Wednesday, June 16, 2010

Terengganu oh Terengganu ku...

Salam dan selamat berjumpa kembali,

Kali ini Juragan-kritis ingin mengupas sedikit mengenai isu di atas, Alhamdullilah juragan-kritis telah hampir 23 tahun membesar, bersekolah dan masuk universiti pertama dan kini kembali menetap semula di Kuala Terengganu. Kalau dahulunya apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha, Merdeka dan yang paling penting setiap hari sabtu mesti warga Terengganu berpusu-pusu pergi ke bandar dengan menaiki segala macam jenis kenderaan (bas, kete, motorsikal dan basikal) dan pengangkutan air (bot penambang). Sudah pastinya destinasi wajib adalah semestinya Pasaraya Hock Kee Seng (juragan pernah berkerja selepas habis SPM), Pasaraya Pusat (kini the store) dan Pasaraya Bumi (kini KFC & Pizza Hut) pada tahun 1997 barulah muncul Pasaraya Astaka (satu-satunya pasaraya kat Terengganu yang ada eskelator masa tu).


Daripada pemerintahan Tan Sri Wan Mokhtar sehinggalah kepada Datuk Ahmad Said, nampaknya Kuala Terengganu sehingga kini GAGAL menjadi sebuah ibu negeri yang berjaya setanding ibu negeri lain seperti Shah Alam, Kuantan, Ipoh dan Kota Bharu walaupun tarafnya telah dinaikkan sebagai satu-satunya Bandaraya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya yang luasnya hanya sekangkang kera (kalau kita pusing satu bandaraya KT dengan motorsikal belum masuk gear 4, Bandaraya dah habis) start daripada Kampung Cina sampailah ke Tanjung, begitulah besarnya Bandaraya KT. Bangunan yang ada pula terdiri daripada rumah kedai yang dibina pada tahun 1960an sehinggalah sekarang masih teguh berdiri dengan berdindingkan atap zink merah.



Pada tahun 2004 - 2008, Bandaraya KT adalah juga pembangunan dijalankan namun hanya bersifat sementara dimana peratusan peluang pekerjaan yang diwujudkan telah diisi oleh warga asing akibat sikap patriotik yang "TINGGI" oleh para kontraktor daripada Kuala Lumpur yang dinaungi oleh anak menantu yang tersayang. Para kontraktor tempatan telah "di anaktirikan @ di anakbuang" semata-mata untuk memberi peluang kepada anak menantu menambahkan kekayaan keluarga. Pada tahun 2008 sehingga  sekarang pula anak menantu telah dihalau dengan segala projek pembangunan dihalakan semula ke arah kemaman @ lebih tepat lagi KIJAL. Maklumlah KIJALkan tempat MB Istana yang tersangat brilliant dan berotak GELIGA, masyur dengan sifat mesra 'kerakyatan' dan 'mudah menghulurkan peruntukkan di mulut' serta 'sangat gemar membuat keputusan tanpa bermusyarawah terlebih dahulu'. 


Yang paling penting KEMAMAN perlu dimajukan sebab disitu ada emas hitam yang dibawa naik (Royalti Terengganu @ TIA = 1MDB = Royalti Terengganu dah jadi royalti untuk semua negeri, rakyat dan bangsa). Kemudian diwar-warkan pula akan tentang pembinaan satu lagi Empangan Mega yang pembinaannya bermula daripada Hulu Kemaman sampailah Ke Hulu Besut. Belumpun sempat rakyat berkata-kata rupa-rupanya hutan primer kategori SATU itu telah dibersihkan dan BALAK telahpun diangkut dan dijual atas nama keperluan pembangunan @ syarikat KRONI. Juragan masih tertanya-tanya apakah dengan adanya empangan tersebut Rakyat Terengganu akan menikmati tarif elektrik yang lebih rendah daripada negeri lain @ sama saja. Kalau tarif elektriknya sama saja tak payahlah kita korbankan kawasan tadahan air yang luas itu, buat saja kat negeri lain. "Empangan Kenyir yang sedia adapun dah cukup rasanya" Kalau hendak dibuat juga biarlah KERAJAAN TERENGGANU gunakan AKAL FIKIRAN sedikit mintak syarat-syarat yang boleh memberikan FAEDAH pada rakyat seperti Rakyat Terengganu tarif elekterik dia dapat diskaun 5-10% dan 10% Biasiswa TNB khas untuk Pelajar Terengganu. Perjanjian dengan Petronas juga mungkin boleh dikaji semula dengan mengimplikasi modul yang sama, perkara ini bukan benda yang baru tapi telah lama dipraktikkan namun telah dihapuskan akibat daripada Pengurusan Petronas @ Syarikat-syarikat yang buta sejarah.   

Kalau diikutkan daripada hasil Royalti yang diperolehi daripada Petronas, Bandaraya KT seharusnya telah membangun dan maju seperti Kuala Lumpur mahupun Shah Alam, namun hairan bin pelik Bandaraya KT dahulu, kini dan seterusnya macam bandaraya KL pada zaman 1960an. Bangunan yang tertinggi adalah Wisma Darul Iman kini ada Felda Residence dan...(ntah takder doh bangunan hok tinggi lagi). 


Hairan bin Ajaib apabila Royalti yang jumlahnya berbilion ringgit itu tidak dapat dikesan dan dinikmati oleh seluruh rakyat Terengganu. Anak-anak syarikat kerajaan negeri yang ada berpuluh-puluh tapi yang mencatat keuntungan boleh dikira dengan sebelah tangan yang lain asyik rugi memanjang. Ini lagi Ajaib bin Hairan sebab kalau sudah 20 tahun asyik rugi takkan kita nak teruskan lagi kan lebih baguih gulung dan bubar syarikat saja syarikat tersebut. 


Pelaburan dan penyertaan anak syarikat kerajaan negeri dalam bidang hospital swasta seperti KTS, KMC dan sebagainya adakah ianya memberi sumbangan kapada rakyat Terengganu..? rasanya tidak sebab caj-caj yang dikenakan adalah sama saja samaada pesakit dari Terengganu @ tidak, yang penting yuran dikenakan adalah mesti tinggi dan pelbagai kalau boleh kerusi yang disediakan pun perlu dikenakan caj. Kalau inilah mentaliti kerajaan negeri sekarang juragan rasa amanat yang dilaungkan oleh Perdana Menteri iaitu "Rasai denyut nadi kesusahan rakyat" adalah jauh panggang dari api.. Namun seperti Juragan katakan sebelum ini, siapalah Juragan untuk bersuara dan berkata-kata, dalam setiap perjumpaan UMNO, PAS mahupun PKR setiap kali ada saja suara @ cadangan untuk kebaikkan rakyat, seringkali ungkapan "dalam penelitian", "sedang dalam proses" dan yang paling bagus adalah mesyuarat diadakan semalam tapi lusa baru diberitahu kepada Juragan..Ha ha ha apalah nasib diriku ini..

4 comments:

  1. we need a good leader, no..a great leader. negeri kaya tapi dari dulu xde perubahan ketara. haih~terengganu oh terengganu~

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha ...
    Apa nak buat, Terengganu nie sikap assobiyah nyer tersangat le tinggi..
    kalau ada pembangunan mesti nak bawak balik ke tempat yang diwakili..Nak kena tunggu wakil rakyat dalam Kuala Terengganu, Baru Bandaraya KT maju kot..?

    ReplyDelete
  3. hoi lum tido ka?
    banyak perkara aku nk bincang ngan ko

    ReplyDelete
  4. otobot email jer kat aku proposal mung, email add aku adzim_udm@yahoo.com

    ReplyDelete