Monday, June 28, 2010

Preview buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini juragan ingin mengupas serba sedikit mengenai buku kemahiran belajar hasil idea dan penulisan seorang sahabat juragan semasa di Universiti Putra Malaysia (UPM) dahulu iaitu Cikgu Mohd Razali Kamarudin. Sungguh tidak juragan sangka idea tentang penulisan buku-buku motivasi dan kemahiran belajar telah menyebabkan beliau begitu komited dan taksub untuk berkongsi pelbagai teknik kemahiran belajar dengan para pelajar sekolah (rendah @ menengah), pelajar matrikulasi dan Tingkatan 6, dan pelajar universiti yang masih lagi tercari-cari cara serta kaedah dan cara belajar sedikit, ringkas, sesuai dan yang terbaik.


Tajuk yang digunakan agak praktikal dan agak menarik untuk disebut, diingati dan difahami, ditambah pula ilustrasi pada kulit depan yang agak kreatif dan tidak menyerabutkan pandangan mata. Kupasan mengenai isu dan teknik kemahiran agak bersahaja, mudah difahami dan ringkas, menyebabkan pembaca tertarik untuk mencuba dan mempraktikkan teknik belajar yang dicadangkan oleh penulis. Ditambah pula dalam setiap tajuk utama @ bab terdapat nota dan latihan cara belajar yang ringkas untuk dibuat oleh pembaca (seperti penulisan yang membawa pembaca untuk bersama-sama melakukan apa yang dibaca pada ruangan khas diakhir mukasurat pada setiap bab yang diberikan).


Penggunaan contoh-contoh individu yang telah berjaya seperti Nur Amalina, Nik Nur Madiha dan Azali Azlan yang berkongsi tentang cara dan teknik belajar yang digunakan menyebabkan ianya agak praktikal dan subjektif untuk diadaptasi, walaupun para pelajar yang membaca buku ini tidaklah terlalu pandai  atau cemerlang namun jika menggunakan kaedah serta teknik belajar yang betul sekurang-kurangnya ianya dapat meningkatkan tahap teknik penguasaan kemahiran belajar serta penguasaan idea dan kreativiti pelajar tersebut.

Penulis juga sangat menekankan tentang penguasaan serta membangkitkan mood belajar, yang dirasakan amat penting bagi menentukan tahap pembacaan serta ulangkaji para pelajar. Kalau kena dengan mood, belajar sedikitpun telah mencukupi kerana 95% perkara yang telah dibaca dan dibuat telah masuk dan kekal didalam pemahaman serta otak para pelajar.

Juragan sangat berasa berbesar hati untuk mencadang buku ini dijadikan teman belajar kepada adik-adik yang akan mengambil peperiksaan pada tahun hadapan untuk melakukan satu pecutan awal mengenai teknik kemahiran belajar yang boleh dipraktikkan agar membolehkan kita mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Nantikan juga kemunculan sulung buku keluaran kami berdua yang bertajuk "Anugerah Dekan Dalam Genggaman", yang fokus utamanya adalah untuk memperkenalkan para pelajar IPT mengenai teknik kemahiran belajar yang agak praktikal digunakan di IPT serta kupasan serta cara untuk menjawab soalan peperiksaan di IPT yang agak lebih kritis dan mendalam kupasan berdasarkan pengalaman penulis, pensyarah kanan serta profesor daripada beberapa buah IPT tempatan. NANTIkan terbitannya....!

Saturday, June 26, 2010

MINDA POLITIK MELAYU

Sejak kemerdekaan hari sampai sekarang, orang Melayu ramai di sektor awam; bermula dari jawatan paling tinggi iaitu Ketua Setiausaha Negara, sehinggalah jawatan paling rendah dalam kerajaan.

Hal yang sama berlaku dengan orang Melayu yang bekerja dalam sektor swasta. Rata-rata orang Melayu adalah pekerja dalam organisasi swasta, kecuali dalam GLC di mana mereka berpeluang menjadi CEO atau Pengarah Urusan. Orang Melayu yang berada pada kedudukan nombor satu dalam organisasi korporat boleh dibilang dengan jari.

Kakitangan awam atau swasta dilatih untuk menurut perintah dan bertindak mengikut arahan ketua jabatan. Kalau lawan, kena tindakan disiplin. Ketua jabatan sama ada dalam sektor awam dan swasta memang bagus dalam mengenakan tindakan disiplin.
Sebaliknya, orang Cina merupakan kelompok yang paling ramai dalam sektor perniagaan. Untuk berjaya dalam perniagaan, mesti ada strategi yang betul. Dalam perniagaan, kunci kata ialah “survival.”

Perniagaan menuntut mereka berfikiran strategik. Bersatu dalam hal yang perlu bersatu. Berpecah kalau tak perlu berbuat demikian. Komuniti perniagaan boleh bersatu untuk memboikot jualan gula kerana tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan, tetapi mereka tidak mahu bersatu memboikot perasuah dalam sektor awam (mengikut dakwaan komuniti perniagaan).

Akhirnya, orang Cina menjadi komuniti yang berfikiran strategik. Sebab itulah kita sukar melihat DAP membelasah MCA, atau Gerakan menghentam DAP. Apa yang selalu kita lihat ialah DAP, MCA dan Gerakan sepakat mengkritik dasar-dasar kerajaan mengenai Bumiputera. Sesekali, ketiga-ketiga parti itu mengkritik UMNO, parti Melayu.

Sebaliknya, orang Melayu yang rata-rata merupakan komuniti pekerja tidak ramai yang berfikiran strategik. Melayu PAS menghentam Melayu UMNO. Melayu UMNO membelasah Melayu PKR.
Ada juga orang Melayu yang tanpa segan silu menghentam “institusi Melayu” seperti UiTM, MARA atau MRSM, walaupun ramai adik-beradik dan anak-beranak mereka sendiri mendapat manfaat darinya. Sesetengahnya graduan UiTM atau MRSM mula bercakap betapa kedua-dua institusi ini tidak perlu lagi.

Begitulah minda politik orang kita.

Memang Melayu!

Juragan-kritis: Juragan amat tertarik dengan artikel nobisha ini, mungkin ada kebenaran ulasan yang beliau berikan. Juragan ingin menambah sikit sebenarnya kelemahan Melayu adalah mereka suka berdolak dalih apabila ingin melakukan sesuatu perkara tambahan lagi apabila terdapat satu kejutan yang mempersoalkan tindakan yang dilakukan adalah wajar @ tidak. Selepas era pemerintahan Tun Dr. Mahathir, jelas kelihatan kepincangan para pemimpin melayu tidak konsisten dan istiqamah dalam membuat sesuatu keputusan berhubung dengan kepentingan Melayu, apabila digertak @ 'dibuzz' oleh kaum bukan melayu, mereka menjadi penakut dan bachul untuk melaksanakan perkara yang amat penting demi kelangsungan survival melayu.

Para pemimpin Melayu terutamanya UMNO dan PAS lebih suka membuat pernyataan dan perkara yang dipangil flip plop yakni apabila mengumumkan sesuatu mereka lebih suka melihat feedback dari rakyat Malaysia kalau respond daripada bukan bumiputera bagus mereka akan teruskan kalau tidak bagus mereka akan kata "masih lagi diperingkat kajian" sedangkan sepatutnya perkara yang menjadi kelangsungan survival Melayu perlu diutamakan kerana ianya telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Semakin PARAH kelangsungan MELAYU, apabila ada dikalangan orang dan bangsa MELAYU itu sendiri yang secara terang-terangan bersama-sama kaum bukan Bumiputera membantah perkara-perkara yang dibuat khususnya untuk kelangsungan melayu. Juragan mengelarkan mereka ini sebagai 'Petualang Melayu', golongan ini kebanyakkannya didokong oleh orang melayu yang telah berjaya hasil daripada DEB @ taraf bumiputera, mendapat biasiswa untuk belajar di dalam dan luar negara daripada JPA @ MARA disebabkan taraf Melayu, mendapat tender @ kontrak atas status Bumiputera, mendapat pelbagai peluang dan keistimewaan hanya kerana berbangsa Melayu. Namun mereka ini mudah lupa, apabila gagal mendapat tempat @ kontrak @ kuasa mereka sanggup bersengkongkol dengan bukan melayu untuk menghapuskan Hak Keistimewaan Melayu atas prinsip sama rata. Peringatan daripada juragan mudah saja, kalau betul semua bangsa di Malaysia mahukan hak kesaksamaan, kaum bukan Melayu sepatutnya tunjukkan keikhlasan terlebih dahulu dengan tidak mengamalkan sikap double standard dalam perniagaan, sektor swasta dan sebagainya. Anda ingin kami berikan anda keistimewaan sedangkan pada masa yang sama anda masih lagi mengamalkan chauvinism yang amat tinggi. Saya ada bukti yang kaum bukan Bumiputera banyak mengamalkan sikap double standard yang melampau terutamanya pada orang melayu dan bumiputera.

Kepada para petualang melayu, juragan amat berharap agar ANDA semua berfikir kembali apa yang telah MELAYU ini telah berikan kepada ANDA. Kalau sekiranya anda seorang anak Jutawan @ Hartawan cuba renung kembali kalaulah Hak Keistimewaan Melayu ini tiada masa Ayah, Datuk @ Moyang kita mula-mula menceburkan diri dalam perniagaan @ pekerjaan (awam & swasta) adakah mungkin kita dapat merasai apa yang kita nikmati sekarang. Janganlah saudara-saudara marahkan nyamuk kelambu dibakar, terdapat ramai lagi bangsa Melayu nung jauh di pendalaman, di kampung-kampung yang masih lagi memerlukan keistimewaan Melayu untuk sekadar untuk memastikan mereka ini masih lagi boleh mencari sesuap nasi untuk hidup.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

BENGKEL ANUGERAH DEKAN DALAM GENGGAMAN SAYA !



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bagi pihak Haqiem Training & Consultancy, saya ingin menarik perhatian para pelajar khususnya bagi mereka yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (Universiti, Kolej Matrikulasi, Politeknik dan Kolej Mara). 


Pihak kami telah merangka suatu modul khas bagi Bengkel Kemahiran Belajar & Motivasi yang diberi nama "Anugerah Dekan dalam Genggaman Saya !". Bengkel ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Razali (pernah mendapat 4 kali Anugerah Dekan dan bergraduat dengan PNGK > 3.89). 

Bengkel pertama yang telah dikendalikan beliau di kalangan para pelajar UKM, telah mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat memberangsangkan di kalangan peserta yang hadir. 


Bertujuan untuk berkongsi dan bertukar fikiran dan pendapat tentang cara yang terbaik untuk meningkatkan cara dan teknik kemahiran belajar yang terbaik bagi setiap pelajar, serta mengekalkan momentum kejayaan akademik seterusnya merangkul Anugerah Dekan bagi setiap semester pembelajaran.


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan serta rundingan berkenaan dengan harga pakej (penyertaan secara kumpulan amat digalakkan) yang ingin dijalankan, sila hubungi:

Haqiem Training & Consultancy
Lot 1211D, Lorong Binjai,
Kampung Wakaf Mempelam,
20050 Kuala Terengganu
Tel: 019-6191578/013-9627339

Sunday, June 20, 2010

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha


Melayukan gagah dinusantara

Lagi artikel dari Jarang Anak Melayu

Rasuah; Apa Cerita ADUN Kemasik, ADUN Kijal, Dua Datuk dan 70 Orang Ahli Politik Terengganu?

Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu ‘menyohor’ kerana berjaya membuat 11 tangkapan termasuk tujuh kes membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan berkaitan rasuah bagi tempoh suku pertama tahun ini. Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Saberi Hussain berkata, turut ditangkap adalah dua anggota bomba, seorang kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) termasuk seorang orang awam. Menurutnya, semua penjawat awam yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, sementara orang awam terbabit disiasat di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM.

“Tangkapan ini juga berdasarkan 120 maklumat berkaitan rasuah yang diterima bagi tempoh suku pertama tahun ini dan daripada jumlah itu, kami telah menyiasat 83 kes.

“Daripada siasatan dilakukan, kami membuka 52 Kertas Penyiasatan Awal (KPA), 16 Kertas Risik (KR) dan tujuh Kertas Siasatan (KS),” katanya.

Tapi itu semua cerita ikan bilis! Itu semua cerita lama! Cerita polis makan rasuah dan cerita pegawai anti rasuah, pun makan rasuah, cerita yang sudah basi. Mana laporan yang luar biasa? Mana tangkapan ikan jerung? Tidak ada tangkapan yang luar biasa, keatas tuduhan yang luar biasa!Apa cerita ADUN Kemasik, Rosli Othman dan pembantunya Ramli Abdullah yang ditahan SPRM pada 2 Ogos tahun lalu.

Rosli, Ketua UMNO Bukit Kukuran, yang juga Timbalan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Terengganu, telah ditahan pada jam 9.30 pagi bersama wang tunai RM5,000 di sebuah hotel di Kemaman oleh pegawai SPRM dan ditahan dibalai polis Kemaman. Rosli dan Ramli dibawa ke Mahkamah majistret Kemaman pada 3 Ogos utuk di reman bagi siasatan dakwaan seorang kontraktor membayar rasuah RM20,000 sebagai sogokan mendapatkan projek lanskap untuk Cekal Sekitar Sdn Bhd.Sehingga kini tidak ada apa-apa berita tentang kes Rosli, SPRM senyap sunyi bisu?

Bagaimana pula cerita ADUN Kijal? Ketika beliau disebut-sebut untuk menjadi Menteri Besar Terengganu, sebuah stesyen TV telah menyiarkan berita rasuah ADUN tersebut. TV3 menyiarkan ada seorang ADUN daripada Kijal yang terlibat dengan tiga rasuah. Yang pertama Mercu Tanda Kemaman, yang terletak di hadapan Balai Bomba, projek yang berharga RM 3.99 juta. Dua lagi kes sebagaimana didakwa oleh stesyen TV tersebut adalah pembinaan Dewan Seri Amar di bandar Chukai dan pembangunan Bandar Baru Kijal.Malangnya, kata beliau, setelah ADUN tersebut dilantik sebagai Menteri Besar, TV tersebut tidak lagi mengeluarkan berita itu dan pihak SPRM turut senyap, tidak mengambil apa-apa tindakan. Sekiranya berita TV3 betul, maka ADUN Kijal mesti didakwa, sebaliknya sekiranya ADUN Kijal yang betul, TV3 mesti diambil tindakan kerana menyiarkan berita bohong!

Apa pula cerita dua Datuk dari Terengganu yang disiasat oleh SPRM pada June, 2009?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12 June, 2009 mengesahkan, siasatan berhubung isu rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) membabitkan dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan hasil siasatan itu dan telah merakamkan keterangan kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu. Menurutnya, SPRM turut mengambil dokumen berkaitan projek pembinaan lebuh raya berkenaan membabitkan kedua-dua mereka. "Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan SPRM untuk tindakan lanjut," katanya ketika dipetik Utusan Malaysia.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan ketika datang ke pejabat SPRM Shah Alam untuk memberi keterangan kira-kira pukul 11 pagi 11 Ogos, 2009.
Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Bagaimana pula cerita 70 fail ahli politik Terengganu?

Pada 22 November 2007, Pengarah BPR (kini SPRM) negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007.

Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap.
Takkan 3 tahun kertas siasatan tak siap-siap?

Juragan-kritis: Sesekali apabila JAM menulis artikel juragan-kritis seakan-akan terpaku apabila membaca artikel beliau yang begitu direct & terbuka tanpa sebarang selindung mengenai kepincangan pentadbiran kerajaan Negeri Terengganu mahupun UMNO Terengganu itu sendiri. Bagi Juragan-kritis tiada yang amat pelik mengenai RASUAH di kalangan orang atasan, kerana maksud rasuah itu sendiri yang menyebabkan ianya amat sukar ditafsirkan. Tidak dinafikan kerana sekarang ini terlampau banyak syarikat atau orang perseorangan yang tersangat mudah untuk memberikan sumbangan @ hadiah dengan ikhlas kepada sesiapa sahaja yang ada mempunyai kepentingan perniagaan @ peribadi. Jadi apabila PTD @ TCS @ Pegawai peringkat rendah sekalipun yang  mendapat hadiah @ imbuhan sumbangan @ sponsor (latihan kemahiran yang ditanggung sepenuhnya syarikat yang mendapat projek) ianya mungkin ditafsirkan pada masa itu sebagai hadiah dan bukannya rasuah seperti yang diwar-warkan. Sebab itulah juragan-kritis amat bersetuju dengan cadangan beberapa pihak untuk memuktamadkan definisi sebenar RASUAH yang digunapakai hari ini yang dilihat lebih tertakluk kepada pemberian wang ringgit, kereta besar @ kecil dan sebagainya.

Kepincangan yang terbesar berlaku dalam pentadbiran MB Terengganu sekarang adalah sikapnya yang terlalu terburu-buru dan melampau apabila mengulas sesuatu perkara yang hangat dan menjadi tumpuan seperti kes stadium runtuh dan penutupan pusat akuatik. Apabila hasil siasatan yang diperolehi GAGAL mengaitkan seperti yang dilaporkan oleh MB sebelum ini, menyebabkan isu yang GEMPAR dan HANGAT menjadi sejuk dan tidak bermaya yang menjadi MANGSA dan menanggung akibat adalah rakyat yang ingin menggunakan kemudahan terbabit. Sudah hampir 1 tahun setengah Stadium Sultan Mizan yang runtuh tidak juga diperbaiki dan dibaik pulih sehingga mencacatkan permandangan kerana runtuhan yang berlaku semakin banyak akibat hujan monsun.

Kalau anda peminat ulasan juragan-kritis, anda mungkin perasan yang juragan-kritis sering kali mengutarakan permasalahan pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu yang semakin kusut, suram dan lesu, tengoklah sahaja pembangunan yang dilakukan bermula daripada tahun 2008 sehingga sekarang adalah KOSONG..yang ada hanyalah pembinaan billboard yang tinggi melangit mungkin untuk tantapan para dewa kayangan di hadapan Pasaraya Besar Mydin. Kemudahan & Prasarana seperti Jalan Besar @ Utama yang memang selalu SESAK walaupun bukan pada WAKTU PUNCAK. Aliran trafik dalam Bandaraya KT jangan cakaplah JEMnyer semakin menjadi-jadi, kalau pesakit tenat dikejarkan ke hospital, rasanya mungkin meninggal dulu baru sampai ke hospital.

Mana perginya para jurutera & para pegawai utama negeri dalam bidang perancangan bandar di UPEN, apakah anda semua datang kerja naik helikopter sampaikan tidak dapat merasakan BETAPA SESAKnya Jalan di Bandaraya KT ini @ mungkin sudah dipindahkan ke Bandar Kijal barangkali. Adakah mereka ini belajar first degree di Kubang Ikan @ di Rusila agaknya sampaikan tidak terbuka langsung MINDA untuk mencari jalan dan merangka perancangan bagi memenuhi keperluan dan memajukan IBUNEGERI Terengganu. Kalau setakat duduk jaga Booth di setiap program funfair anjuran kerajaan Negeri, adalah lebih baik untuk anda semua meletak jawatan daripada makan gaji HARAM. Ingat duit gaji yang anda dapat sebenarnya duit hasil jerih peluh rakyat yang memang rela dalam terpaksa untuk membayar pelbagai cukai atas nama untuk kemajuan negeri. Cukai yang dikutip rata-ratanya datang daripada penduduk Bandaraya KT tapi yang dimajukan dan diutamakan pembangunan Bandar Dalam Baruh Kijal..

Kepada semua warga Terengganu, rasanya sudah tiba masanya untuk kita membuat teguran ikhlas kepada MB kesayangan kita agar bangkit dan sedar kembali, yang sebenarnya Ibunegeri Terengganu adalah Kuala Terengganu dan bukannya KIJAL..Biarlah MB Terengganu bangunkan dan rancakkan kembali pembangunan dan aktiviti ekonomi Bandaraya KT. Kita berhak tegur MB Terengganu walaupun beliau dipilih oleh Istana, sebab beliau boleh menjadi MB sebab partinya mendapat UNDI daripada KITA dan Bukannya dari ISTANA. Juragan-kritis amat-amat berharap agar MB cepat untuk sedar kesilapan dan memperbaikinya agar membolehkan beliau tidak disenaraikan sebagai MB paling tidak bagus memerintah Terengganu. Wallahualam..

Wednesday, June 16, 2010

Terengganu oh Terengganu ku...

Salam dan selamat berjumpa kembali,

Kali ini Juragan-kritis ingin mengupas sedikit mengenai isu di atas, Alhamdullilah juragan-kritis telah hampir 23 tahun membesar, bersekolah dan masuk universiti pertama dan kini kembali menetap semula di Kuala Terengganu. Kalau dahulunya apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha, Merdeka dan yang paling penting setiap hari sabtu mesti warga Terengganu berpusu-pusu pergi ke bandar dengan menaiki segala macam jenis kenderaan (bas, kete, motorsikal dan basikal) dan pengangkutan air (bot penambang). Sudah pastinya destinasi wajib adalah semestinya Pasaraya Hock Kee Seng (juragan pernah berkerja selepas habis SPM), Pasaraya Pusat (kini the store) dan Pasaraya Bumi (kini KFC & Pizza Hut) pada tahun 1997 barulah muncul Pasaraya Astaka (satu-satunya pasaraya kat Terengganu yang ada eskelator masa tu).


Daripada pemerintahan Tan Sri Wan Mokhtar sehinggalah kepada Datuk Ahmad Said, nampaknya Kuala Terengganu sehingga kini GAGAL menjadi sebuah ibu negeri yang berjaya setanding ibu negeri lain seperti Shah Alam, Kuantan, Ipoh dan Kota Bharu walaupun tarafnya telah dinaikkan sebagai satu-satunya Bandaraya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya yang luasnya hanya sekangkang kera (kalau kita pusing satu bandaraya KT dengan motorsikal belum masuk gear 4, Bandaraya dah habis) start daripada Kampung Cina sampailah ke Tanjung, begitulah besarnya Bandaraya KT. Bangunan yang ada pula terdiri daripada rumah kedai yang dibina pada tahun 1960an sehinggalah sekarang masih teguh berdiri dengan berdindingkan atap zink merah.



Pada tahun 2004 - 2008, Bandaraya KT adalah juga pembangunan dijalankan namun hanya bersifat sementara dimana peratusan peluang pekerjaan yang diwujudkan telah diisi oleh warga asing akibat sikap patriotik yang "TINGGI" oleh para kontraktor daripada Kuala Lumpur yang dinaungi oleh anak menantu yang tersayang. Para kontraktor tempatan telah "di anaktirikan @ di anakbuang" semata-mata untuk memberi peluang kepada anak menantu menambahkan kekayaan keluarga. Pada tahun 2008 sehingga  sekarang pula anak menantu telah dihalau dengan segala projek pembangunan dihalakan semula ke arah kemaman @ lebih tepat lagi KIJAL. Maklumlah KIJALkan tempat MB Istana yang tersangat brilliant dan berotak GELIGA, masyur dengan sifat mesra 'kerakyatan' dan 'mudah menghulurkan peruntukkan di mulut' serta 'sangat gemar membuat keputusan tanpa bermusyarawah terlebih dahulu'. 


Yang paling penting KEMAMAN perlu dimajukan sebab disitu ada emas hitam yang dibawa naik (Royalti Terengganu @ TIA = 1MDB = Royalti Terengganu dah jadi royalti untuk semua negeri, rakyat dan bangsa). Kemudian diwar-warkan pula akan tentang pembinaan satu lagi Empangan Mega yang pembinaannya bermula daripada Hulu Kemaman sampailah Ke Hulu Besut. Belumpun sempat rakyat berkata-kata rupa-rupanya hutan primer kategori SATU itu telah dibersihkan dan BALAK telahpun diangkut dan dijual atas nama keperluan pembangunan @ syarikat KRONI. Juragan masih tertanya-tanya apakah dengan adanya empangan tersebut Rakyat Terengganu akan menikmati tarif elektrik yang lebih rendah daripada negeri lain @ sama saja. Kalau tarif elektriknya sama saja tak payahlah kita korbankan kawasan tadahan air yang luas itu, buat saja kat negeri lain. "Empangan Kenyir yang sedia adapun dah cukup rasanya" Kalau hendak dibuat juga biarlah KERAJAAN TERENGGANU gunakan AKAL FIKIRAN sedikit mintak syarat-syarat yang boleh memberikan FAEDAH pada rakyat seperti Rakyat Terengganu tarif elekterik dia dapat diskaun 5-10% dan 10% Biasiswa TNB khas untuk Pelajar Terengganu. Perjanjian dengan Petronas juga mungkin boleh dikaji semula dengan mengimplikasi modul yang sama, perkara ini bukan benda yang baru tapi telah lama dipraktikkan namun telah dihapuskan akibat daripada Pengurusan Petronas @ Syarikat-syarikat yang buta sejarah.   

Kalau diikutkan daripada hasil Royalti yang diperolehi daripada Petronas, Bandaraya KT seharusnya telah membangun dan maju seperti Kuala Lumpur mahupun Shah Alam, namun hairan bin pelik Bandaraya KT dahulu, kini dan seterusnya macam bandaraya KL pada zaman 1960an. Bangunan yang tertinggi adalah Wisma Darul Iman kini ada Felda Residence dan...(ntah takder doh bangunan hok tinggi lagi). 


Hairan bin Ajaib apabila Royalti yang jumlahnya berbilion ringgit itu tidak dapat dikesan dan dinikmati oleh seluruh rakyat Terengganu. Anak-anak syarikat kerajaan negeri yang ada berpuluh-puluh tapi yang mencatat keuntungan boleh dikira dengan sebelah tangan yang lain asyik rugi memanjang. Ini lagi Ajaib bin Hairan sebab kalau sudah 20 tahun asyik rugi takkan kita nak teruskan lagi kan lebih baguih gulung dan bubar syarikat saja syarikat tersebut. 


Pelaburan dan penyertaan anak syarikat kerajaan negeri dalam bidang hospital swasta seperti KTS, KMC dan sebagainya adakah ianya memberi sumbangan kapada rakyat Terengganu..? rasanya tidak sebab caj-caj yang dikenakan adalah sama saja samaada pesakit dari Terengganu @ tidak, yang penting yuran dikenakan adalah mesti tinggi dan pelbagai kalau boleh kerusi yang disediakan pun perlu dikenakan caj. Kalau inilah mentaliti kerajaan negeri sekarang juragan rasa amanat yang dilaungkan oleh Perdana Menteri iaitu "Rasai denyut nadi kesusahan rakyat" adalah jauh panggang dari api.. Namun seperti Juragan katakan sebelum ini, siapalah Juragan untuk bersuara dan berkata-kata, dalam setiap perjumpaan UMNO, PAS mahupun PKR setiap kali ada saja suara @ cadangan untuk kebaikkan rakyat, seringkali ungkapan "dalam penelitian", "sedang dalam proses" dan yang paling bagus adalah mesyuarat diadakan semalam tapi lusa baru diberitahu kepada Juragan..Ha ha ha apalah nasib diriku ini..

Saturday, June 12, 2010

Coretan daripada Jarang Anak Melayu..Adakah Betul MB Terengganu kurang..

YANG MELELEHKAN AIR HIDUNG

Lagi cerita untuk menjatuhkan air hidung dan reputasi MB Mat Said :


(via SMS) Saya tidak dapat menahan rasa geli hati yang teramat sangat apabila mendengar celoteh seorang pelajar Terengganu yang berada di London dan sempat menghadiri majlis perjumpaan dengan MB Terengganu Datuk Ahmad Said tempoh hari. Beliau memetik satu dialog berbunyi :


Pelajar : YAB Datuk, what is your pilot project for the people and state of Terengganu?

MB : Kita akan menghantar dan memberi biasiswa kepada pelajar anak Terengganu mengikuti kursus pilot.



(Pelajar-pelajar lain saling melihat antara satu sama lain kehairanan memikirkan kehebatan visi dan misi MB Terengganu).


Mungkin perkara yang sama berlaku sehingga Ahmad Said memahami (salah faham atau salah memahami?) kononnya Royal College of Surgeon and Nursing College nak tubuh pusat pendidikan mereka di Terengganu (seperti dilaporkan sendiri oleh MB Mat Said sebelum ini).


Hissss... ini semua cerita rekaan dan tidak betul. Sengaja nak melihat air hidung orang yang membaca meleleh kesukaan. Tolong katakan ini hanyalah cerita lucu dan cerita komedi yang banyak ditemui dalam komik-komik kartun macam komik Gila-gila. Ini juga satu lagi projek untuk menjatuhkan air hidung (oppp!!!) air muka dan reputasi MB terhebat abad ini.


Tetapi, kalau betul cerita ini (ulang kalau betul, ulang kalau betul, ulang kalau betul...), ada dua perkara yang wajar diambil iktibar :


PERTAMA : Sebelum ini JAM pernah sebut tentang ‘hebat dan fasihnya’ MB Mat Said berbahasa Inggeris. Berbahasa hebat, cuma mungkin ‘kurengnya’ untuk memahami sahaja. JAM tidak pernah menyatakan MB Mat Said ‘wajib’ kena fasih berbahasa Inggeris atau wajib kena faham Bahasa Inggeris, makanya baru boleh jadi MB. Tidak.. tidak pernah menyebut sedemikian. Tobat pun, rekok pun dok kata. Wallahi wabillahi watallahi... tak pernah...


Pemimpin-pemimpin negara (ulang negara, ulang negara, ulang negara - bukan NEGERI) hebat dan maju seperti Jepun, China, negara-negara Arab, Thailand dan banyak lagi negara pun, ramai yang tidak fasih berbahasa Inggeris, malahan ada sesetengahnya yang kalau boleh dikatakan tahap tidak retinya mereka BI sehingga ‘he’ dengan ‘she’ pun boleh lagi bertukar.


Tetapi yang membezakan pemimpin negara hebat dan maju berkenaan dengan MB terhebat abad ini hanyalah ‘mengakui kelemahan dan kekurangan’ serta tidak merasa malu akan kelemahan dirinya. Dalam bahasa yang lebih manis, sedar kediri kat mana kebodohan dan kelemahan diri.


Kerana mengakui kelemahan dan sedar kediri inilah serta yang lebih penting tidak ego dan bukan sesuatu yang memalukan sebenarnya, maka pada setiap perjumpaan dan dialog atau perbincangan yang melibatkan pemimpin negara luar yang memerlukan bahasa perantaranya BI, maka pemimpin-pemimpin negara besar tadi, dengan segera menyediakan pembantu merangkap penterjemah kepada dirinya, takut-takut tersalah sebut atau tersalah faham hasil sesuatu perbincangan.


Jadinya, MB terhebat abad ini patut mengambil langkah yang sama bagi mengelakkan ‘kemaluan’ berulang. Jangan berlagak bodoh sombong atau mengikut telunjuk penasihat yang juga bodoh sombong. MB terhebat abad ini bukannya tidak ada pegawai yang fasih dan mahir berbahasa Inggeris. Setiausaha Akhbar (SUA) MB misalnya, kalau dihadapkan dengan ‘orang putih’ hulu mana sekali pun, kacang saja baginya. Malangnya SUA ‘dinyek’ dan disumbatbekukan oleh pegawai bodoh sombong yang lain.


Ikutlah resmi sesetengah pemimpin dunia yang tidak merasa malu itu. Merendah diri, tidak ego dan akur dengan kelemahan. Mereka tetap berjaya membawa negara mereka maju dan hebat.


KEDUA : Yang studen budak tu pergi cakap omputih tu apa kejadahnya. Tahulah kamu tu bersekolah di negara mat saleh. Hari-hari boleh cakap mat saleh. Sesekali bila MB ke sana, cakap Terengganu laa pulok. Sleng kekijalan pun tak kisah punya. Bukan senang nak cakap Terengganu, masa MB Terengganu datang tu lah, nak pulun sampai lebam pun. MB kan berjumpa dengan pelajar Malaysia dan studen Terengganu.


Ini mesti studen tu ‘diupah’ supaya bercakap omputeh semata-mata nak menjatuhkan air hidung tanpa selsema MB Terengganu. Atau studen tu sengaja nak menguji kehebatan BI MB terhebat abad ini pemimpin mereka. Ini kena tengok betul-betul. Studen tu anak Terengganu ke, dapat biasiswa apa, duduk di mana, anak siapa, penyokong siapa. Jangan-jangan orang Besut penyokong Derih Jusoh. Kalau betul beliau tu penyokong tegar Derih Jusoh, panggil balik, suruh belajar di Kubang Bujuk atau di Rusila saja. Kalau dia tu penyokong tegar Haji al-Hadi atau al-Harun Taib, suruh dia cakap omputeh dengan kambing boer saja... Baru padan muka.


Apa-apa pun, kalau studen tu anak Terengganu, beliau telah membuktikan bahawa anak Terengganu memang hebat. Anak Terengganu yang bercakap omputeh dengan MB mereka tu memang hebat. Inilah kehebatan anak Terengganu di luar negara bikinan zaman MB Mat Said. MB Mat Said memang amat sedar perkara ini. Tak malu ada anak Terengganu macam studen tu. Jadi jangan cuba nak selekehkan kebolehan dan kehebatan anak Terengganu.


Kepada mat saleh atau studen Malaysia negeri lain atau studen negara lain di England tu, kalau nak lihat bagaimana hebatnya MB Terengganu, lihatlah studen berkenaan, kalaulah benar studen tu anak Terengganu. Itu baru secetong air kaki MB Terengganu tu, belum lagi segelup atau setempayan...


(Nota : sebenarnya terdahulu sebelum MB Mat Said, MB Perak Dr Zameri telahpun mengadakan perjumpaan dengan kelompok studen yang sama. Soalan yang sama daripada studen yang sama turut ditujukan kepada MB Perak. Jadi tidak pasti, apakah studen berkenaan adalah studen asalnya Terengganu atau dari negeri lain. Yang pasti studen tu adalah studen Malaysia).


JAM : Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Mi can spik omputeh, mi can give all Tranung studen pen pilot sebatang sorang..... kah3 kah3 kah3...

Juragan-kritis: Nampaknya MB Terengganu sekarang makin banyak yang cacat cela yang terdedah daripada puing-puing keayuan.. Mungkin sudah tiba masanya DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin memikirkan semula kerasionalan membenarkan Dato' Ahmad Said meneruskan tugas sebagai MB Terengganu, jika benar beliau agak keras kepala dan sukar mendengar nasihat para pegawai tadbir negeri yang lebih berpengalaman. Proses pembangunan dan pemodenisasi bandaraya Kuala Terengganu juga semakin terpinggir dan diabaikan kerana sebahagian besar pembangunan telah mula bertapak kembali di Kemaman sebagaimana yang dilakukan oleh MB terlama dan tertua memerintah Terengganu. Tolonglah lakukan sesuatu agar rakyat tidak mula cuak dengan pelbagai projek yang boleh dianggap sebagai melebong rakyat...

Friday, June 11, 2010

Penceramah Haqiem Training & Consultant

Pengenalan


Dengan hormatnya kami ingin memperkenalkan kepada tuan/puan Haqiem Training & Consultant satu daripada cabang perniagaan Haqiem Enterprise (TR0085192-W) yang menawarkan perkhidmatan kursus, ceramah dan bengkel motivasi serta runding cara pembelajaran efektif secara berkesan yang pastinya dapat melengkapi proses pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah, maktab, kolej, politeknik dan juga Institut Pengajian Tinggi.

Penceramah


Barisan penceramah yang bernaung dibawah Haqiem Training & Concultant adalah merupakan para pensyarah IPT, Guru dan juga pelajar cemerlang (barisan pelapis) yang telah lama bergiat aktif dalam program ceramah, bengkel motivasi dan juga kem kemahiran belajar. Berikut adalah sebahagian latar belakang para penceramah tersebut.




MOHD ADZIM KHALILI B. ROHIN

Merupakan ketua penceramah & fasilitator di Haqiem Training & Consultant. Penceramah bersekutu bagi slot motivasi, kemahiran belajar dan pemikiran kreatif untuk program bersekutu dengan Meranti Prima sdn bhd. Sebelum ini adalah penceramah tetap universiti (FHLS-MSU) bagi program khas Perubatan dan Sains Kesihatan. Seringkali dijemput untuk memberi ceramah motivasi dan mengendalikan bengkel kemahiran belajar di MRSM, SBPI, SBP, Politeknik dan Kolej Matrikulasi KPM. Kini melanjutkan pengajian peringkat PhD dalam bidang Bioteknologi Makanan (UDM/UniSZA). Sehingga kini beliau telah berjaya menerbitkan 4 jurnal penyelidikan antarabangsa (berimpak tinggi) dan 2 lagi telah diterima bagi tujuan penerbitan dalam Journal of Biomedical Science dan Food Chemistry Journal. Di luar waktu tugas rasmi, beliau turut menerima undangan untuk menjayakan ceramah, bengkel dan kursus untuk pelajar sekolah, IPT dan juga organisasi kerajaan.

MOHD RAZALI KAMARUDIN

Merupakan guru & warden asrama di Sek. Men. Teknik Pertanian Chenor, Maran, Pahang. Selain berkongsi ilmu & pengalaman dengan warga sekolahnya, beliau turut menjadikan penulisan sebagai medium untuk berkongsi ilmu & pengalaman dengan semua. Setakat ini, beliau telah menghasilkan 4 buah buku. Bermula dengan Syoknya Belajar!, Mudahnya Mengajar! diikuti dengan Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali dan kini Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak. Lebih mengembirakan beliau, Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali tersenarai di National Library Board (NLB) Singapura. Beliau turut menjadi kolumnis majalah Dewan Pelajar & CELIK. Di luar waktu tugas rasmi, beliau turut menerima undangan untuk menjayakan ceramah, bengkel dan kursus untuk pelajar sekolah, IPT dan juga organisasi kerajaan.


NORHAYATI ABD HADI

Merupakan pensyarah & Penyelaras bagi program Dietetik di Universiti Sultan Zainal Abidin (UDM). Penceramah bersekutu bagi slot motivasi, kemahiran belajar dan pemikiran kreatif untuk program bersekutu dengan Meranti Prima sdn bhd. Sebelum ini beliau merupakan pensyarah dan penceramah bagi program motivasi serta pengembangan kerjaya dalam bidang sains kesihatan bagi Faculty of Health & Life Sciences, MSU. Seringkali dijemput untuk memberi ceramah motivasi dan mengendalikan bengkel kemahiran belajar di MRSM, SBPI, SBP, Politeknik dan Kolej Matrikulasi KPM. Kepakaran beliau dalam bidang Pemakanan Klinikal & Terapi Diet menjadikan beliau sering kali menjadi tempat rujukan serta rundingan bagi permasalahan berkenaan pemakanan kesihatan dan pemakanan sewaktu peperiksaan. Di luar waktu tugas rasmi, beliau turut menerima undangan untuk menjayakan ceramah, bengkel dan kursus untuk pelajar sekolah, IPT dan juga organisasi kerajaan.
MOHD ZAIDI ABDUL MALIK

Merupakan mentor pelapis yang dididik sendiri oleh penceramah Mohd Adzim Khalili secara personal, seorang yang sangat komited dengan tugasan yang diberikan. Penerima anugerah Dekan sebanyak 6 kali serta Anugerah Presiden daripada Management & Science University (MSU). Kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Farmasi, suka berkongsi ilmu & pengalaman dengan rakan sekelasnya, beliau turut menjadikan penulisan sebagai medium untuk berkongsi ilmu & pengalaman dengan semua. Setiap cuti semester beliau sentiasa mengikuti mentornya bagi mengasahkan bakat dan skil kemahiran komunikasi untuk menjayakan ceramah, bengkel dan kursus untuk pelajar sekolah, IPT dan juga organisasi kerajaan.



Harga Cadangan Pakej Kursus


Senarai harga cadangan bagi pakej ceramah dan kursus anjuran pihak kami adalah seperti berikut:





RM 100.00 – untuk seorang peserta bagi bilangan peserta < 20 orang (Harga pakej termasuk harga 3 buah buku motivasi; Syoknya Belajar, Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali dan Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak).  

RM  75.00 – untuk seorang peserta bagi bilangan peserta < 40 orang (Harga pakej termasuk harga 2 buah buku motivasi; Syoknya Belajar dan Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak).  



RM 55.00 – untuk seorang peserta bagi bilangan peserta > 50 orang (Harga pakej termasuk harga 1 buah buku motivasi iaitu Syoknya Belajar karangan Cikgu Razali).  



Ceramah motivasi selama 2 jam juga boleh dirunding – harga khas untuk sekolah-sekolah di Kuala Terengganu (Bayaran boleh dirunding, sebagai khidmat masyarakat daripada kami).





Perlu disediakan oleh Penganjur:
ü  2 unit hamper untuk peserta lelaki dan wanita terbaik.
ü  Fail serta kertas A4 & Mahjong
ü  LCD
ü  PA system (termasuk potable microphone bagi tujuan sesi rekreasi dan rehat minda)
ü  Borang-borang dan nota tangan yang telah disediakan oleh penceramah


Masa Ceramah: (4 jam – ½ Hari)


2 jam – 1 sesi; contoh 08.30 – 10.30 pagi
Rehat
2 jam – 1 sesi; contoh 11.00 – 01.00 t/hari


Bayaran:


Bayaran kursus sebanyak 55% harus dijelaskan sebelum sesi ceramah. Manakala baki 45% daripada jumlah keseluruhan dijelaskan setelah tamat sesi kursus.


Cek @ Local Order (LO) kerajaan di buat ke atas nama Mohd Adzim Khalili Bin Rohin, nombor akaun 13017021018848, Bank Islam Malaysia Berhad, Kuala Terengganu.


Jika tempat ceramah melebihi 100 km, penginapan harus disediakan oleh disediakan oleh penganjur. Jika tempat di K. Lumpur, negeri-negeri Pantai barat dan selatan, juga Malaysia timur, tiket penerbangan dan penginapan wajib disediakan oleh penganjur (boleh dibincangkan).