Saturday, June 26, 2010

MINDA POLITIK MELAYU

Sejak kemerdekaan hari sampai sekarang, orang Melayu ramai di sektor awam; bermula dari jawatan paling tinggi iaitu Ketua Setiausaha Negara, sehinggalah jawatan paling rendah dalam kerajaan.

Hal yang sama berlaku dengan orang Melayu yang bekerja dalam sektor swasta. Rata-rata orang Melayu adalah pekerja dalam organisasi swasta, kecuali dalam GLC di mana mereka berpeluang menjadi CEO atau Pengarah Urusan. Orang Melayu yang berada pada kedudukan nombor satu dalam organisasi korporat boleh dibilang dengan jari.

Kakitangan awam atau swasta dilatih untuk menurut perintah dan bertindak mengikut arahan ketua jabatan. Kalau lawan, kena tindakan disiplin. Ketua jabatan sama ada dalam sektor awam dan swasta memang bagus dalam mengenakan tindakan disiplin.
Sebaliknya, orang Cina merupakan kelompok yang paling ramai dalam sektor perniagaan. Untuk berjaya dalam perniagaan, mesti ada strategi yang betul. Dalam perniagaan, kunci kata ialah “survival.”

Perniagaan menuntut mereka berfikiran strategik. Bersatu dalam hal yang perlu bersatu. Berpecah kalau tak perlu berbuat demikian. Komuniti perniagaan boleh bersatu untuk memboikot jualan gula kerana tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan, tetapi mereka tidak mahu bersatu memboikot perasuah dalam sektor awam (mengikut dakwaan komuniti perniagaan).

Akhirnya, orang Cina menjadi komuniti yang berfikiran strategik. Sebab itulah kita sukar melihat DAP membelasah MCA, atau Gerakan menghentam DAP. Apa yang selalu kita lihat ialah DAP, MCA dan Gerakan sepakat mengkritik dasar-dasar kerajaan mengenai Bumiputera. Sesekali, ketiga-ketiga parti itu mengkritik UMNO, parti Melayu.

Sebaliknya, orang Melayu yang rata-rata merupakan komuniti pekerja tidak ramai yang berfikiran strategik. Melayu PAS menghentam Melayu UMNO. Melayu UMNO membelasah Melayu PKR.
Ada juga orang Melayu yang tanpa segan silu menghentam “institusi Melayu” seperti UiTM, MARA atau MRSM, walaupun ramai adik-beradik dan anak-beranak mereka sendiri mendapat manfaat darinya. Sesetengahnya graduan UiTM atau MRSM mula bercakap betapa kedua-dua institusi ini tidak perlu lagi.

Begitulah minda politik orang kita.

Memang Melayu!

Juragan-kritis: Juragan amat tertarik dengan artikel nobisha ini, mungkin ada kebenaran ulasan yang beliau berikan. Juragan ingin menambah sikit sebenarnya kelemahan Melayu adalah mereka suka berdolak dalih apabila ingin melakukan sesuatu perkara tambahan lagi apabila terdapat satu kejutan yang mempersoalkan tindakan yang dilakukan adalah wajar @ tidak. Selepas era pemerintahan Tun Dr. Mahathir, jelas kelihatan kepincangan para pemimpin melayu tidak konsisten dan istiqamah dalam membuat sesuatu keputusan berhubung dengan kepentingan Melayu, apabila digertak @ 'dibuzz' oleh kaum bukan melayu, mereka menjadi penakut dan bachul untuk melaksanakan perkara yang amat penting demi kelangsungan survival melayu.

Para pemimpin Melayu terutamanya UMNO dan PAS lebih suka membuat pernyataan dan perkara yang dipangil flip plop yakni apabila mengumumkan sesuatu mereka lebih suka melihat feedback dari rakyat Malaysia kalau respond daripada bukan bumiputera bagus mereka akan teruskan kalau tidak bagus mereka akan kata "masih lagi diperingkat kajian" sedangkan sepatutnya perkara yang menjadi kelangsungan survival Melayu perlu diutamakan kerana ianya telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Semakin PARAH kelangsungan MELAYU, apabila ada dikalangan orang dan bangsa MELAYU itu sendiri yang secara terang-terangan bersama-sama kaum bukan Bumiputera membantah perkara-perkara yang dibuat khususnya untuk kelangsungan melayu. Juragan mengelarkan mereka ini sebagai 'Petualang Melayu', golongan ini kebanyakkannya didokong oleh orang melayu yang telah berjaya hasil daripada DEB @ taraf bumiputera, mendapat biasiswa untuk belajar di dalam dan luar negara daripada JPA @ MARA disebabkan taraf Melayu, mendapat tender @ kontrak atas status Bumiputera, mendapat pelbagai peluang dan keistimewaan hanya kerana berbangsa Melayu. Namun mereka ini mudah lupa, apabila gagal mendapat tempat @ kontrak @ kuasa mereka sanggup bersengkongkol dengan bukan melayu untuk menghapuskan Hak Keistimewaan Melayu atas prinsip sama rata. Peringatan daripada juragan mudah saja, kalau betul semua bangsa di Malaysia mahukan hak kesaksamaan, kaum bukan Melayu sepatutnya tunjukkan keikhlasan terlebih dahulu dengan tidak mengamalkan sikap double standard dalam perniagaan, sektor swasta dan sebagainya. Anda ingin kami berikan anda keistimewaan sedangkan pada masa yang sama anda masih lagi mengamalkan chauvinism yang amat tinggi. Saya ada bukti yang kaum bukan Bumiputera banyak mengamalkan sikap double standard yang melampau terutamanya pada orang melayu dan bumiputera.

Kepada para petualang melayu, juragan amat berharap agar ANDA semua berfikir kembali apa yang telah MELAYU ini telah berikan kepada ANDA. Kalau sekiranya anda seorang anak Jutawan @ Hartawan cuba renung kembali kalaulah Hak Keistimewaan Melayu ini tiada masa Ayah, Datuk @ Moyang kita mula-mula menceburkan diri dalam perniagaan @ pekerjaan (awam & swasta) adakah mungkin kita dapat merasai apa yang kita nikmati sekarang. Janganlah saudara-saudara marahkan nyamuk kelambu dibakar, terdapat ramai lagi bangsa Melayu nung jauh di pendalaman, di kampung-kampung yang masih lagi memerlukan keistimewaan Melayu untuk sekadar untuk memastikan mereka ini masih lagi boleh mencari sesuap nasi untuk hidup.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment