Rasanya sudah tiba masa, untuk kita memikirkan dengan lebih serius mengenai mengadakan BOIKOT segala barangan dan produk keluaran syarikat-syarikat Israel Laknatullah..Cuba kita jadikan Pasaraya Sabasun Kuala Terengganu sebagai contoh yang terbaik dalam meneruskan kempen BOIKOT barangan dan produk keluaran syarikat Israel. Projek kemanusia yang telah dimulakan pada awal tahun 2001 itu telah berlarutan sehingga kini. Tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh Pasaraya tersebut malah masyarakat setempat juga dipupuk dengan kefahaman dan didedahkan maklumat mengenai kesan penjajahan palestin dan keganasan Israel. Setiap produk yang ada kaitan dengan syarikat Israel telah diletakkan label atau stiker boikot dan barangan yang boleh dipilih oleh pengguna sebagai gantian alternatif kepada barangan tersebut.
Mungkin sehari ada 100 orang pengguna yang tidak membeli barangan syarikat Israel, sebulan kita sudah ada 3000 orang pengguna yang tidak membeli barangan Israel ini. Kalau seorang pengguna sebelum ini menyumbang hampir RM50, dengan pemboikotan ini kita telah menghalang hampir RM150,000 kepada syarikat Israel tersebut. Kalau kempen ini dilakukan secara berterusan dan berlarutan sehingga setahun, setidak-tidaknya kita telah berjaya menghalang sejumlah RM 1.8 Juta duit kepada Syarikat Israel ini.
SEKARANG MERUPAKAN MASA YANG AMAT TEPAT BAGI SEMUA WARGA MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN MEMPUNYAI SIFAT KEMANUSIAAN YANG AMAT TINGGI, KITA LAKUKAN BOIKOT BARANGAN DAN PRODUK KELUARAN SYARIKAT ISRAEL. TUNJUKKAN SOKONGAN KITA KEPADA RAKYAT DAN WARGA GAZA, PALESTIN YANG TIDAK UBAH SEPERTI BERADA DALAM PENJARA DAN NYAWA MEREKA DIPERLAKUKAN SEPERTI HAIWAN OLEH REJIM GANAS ZIONIS DAN ISRAEL..
No comments:
Post a Comment