pengilang serta pemborong tersebut untuk menaikkan harga demi kepentingan untung poket masing-masing. 

 Hari ini sekali lagi Rasionalisasi subsidi dilakukan untuk menyelamatkan sebanyak RM 1.18 Billion duit subsidi Kerajaan Malaysia (Pilihan Rakyat Malaysia). Wang tersebut akan disalurkan kepada aktiviti Mengurangkan Jenayah, Memerangi Rasuah, Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat berpendapatan Rendah, Memperkasakan Prasarana Luar Bandar dan Pendalaman dan Menambah baikkan sistem pengangkutan awam di Bandar. 

Satu tujuan yang murni namun perlaksanaan yang dilakukan banyak yang boleh dipertikaikan, kerana hasil dan kesan Rasionalisasi Subsidi yang pertama dulupun masih belum dirasai oleh rakyat kecuali para Menteri, Ahli Parlimen, Kontraktor-kontraktor dan bisnesman serta para peniaga yang mendapat kesan langsung daripada perlaksanaan tersebut. Kini rakyat dibebankan lagi dengan pertambahan kos sara hidup sedangkan kadar gaji serta upah bagi golongan marhaen (rendah dan pertengahan) tidak meningkat serta dinafikan pelbagai elaun-elaun serta bayaran lebih masa sama ada Jabatan Kerajaan mahupun swasta itu sendiri. CEO dan ahli eksekutif PEMANDU yang bergaji hampir RM 20 ribu sebulan, memang tidak terjejas dengan kenaikkan harga setakat 20-30 sen, bahkan mereka dapat claim minyak serta tol daripada Kerajaan Malaysia serta daripada Duit Rakyat Malaysia. 


Sepatutnya perlantikkan anggota PEMANDU perlulah dilantik daripada mereka yang betul-betul merasai kesan setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu sendiri iaitu para pekerja kerajaan dan swasta yang berpendapatan tetap bawah RM 2000 tanpa sebarang mendapat pendapatan sampingan. Adalah dicadangkan jugak agar elaun dalam jumlah yang banyak diterima sebelum ini dihapuskan dan hanya dibayar saguhati tidak melebih RM1000/bulan serta diberikan sijil penghargaan kerana berjaya memandu ekonomi Malaysia serta meningkatkan taraf kualiti kehidupan Rakyat Malaysia.

Program serta projek kerajaan seperti Program PERMATA perlu ditangguhkan terlebih dahulu termasuklah program satu rumah satu computer, yang dilihat kini banyak pembaziran serta tidak menepati objektif perlaksanaannya. Program e-book oleh pelajar juga perlu dihentikan kerana, para pelajar lebih banyak melayari laman web yang berunsur lucah serta menguploadkan gambar-gambar yang menyalahi peraturan serta budaya timur Malaysia. Saya pun tak tahu nak tulis apa lagi, sebab saya specialized dalam bidang sains dan bukannya bidang ekonomi. Tapi kalau tanya saya, dimanakah silapnya perlaksanaan segala dasar yang membebankan rakyat, saya dengan PASTI akan menjawab tentang ketidakberhasilan makmal-makmal rasionalisasi serta jawatan kuasa yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia. 

Sepatutnya hasil utama yang diharapkan adalah mengurangkan beban tanggungan dan kesusahan rakyat Malaysia dan bukannya beban tanggungan Kerajaan Malaysia. Cuma satu sahaja nasihat saya, jika PM ingin melakukan Pilihanraya Umum dalam masa terdekat, janganlah dirasionalisasikan lagi sebelum rakyat berpuas hati dengan apa yang kita buat dan jika dirasionalkan jugak, ianya akan menyebabkan anda dan kerajaan BN akan dirasionalisasikan dan diketepi oleh pengundi. 


Sekian sahaja nukilan daripada rakyat biasa kelas bawahan serta pertengahan yang selalu semput  dan tidak cukup duit apabila akhir bulan, bukan sebab tidak ingin berusaha namun terdapat banyaknya para penipu serta musang yang berbulu ayam, yang ingin mencari jalan mudah untuk kaya dengan menipu duit mangsa untuk pelaburan kerajaan (namun apabila dibuat laporan polis, polis pun tak boleh ambil tindakan sebab kes tersebut terpencil) Aduinyai kata tadi duit subsidi digunakan untuk mengurangkan jenayah, bukankah penipuan wang oleh para peniaga adalah jenayah (atau mungkin mangsanya bukan somebody). 

Malaysia..Malaysia oh Malaysiaku...

Friday, November 26, 2010

HOSPITAL KERAJAAN @ HOSPITAL SWASTA

Juragan amat tertarik dengan artikel daripada  http://mysuperkids.net/hospital-kerajaan-atau-hospital-swasta. Ianya mengisahkan pendapat penulis mengenai perbandingan antara Hospital Swasta dan Kerajaan..

Dalam seminggu dua ini saya rasa isu ni hangat diperkatakan, hingga di beberapa stesen radio menjadikan ini sebagai topik untuk diskusi dengan pendengar. Benda yang sama, dari dulu sampai sekarang pun. Malah saya terbaca dalam headline sebuah akhbar tentang keluhan pengguna tentang bayaran yang terlalu tinggi untuk rawatan di hospital swasta.

Biasanya kalau berbicara tentang hospital kerajaan atau hospital swasta, orang akan buat perbandingan dari segi perkhidmatan. Tapi last2 orang2 pro-hospital kerajaan akan kata juga “Alah, secanggih mana pun hospital swasta tu, kalay kes kronik hantar ke hospital kerajaan juga…”

Sebenarnya ini bukan isu siapa menang siapa kalah. Hospital kerajaan dan hospital swasta tak boleh dijadikan saingan sebenarnya. Saya pun tak faham kenapa ada pihak yang suka defend habis-habisan tentang ‘kebaikan’ sesesbuah hospital tu (sedangkan bukan bapak dia punya pun hehehe).

Sepatutnya pandangan kita terhadap kedua2 hospital ini adalah complement to each other, atau saling melengkap antara satu sama lain, bukan nak bersaing atau membandingkan siapa lebih bagus. Saya sendiri ada banyak pengalaman dengan kedua2 hospital. Antara yang saya boleh senaraikan:
  1. Saya sendiri dipindahkan dari hospital swasta ke hospital kerajaan kerana fasiliti yang tak mencukupi.
  2. Ibu bapa saya, kakitangan di hospital kerajaan terpaksa menggunakan ‘hak’ mereka sebagai staff untuk mendapatkan servis yang memuaskan hati.
  3. 2 orang ahli keluarga saya, seorang tu bertahun ulang-alik hospital kerajaan tapi tak pasti apa penyakitnya, tapi sekali ke hospital swasta, rupanya kena kanser peringkat teruk dan dah merebak ke organ2 dalaman dah! Seorang lagi berhari2 ditahan di wad hospital kerajaan, kemudian disuruh pulang. Tapi bila pergi ke hospital swasta, hasil diagnos mendapati kanser peringkat ke-4 dan perlukan rawatan segera, tak boleh nak duduk2 kat rumah lagi dah.
  4. Seorang ahli keluarga saya dipindahkan dari hospital swasta ke hospital kerajaan kerana belanja untuk rawatan penyakitnya terlalu besar, boleh capai juta2.
Cukuplah rasanya itu walaupun sebenarnya banyak lagi.



Jadi kedua2 hospital ini haruslah melengkapi antara satu dengan yang lain. Mana2 yang hospital kerajaan kurang, misalnya mungkin orang ramai sangat sampai diagnos penyakit pun ada yang miss, mungkin boleh dapatkan second opinion dari hospital swasta. Pesakitnya tak seramai di hospital kerajaan, dan ada sesetengah hospital ‘outsource’ saja kerja2 lab kepada makmal luar, jadi mungkin lebih cepat dan tepat. Dari segi ekonomi, bagi yang berkemampuan, untuk sakit2 biasa eloklah ke swasta saja bagi mengelakkan terlalu ramai pesakit di hospital kerajaan. Tak bolehlah nak bandingkan RM1 dengan RM100, dah kalau semua orang nak kejar yang RM1, kalau ramai sangat orang, lama menunggu tahu pula nak complaint. Biarlah yang mampu keluarkan RM100 untuk konsultansi dengan doktor, menggunakan kemampuannya untuk memberi laluan kepada yang cuma mampu bayar RM1 di hospital kerajaan.


Kalau ada baca majalah Personal Money somewhere in 2005 tak silap, ada menyebut tentang hal ini. Salah satu sebab wujudnya hospital swasta adalah untuk menyediakan tempat bagi mereka2 yang berkemampuan untuk membayar lebih bagi masalah kesihatan mereka.

Macam kereta, ada orang sanggup beli kereta yang cuma boleh muat 2 orang tapi harga berjuta2, kenapa tak beli kereta Malaysia aje kan? Tapi kalau kita cuma mampu pakai kereta jenama murah2, mana boleh kita nak marah pada mereka yang harga keretanya 4-5 kali ganda dari harga rumah kita. Tapi semua pun melengkapi antara satu sama lain. Kalau tak ada orang nak beli kereta mahal, tokei BMW dah lama melingkup.

Berbalik kepada hospital kerajaan vs swasta, kelengkapan di hospital kerajaan memang superb. Saya sebagai anak orang hospital memang kagum dengan benda2 ala2 robotik di hospital kerajaan. Semuanya mahal2, saya masih ingat lagi harga tempat tidur Fahry semasa di SCN dulu, beratus ribu sebiji. Teknologi dan ubatan di hospital kerajaan juga yang terkini dan dijaga rapi. Oleh itu, bagi penyakit2 kronik memang patutlah kalau dirujuk ke hospital kerajaan, kerana hospital swasta sama ada tidak ada kelengkapan, ataupun belanjanya terlalu mahal.

Kalau dari segi sikap staff di kedua2 hospital pun, kita tak boleh nak tentukan perangai orang. Di mana2 ada je orang yang biadap, jadi tak boleh salahkan tempat kerja dia juga. Mungkin staff hospital kerajaan tu kerjanya stress, maklumlah hari2 jumpa macam2 orang. Staff hospital swasta pun bukan tak ada yang tak tahu nak hormat orang. Tapi itu masalah peribadi mereka semua agaknya.

Rasanya dah tak perlu nak berdebat tentang hospital mana lebih bagus, mana lebih kurang aje… bergantung kepada ekonomi kita nak bawa kita ke mana. Tak elok nak kutuk mana2 hospital pun, siapa tahu satu hari kita pula dimasukkan ke hospital yang kita kutuk tu, kalau dapat layanan teruk sendiri mau ingat.

Thursday, November 25, 2010

Tesis oh Tesis...!

Salam Ilmiah buat semua,
Agak lama juga juragan tidak menulis nukilan dalam blog juragan-kritis ini.
Mungkin terlalu sibuk dengan dunia penulisan tesis penyelidikan serta kehanyutan dalam dunia facebook.com.
Oligosaccharides extraction from red pitaya flesh and peel, white pitaya flesh and peel and papaya flesh and peel

Setelah bertungkus lumus hampir 2 tahun melakukan aktiviti penyelidikan di makmal akhirnya 90% kajian juragan terhadap potensi buah pitaya merah untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kajian yang dilakukan ke atas buah pitaya merah, pitaya putih serta papaya dengan menentukan kandungan komposisi antioksidan dan aktiviti penghapusan radikal bebas; potensi komposisi sebatian ekstrak buah pitaya merah, pitaya putih dan papaya sebagai komponen antibakteria (12 jenis strain bakteria dalam makanan) dan antikanser (5 jenis sel kanser utama iaitu Leukemia (HL-60), Kanser Kolon (HT-29), Kanser Buah Dada (MCF-7), Kanser Serviks (HeLa) dan SeHa) dan sel normal (3T3); penentuan kandungan oligosakarida kasar dalam buah pitaya merah, pitaya putih dan papaya menggunakan High Performance Liquid Chromatography; potensi oligosakarida daripada buah pitaya merah, pitaya putih dan papaya dalam menggalakan pertumbuhan probiotic (bifidobacteria dan lactobacillus).

TLC test was run to identify the purity peak of selected oligosaccharides

Alhamdullilah proses menulis tesis telah bermula sejak 2 minggu yang lepas setelah mendapat kebenaran daripada Penyelia bersama iaitu Prof Dr. Abdul Manaf Ali. Walaupun penyelia utama ingin memperkukuhkan lagi tentang kepentingan kajian agar lebih bertepatan dengan bidang bioteknologi makanan, namun memandangkan masa yang semakin singkat serta terdapatnya lebih daripada 5 parameter yang berbeza menyebabkan Prof Manaf bersetuju bahawa kesemua parameter yang telah dilakukan telah memenuhi dan melebihi syarat-syarat bergraduat bagi seorang calon PhD (Terima Kasih Prof). Apa yang perlu dilakukan oleh juragan sekarang hanyalah menulis serta menghantar setiap bab kepada kedua-dua penyelia bagi tujuan semakan dan pembetulan sebelum menghantar tesis bagi tujuan pemeriksaan yang dijangka dapat dilakukan sepenuhnya pada akhir bulan Disember 2010 @ Januari 2011.

Insya-Allah dijangkakan pada bulan Mac atau April 2011 mungkin juragan telah boleh menjalani proses viva tesis dan bergraduat pada bulan Julai 2011 sebagai Penuntut PhD sulung UniSZA (Didoakan agar Allah mempermudahkannya). Sekarang juga sambil menulis tesis, juragan telah mula mencari-cari kerja-kerja kosong yang mungkin boleh membantu juragan daripada segi kewangan kerana Biasiswa Fellowship GRA akan tamat pada bulan Mei atau Jun 2011. Maka bermulalah kembali kehidupan juragan sebagai penganggur lepasan IPTA yang sememangnya agak sukar mencari pekerjaan sekarang. Berserah kepada yang ESA dan Maha Berkuasa kerana segala-galanya telah ditentukan olehNYA, kita hendaklah sentiasa berusaha dan selebihnya diserahkan kepada NYA.. 

Friday, November 19, 2010

Pasar Borong Wakaf Che Yeh

Semalam juragan berkesempatan untuk pergi dan merasai sendiri kehebatan 'Aura' Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kelantan. Bertolak daripada Kampung Saujana Setiu, Terengganu pada pukul 8.30 malam sampai disana hampir pukul 10.00 malam. Nasib baik ada bawak tourist guide (Am, adik ipar) yang memang berasal Wakaf Che Yeh, agak terkezut jugak apabila disepanjang perjalanan ke sana dipenuhi dengan kereta-kereta berpendaftaran luar seperti Selangor, W.Persekutuan, Kedah, Perak, Pahang dan sebagainya. Juragan sepanjang jalan start masuk Pasir Puteh, Kelantan sudah start radio memprotes untuk trip ke wakaf che yeh, disebabkan jalan jem, berlubang serta beralun macam naik kuda.

Sampai sahaja di jalan besar Wakaf Che Yeh, bersusun-susun pelbagai jenis kereta, kereta tempatan dan luar negara, baru dan buruk berduyun-duyun dan bersesak-sesak untuk memasuki kawasan @ gelanggang pembelian barangan yang AMAT dan MAHA murah di Malaysia ini..Lepas setel parking kereta, maka perjalanan untuk mengenali Pasar Borong Wakaf Che Yeh bermula..SANGAT terKEJUT sebab memang BESARRRRRRRRR....harga jangan cakap hanya mahal RM 2 Hinggit daripada Rantau Panjang @ Pengkalan Kubur, tetapi ada jugak beberapa barangan yang memang dan lebih murah daripada RANTAU PANJANG dan GOLOK..memang BERBALOI-BAloi...

Juragan terus berfikir kenapa Terengganu tidak ada insentif @ terfikir untuk mengadakan sebuah Pasar Borong yang kriterianya cukup dan hampir sama dengan Pasar Borong Wakaf Che Yeh ini. Adakah para pegawai UPEN atau unit pembangunan dan pelaburan negeri tidak merasakan tentang kepentingan kewujudan pasar sebegini dapat meningkatkan KDNK dan cash-flow dalam negeri. Sepatutnya mereka turun dan belajar macamana insentif yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk menggalakan para peniaga menjual barangan mereka serendah yang mungkin. Mungkin ianya tidak sehebat UpTown KT yang ada fun-fair dan segala macam permainan namun ianya tidak ubah seperti Kota Mayat Hidup, kata orang Terengganu Harga Mahal dok oh lalu.kalau towkey balak beli, towkey balak jual kilang sebab mahal dok oh lalu.

Kepada Kerajaan Negeri serta MB, perlu memikirkan tentang mewujudkan pasar sebegini bagi kemudahan dan menepati kehendak masyarakat, barulah ekonomi dan kuasa pembelian rakyat tempatan dapat ditingkatkan..tq.

Saturday, September 18, 2010

TIP BELAJAR SEDIKIT DAPAT BANYAK (TIP YANG PERTAMA)


MEMBINA MOOD POSITIF UNTUK BELAJAR

PARA PELAJAR MESTI PERNAH BERTANYA KEPADA DIRI SENDIRI KENAPAKAH MOOD MEREKA KETIKA BELAJAR SERINGKALI SYAHID @ TIADA MOOD. SEDANGKAN IANYA SANGAT BERBEDA PADA WAKTU MEREKA MENONTON DRAMA, FILEM DAN SEBAGAINYA MOOD MEREKA AMAT MEMBERANGSANGKAN SEHINGGAKAN DAPAT MEMBERIKAN FOKUS SERTA TUMPUAN SEPENUHNYA AKTIVITI YANG MEREKA MINAT.

KENAPA INI BERLAKU..? ADAKAH IANYA BERSIFAT SEMULAJADI @ SEBALIKNYA..?

JAWAPANNYA MUDAH SAHAJA, MOOD SESEORANG INDIVIDU BERGANTUNG KEPADA NIAT SERTA KEINGINAN YANG KUAT UNTUK MELAKUKAN PERKARA YANG DIMINATI DAN BUKANNYA DIBENCI.

MOOD INI PERLU DIPUPUK DAN DIASUH SEJAK DARI AWAL LAGI BAGI MEMASTIKAN MOOD YANG POSITIF DAPAT DIBENTUK SETERUSNYA MEMBANTU DALAM MEMASTIKAN WUJUDNYA PERSEKITARAN MOOD YANG POSITIF SERTA KONDUKSIF UNTUK BELAJAR DAN JUGA DIAJAR OLEH PENGAJAR.

JADI SEBELUM MEMULAKAN SESUATU AKTIVITI PEMBELAJARAN @ ULANGKAJI, PARA PELAJAR SEHARUSNYA MEMBANGKITKAN MOOD YANG POSITIF DENGAN MEMAKSA MOOD DAN MINDA UNTUK MENERIMANYA SEBAGAI SALAH SATU PERKARA YANG AMAT DIMINATI.



SEBAGAI CONTOH SEBELUM SESSI KELAS PENGAJARAN MIKROBIOLOGI MAKANAN, PARA PELAJAR BOLEH CUBA UNTUK MENCARI MAKLUMAT MENGENAI TOPIK YANG BAKAL DIPERBINCANGKAN SERTA MAKLUMAT YANG BERKAITAN. PELAJAR BOLEH CUBA MENCARI SERTA MENGENALPASTI MAKLUMAT YANG BOLEH MENARIK MINAT SERTA MEMBANTU UNTUK MENGEKALKAN FOKUS DALAM KULIAH YANG DIBERIKAN.

SEKARANG ANDA BOLEH CUBA UNTUK MENANAMKAN MOOD YANG POSITIF UNTUK BELAJAR:
1.      
  •  CUBA PEJAMKAN MATA ANDA SEJENAK SAMBIL MENGOSONGKAN PEMIKIRAN ANDA
  • POSITIFKAN FIKIRAN ANDA DENGAN MENGATAKAN BELAJAR ITU SESUATU YANG SANGAT MENARIK DAN MUDAH DILAKUKAN.
  • INGATKAN HARAPAN SERTA DOA YANG TELAH DIBERIKAN OLEH KEDUA-DUA IBU BAPA SERTA KELUARGA KE ATAS KITA.
  •  TETAPKAN MATLAMAT UNTUK MEMBERI YANG TERBAIK SERTA CEMERLANG.
  •  NIATKAN DIDALAM HATI “SESUNGGUHNYA AKU BELAJAR ILMU ALLAH UNTUK KEBAIKKAN SERTA KEPENTINGANNYA KE ATAS MASYARAKAT, DAN AKU SANGAT MEMINATINYA”.
  • BUKA MATA SAMBIL MENGHELA NAFAS DENGAN SEKUAT-KUATNYA SEBAGAI TANDA KITA SUDAH BERSEDIA UNTUK BELAJAR.
  •  LAKUKANNYA PADA SETIAP KALI HENDAK MEMULAKAN PEMBELAJARAN MAHUPUN KULIAH, DAN ANDA AKAN RASA PERBEZAANNYA BAGI SETIAP SESSI PEMBELAJARAN YANG ANDA IKUTI. INSYA-ALLAH..



**KAEDAH INI DICADANGKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH YANG MENDAPAT PENCAPAIAN PURATA SEDERHANA DAN SEDERHANA BAIK. NAMUN BEGITU IANYA JUGA BOLEH DIGUNAKAN OLEH PARA PELAJAR CEMERLANG SEBAGAI RUJUKAN TAMBAHAN SERTA UNTUK MENINGKATKAN LAGI PENCAPAIAN MEREKA.