Rasuah; Apa Cerita ADUN Kemasik, ADUN Kijal, Dua Datuk dan 70 Orang Ahli Politik Terengganu?
Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu ‘menyohor’ kerana berjaya membuat 11 tangkapan termasuk tujuh kes membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan berkaitan rasuah bagi tempoh suku pertama tahun ini. Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Saberi Hussain berkata, turut ditangkap adalah dua anggota bomba, seorang kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) termasuk seorang orang awam. Menurutnya, semua penjawat awam yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, sementara orang awam terbabit disiasat di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM.
“Tangkapan ini juga berdasarkan 120 maklumat berkaitan rasuah yang diterima bagi tempoh suku pertama tahun ini dan daripada jumlah itu, kami telah menyiasat 83 kes.
“Daripada siasatan dilakukan, kami membuka 52 Kertas Penyiasatan Awal (KPA), 16 Kertas Risik (KR) dan tujuh Kertas Siasatan (KS),” katanya.
Tapi itu semua cerita ikan bilis! Itu semua cerita lama! Cerita polis makan rasuah dan cerita pegawai anti rasuah, pun makan rasuah, cerita yang sudah basi. Mana laporan yang luar biasa? Mana tangkapan ikan jerung? Tidak ada tangkapan yang luar biasa, keatas tuduhan yang luar biasa!Apa cerita ADUN Kemasik, Rosli Othman dan pembantunya Ramli Abdullah yang ditahan SPRM pada 2 Ogos tahun lalu.
Rosli, Ketua UMNO Bukit Kukuran, yang juga Timbalan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Terengganu, telah ditahan pada jam 9.30 pagi bersama wang tunai RM5,000 di sebuah hotel di Kemaman oleh pegawai SPRM dan ditahan dibalai polis Kemaman. Rosli dan Ramli dibawa ke Mahkamah majistret Kemaman pada 3 Ogos utuk di reman bagi siasatan dakwaan seorang kontraktor membayar rasuah RM20,000 sebagai sogokan mendapatkan projek lanskap untuk Cekal Sekitar Sdn Bhd.Sehingga kini tidak ada apa-apa berita tentang kes Rosli, SPRM senyap sunyi bisu?
Bagaimana pula cerita ADUN Kijal? Ketika beliau disebut-sebut untuk menjadi Menteri Besar Terengganu, sebuah stesyen TV telah menyiarkan berita rasuah ADUN tersebut. TV3 menyiarkan ada seorang ADUN daripada Kijal yang terlibat dengan tiga rasuah. Yang pertama Mercu Tanda Kemaman, yang terletak di hadapan Balai Bomba, projek yang berharga RM 3.99 juta. Dua lagi kes sebagaimana didakwa oleh stesyen TV tersebut adalah pembinaan Dewan Seri Amar di bandar Chukai dan pembangunan Bandar Baru Kijal.Malangnya, kata beliau, setelah ADUN tersebut dilantik sebagai Menteri Besar, TV tersebut tidak lagi mengeluarkan berita itu dan pihak SPRM turut senyap, tidak mengambil apa-apa tindakan. Sekiranya berita TV3 betul, maka ADUN Kijal mesti didakwa, sebaliknya sekiranya ADUN Kijal yang betul, TV3 mesti diambil tindakan kerana menyiarkan berita bohong!
Apa pula cerita dua Datuk dari Terengganu yang disiasat oleh SPRM pada June, 2009?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12 June, 2009 mengesahkan, siasatan berhubung isu rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) membabitkan dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan hasil siasatan itu dan telah merakamkan keterangan kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu. Menurutnya, SPRM turut mengambil dokumen berkaitan projek pembinaan lebuh raya berkenaan membabitkan kedua-dua mereka. "Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan SPRM untuk tindakan lanjut," katanya ketika dipetik Utusan Malaysia.
Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan ketika datang ke pejabat SPRM Shah Alam untuk memberi keterangan kira-kira pukul 11 pagi 11 Ogos, 2009.
Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.
Bagaimana pula cerita 70 fail ahli politik Terengganu?
Pada 22 November 2007, Pengarah BPR (kini SPRM) negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007.
Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap.
Takkan 3 tahun kertas siasatan tak siap-siap?
Juragan-kritis: Sesekali apabila JAM menulis artikel juragan-kritis seakan-akan terpaku apabila membaca artikel beliau yang begitu direct & terbuka tanpa sebarang selindung mengenai kepincangan pentadbiran kerajaan Negeri Terengganu mahupun UMNO Terengganu itu sendiri. Bagi Juragan-kritis tiada yang amat pelik mengenai RASUAH di kalangan orang atasan, kerana maksud rasuah itu sendiri yang menyebabkan ianya amat sukar ditafsirkan. Tidak dinafikan kerana sekarang ini terlampau banyak syarikat atau orang perseorangan yang tersangat mudah untuk memberikan sumbangan @ hadiah dengan ikhlas kepada sesiapa sahaja yang ada mempunyai kepentingan perniagaan @ peribadi. Jadi apabila PTD @ TCS @ Pegawai peringkat rendah sekalipun yang mendapat hadiah @ imbuhan sumbangan @ sponsor (latihan kemahiran yang ditanggung sepenuhnya syarikat yang mendapat projek) ianya mungkin ditafsirkan pada masa itu sebagai hadiah dan bukannya rasuah seperti yang diwar-warkan. Sebab itulah juragan-kritis amat bersetuju dengan cadangan beberapa pihak untuk memuktamadkan definisi sebenar RASUAH yang digunapakai hari ini yang dilihat lebih tertakluk kepada pemberian wang ringgit, kereta besar @ kecil dan sebagainya.
Kepincangan yang terbesar berlaku dalam pentadbiran MB Terengganu sekarang adalah sikapnya yang terlalu terburu-buru dan melampau apabila mengulas sesuatu perkara yang hangat dan menjadi tumpuan seperti kes stadium runtuh dan penutupan pusat akuatik. Apabila hasil siasatan yang diperolehi GAGAL mengaitkan seperti yang dilaporkan oleh MB sebelum ini, menyebabkan isu yang GEMPAR dan HANGAT menjadi sejuk dan tidak bermaya yang menjadi MANGSA dan menanggung akibat adalah rakyat yang ingin menggunakan kemudahan terbabit. Sudah hampir 1 tahun setengah Stadium Sultan Mizan yang runtuh tidak juga diperbaiki dan dibaik pulih sehingga mencacatkan permandangan kerana runtuhan yang berlaku semakin banyak akibat hujan monsun.
Kalau anda peminat ulasan juragan-kritis, anda mungkin perasan yang juragan-kritis sering kali mengutarakan permasalahan pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu yang semakin kusut, suram dan lesu, tengoklah sahaja pembangunan yang dilakukan bermula daripada tahun 2008 sehingga sekarang adalah KOSONG..yang ada hanyalah pembinaan billboard yang tinggi melangit mungkin untuk tantapan para dewa kayangan di hadapan Pasaraya Besar Mydin. Kemudahan & Prasarana seperti Jalan Besar @ Utama yang memang selalu SESAK walaupun bukan pada WAKTU PUNCAK. Aliran trafik dalam Bandaraya KT jangan cakaplah JEMnyer semakin menjadi-jadi, kalau pesakit tenat dikejarkan ke hospital, rasanya mungkin meninggal dulu baru sampai ke hospital.
Mana perginya para jurutera & para pegawai utama negeri dalam bidang perancangan bandar di UPEN, apakah anda semua datang kerja naik helikopter sampaikan tidak dapat merasakan BETAPA SESAKnya Jalan di Bandaraya KT ini @ mungkin sudah dipindahkan ke Bandar Kijal barangkali. Adakah mereka ini belajar first degree di Kubang Ikan @ di Rusila agaknya sampaikan tidak terbuka langsung MINDA untuk mencari jalan dan merangka perancangan bagi memenuhi keperluan dan memajukan IBUNEGERI Terengganu. Kalau setakat duduk jaga Booth di setiap program funfair anjuran kerajaan Negeri, adalah lebih baik untuk anda semua meletak jawatan daripada makan gaji HARAM. Ingat duit gaji yang anda dapat sebenarnya duit hasil jerih peluh rakyat yang memang rela dalam terpaksa untuk membayar pelbagai cukai atas nama untuk kemajuan negeri. Cukai yang dikutip rata-ratanya datang daripada penduduk Bandaraya KT tapi yang dimajukan dan diutamakan pembangunan Bandar Dalam Baruh Kijal..
Kepada semua warga Terengganu, rasanya sudah tiba masanya untuk kita membuat teguran ikhlas kepada MB kesayangan kita agar bangkit dan sedar kembali, yang sebenarnya Ibunegeri Terengganu adalah Kuala Terengganu dan bukannya KIJAL..Biarlah MB Terengganu bangunkan dan rancakkan kembali pembangunan dan aktiviti ekonomi Bandaraya KT. Kita berhak tegur MB Terengganu walaupun beliau dipilih oleh Istana, sebab beliau boleh menjadi MB sebab partinya mendapat UNDI daripada KITA dan Bukannya dari ISTANA. Juragan-kritis amat-amat berharap agar MB cepat untuk sedar kesilapan dan memperbaikinya agar membolehkan beliau tidak disenaraikan sebagai MB paling tidak bagus memerintah Terengganu. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment