Monday, May 31, 2010

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD NEGARAWAN ULUNG YANG TELAH DIAIBKAN DI UNIVERSITI MALAYA.

Juragan sendiri kurang pasti samaada perkara ini kurang mendapat perhatian ataupun sengaja disenyapkan agar tidak menimbulkan kemarahan oleh orang Melayu khususnya. Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang Negarawan Ulung yang begitu cekal membangunkan dan memodenkan Malaysia sehingga menjadi salah sebuah Negara yang amat dikagumi pencapaian taraf ekonomi dan kemajuan dalam pelbagai bidang termaju sehingga Malaysia terkenal seantero dunia dengan perubahan yang mendadak selama 22 tahun di bawah pemerintahannya. Tun Dr. Mahathir yang begitu dihormati dan disegani oleh kawan dan lawannya sehinggakan Presiden USA pun amat menyanjungi serta menghormati pandangan beliau terutamanya berkaitan dengan pembentukan Negara Palestine yang merdeka serta penyalahgunaan kuasa ekonomi bagi menindas negara-negara miskin serta memperbetulkan tanggapan dunia barat terhadap agama Islam itu sendiri. Tun Dr. Mahathir seringkali diberikan penghormatan yang ulung di kalangan negara-negara membangun dan yang sering ditindas oleh kapitalis barat. 

Sayang seribu kali sayang, tokoh yang begitu Kental dan Ulung ini rupanya dihina dan diaibkan disalah sebuah Universiti Awam di Negaranya sendiri. Inilah yang juragan sifatkan sebagai “Gading yang reput diagong-agongkan, tanduk yang berjasa dilontarkan ke lubang jamban”. Betapa hebatnya masyarakat Malaysia yang dipimpin selama 22 tahun yang mana sepanjang pemerintahannya jarang kedengaran perkara-perkara seperti kenaikan harga minyak petrol, demonstrasi jalanan (kecuali 1998), harga barangan keperluan naik secara mendadak dan sebagainya. 

Akhirnya beliau diaibkan, dihina dan dicemuh hanya kerana disebabkan oleh manusia yang bernama Barry Wain yang merupakan penulis karya Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang mendakwa Tun Dr. Mahathir telah mengakibatkan kerajaan kerugian hampir RM 100 Billion sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Juragan juga agak terkilan kerana Negarawan Ulung ini telah di aibkan, dihina dan dicemuh di satu forum yang berselindung disebalik syarahan akademik di salah sebuah Universiti Awam yang terulung di Malaysia iaitu Universiti Malaya. Adakah ini balasan kita terhadap seorang Negarawan Ulung yang telah membangun dan memajukan Malaysia sehingga terkenal dan terbuka mata masyarakat luar untuk mengenali Malaysia, orang inilah yang telah membina dan memperkenalkan Malaysia dengan kewujudan Menara Berkembar Petronas, Litar F1 Sepang, Bandaraya Pintar Cyberjaya dan PutraJaya (yang sememangnya projek yang diwar-warkan wujud dan berfungsi seperti yang dirancangkan, dan bukannya projek yang tahyul dan atas angin seperti pembangunan pelbagai jenis koridor diseluruh Negara, yang akhirnya duit lesap projek tak berjalan). 

Juragan ingin bertanya kepada semua masyarakat Malaysia, pada zaman kegawatan ekonomi 1998-99 adakah manusia yang bernama Barry Wain ini yang memainkan peranan aktif untuk memulihkan ekonomi Negara yang sememangnya teruk dengan pembelotan sebahagian besar tokoh-tokoh korporat multi-billionaire bukan Bumiputera yang membawa keluar sejumlah besar duit simpanan mereka untuk disimpan di bank-bank luar negara kerana takut apabila berlaku kekacauan seperti rusuhan rakyat seperti yang berlaku di Negara Indonesia (Harta orang kaya dirampas oleh penduduk yang berdemokrasi, yang akhirnya mengakibatkan kerugian kepada mereka). Insan yang diaibkan inilah yang bertungkus lumus dan berperang dengan penyangak matawang asing bagi menjamin dan mengekalkan kedaulatan Malaysia agar tidak menerima pinjaman IMF yang sememangnya terbukti menjerut leher sendiri @ menggali kubur sendiri sambil menantikan diri mati secepat yang mungkin. Perbuatan mengaibkan tokoh ini dan ada juga dikhabarkan turut mencerca orang melayu serta Raja-Raja Melayu oleh kesemua panel yang berasakan diri mereka sebenarnya adalah Dewa Kayangan (hanya mereka sahaja yang benar, orang lain hanya karut). 

Kerasionalan UM dalam membenarkan kelangsungan perkara ini sehingga ke akhir program walaupun pada peringkat awalnya telah menampakkan bayangan "perlarian" fungsi program yang dianjurkan daripada objektif sebenar program boleh dipersoalkan. Kerana adalah terlalu bodoh kalau UM mengatakan program tersebut telah tidak dapat dikawal atas sebab permintaan dan atas nama kebebasan bersuara. Apakah UM juga lupa yang mereka sepatutnya mendokong Perlembagaan Negara Malaysia terlebih dahulu dan bukannya mengadakan program diskusi yang tidak menampakkan sebarang nilai positif kerana Barry Wain bukannya penulis artikel yang berpengaruh dan bagus karyanya, yang ada hanyalah karya bagi menjatuhkan dan menidakkan segala kemajuan dan keamanan yang telah dibawa oleh Tun Dr. Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menjadi PM (Namun dalam masa 5 tahun sahaja pengganti beliau ranapkan segala-galanya termasuklah Negara Malaysia ini). Kesian pada Negarawan ini, niatnya ikhlas untuk memajukan rakyatnya namun beliau telah sakiti dengan pelbagai gelaran seperti racist tidak cukup dengan itu beliau ditelanjangkan pula secara sembunyi-sembunyi oleh mereka yang suka mengambil kesempatan bagi meraihkan undian dan sokongan. Juragan berani kata para pengkritik tersebut adalah Bachul kerana tidak melemparkan serangan-serangan liar kepada Dr. Mahathir secara berdepan @ debat. Mungkin mereka tahu, kalo berdebat pastinya mereka akan kalah kerana Dr. Mahathir seorang yang amat kuat membaca dan melakukan penyelidikan terhadap pembacaan ilmu dan pengetahuan (Beliau bukannya seorang yang suka tidur @ membuang masa). Fikir-fikirkan rakyat Malaysia dan selamat beramal.


KENAPA ANDA TIDAK PATUT PERGI KE A&W.

Juragan terpanggil untuk memberi ulasan terhadap servis yang diberikan oleh Restoran Makanan Ringan A&W di Terengganu. Rasanya baru juragan perasan kenapa bisnes A&W agak kurang memberangsangkan walaupun penjenamaan semula telah dilakukan. 

Adalah pihak pengurusan A&W mengetahui yang sebenarnya servis yang diberikan adalah terlampau lembap dan perlahan jika dibanding dengan restoran makanan segera yang lain seperti KFC dan M’c Donald. Penantian makanan yang baru disiapkan dan dihantar kepada pelanggan memakan masa yang agak lama (hampir sejam menunggu untuk menikmati main course dan rut bir). Suasana persekitaran serta suhu dalam premis sangat menghampakan sehingga dirasakan makan kat tepi pantai lebih nyaman daripada makan dalam restoran (Aircondnya banyak yang jadi potret, abstrak dan tugu daripada berfungsi sebagai penyaman udara). Penipuan jumlah kandungan minuman juga boleh diperkatakan dimana jika kita mengambil rut bir float, jumlah rut bir yang diisikan hanyalah separuh dalam cawan plastic dan selebihnya diletakkan aiskrim sekali dengan buih-buih yang menipu mata pelanggan. Sekiranya anda ingin juga pergi restoran A&W, sila pastikan anda mempunyai sifat sabar tahap dewa, tahan menunggu dan bersedia untuk melupakan kekurangan restoran tersebut.

Sunday, May 30, 2010

PERKHIDMATAN PENCERAMAH BAGI PELBAGAI PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR DI TERENGGANU


Kami di Haqiem Training & Consultancy merupakan cawangan kepada Haqiem Enterprises sedia menawarkan perkhidmatan penceramah bagi program motivasi pelajar dan kemahiran serta teknik belajar untuk sekolah, maktab, politeknik, kolej dan IPT di sekitar Negeri Terengganu. Para penceramah kami adalah merupakan penceramah yang berkelayakan dan sering kali diundang bagi memberikan ceramah serta mengendalikan bengkel serta ceramah kemahiran belajar di Sekolah (SPM & STPM), Kolej Matrikulasi, Politeknik dan sebagainya. Antara tajuk dan pakej ceramah yang ditawarkan oleh pihak kami adalah seperti berikut:


1. Kemahiran Belajar & Teknik Berfikir (2 jam ceramah)

2. Motivasi & Pembinaan Sahsiah Pelajar   (2 jam ceramah)  

3. Bengkel Kemahiran Belajar   (4 jam ceramah + 2 jam aktiviti)

4. Temuduga & Grooming (2 jam ceramah + 2 jam aktiviti bengkel)



Pihak kami hanya mengenakan bayaran yang amat berpatutan iaitu RM150/jam serta bilangan peserta hendaklah tidak melebihi 40 orang bagi memastikan output, kualiti dan maklumat sampai pada peserta sasaran. Namun begitu harga perkhidmatan masih lagi boleh dirundingkan jika kuantiti peserta melebihi 100 orang. Kertas kerja bagi sesuatu program akan disediakan oleh pihak kami selari dengan tajuk dan objektif yang dikhendaki oleh pihak bakal pelanggan.





Untuk maklumat lanjut serta tempahan bolehlah berhubung secara terus dengan En. Mohd Adzim Khalili Bin Rohin (019-6191578 @ email adzim_udm@yahoo.com. Sebarang tempahan penceramah hendaklah dilakukan pada selewat-lewatnya 10 Hari daripada tarikh cadangan ceramah @ aktiviti yang dipersetujui. Ceramah daripada luar negeri Terengganu juga diterima.



Saturday, May 29, 2010

Mat Rempit (Siri 2)

Salam Satu Malaysia juragan ucapkan kepada para pengunjung blog juragan-kritis. Hari ini juragan akan menyambung lagi pendapat mengenai Mat Rempit. Semalam juragan ada terbaca dalam akhbar harian sinar mengenai usaha murni yang dilakukan oleh Datuk Rahin Mohd Said melakukan dialog dengan Mat Rempit dalam usaha mengenalpasti permasalahan dan bagaimana boleh mengatasi jegala Mat Rempit ini selaras dengan moto Mat Rempit Sifar 2010. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Beliau, namun apa yang nampak sedikit kejanggalan program itu tidak melibatkan pembabitan pihak berkuasa seperti Pihak PDRM, ADK dan MKN. 

Bukan hendak menafikan program yang telah dilakukan (sebuah program yang amat bagus) cumanya kalau boleh hargai juga pihak yang sememangnya bertungkus lumus untuk menjaga ketenteraman awam seperti PDRM agar keselamatan rakyat Terengganu terjamin. Persoalan yang kedua bermain di minda penulis ialah adakah mat rempit yang hadir pada program itu adalah mat rempit yang sejati (tegar) dan bukannya budak-budak muda yang sekadar memiliki motor. Kenapa mesti juragan mempersoalkan? baiklah sebenarnya jumlah kehadiran para mat rempit pada program tersebut sebenarnya adalah amat sedikit dan sebahagian daripada sebenarnya berasal daripada kawasan YB Datuk Rahin Mohd Said itu sendiri, namun juragan pada asasnya tidak sekali-kali menyatakan program ini gagal kerana ianya boleh dijadikan satu batu loncatan asas bagi Dun YB itu sebagai pemangkin sebelum dijadikan contoh bagi Dun yang lain pula. Mungkin ramai mempersoalkan kenapa juragan berkata sedemikian, jawapannya mudah sahaja iaitu pada keesokkan hari (jumaat 26/5/2010) setelah program ini dijalankan (khamis 25/5/2010) seperti kebiasaan pada hari cuti minggu iaitu jumaat dan sabtu. Jalan utama K.Terengganu ke Kuala Berang terutamanya di kampung Wakaf Beruas, Kampung Merbau Patah (Pasar Borong), Simpang Tok Ku dan Jalan ke Manir seperti biasa dipenuhi dengan mat-mat rempit yang berleluasa dan bermaharajalela di atas jalan tersebut melakukan pelbagai aksi tungangan secara berkumpulan yang membahayakan. Kebodohan si rempit ini makin terserlah apabila melanggar peraturan jalanraya sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya. 

Kerap kali juga juragan terfikir apakah pihak polis tidak mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh para pengguna jalanraya ini apabila setiap petang pada hujung minggu. Jalan-jalan yang digunakan mat rempit ini juga terletak berhampiran dengan flat kediaman anggota polis di jalan Padang Hiliran berhampiran dengan giant dan mydin mall. Kalau ada peronda polis pun kereta berkenaan hanya sekadar berlalu atau pergi tanpa melakukan sebarang tindakan. Kadang-kadang tu terfikir jugak apakah polis-polis ini makan gaji buta @ berkerja hanya pada hari berkerja sahaja. Hari minggu kalau tak dapat buat OT tak payah buat kerja (anggapan juragan sahaja). Sedih juga melihat apabila melihat aksi sengaja mahu mencabar polis seperti melakukan whiley didepan kereta peronda. Semakin hairan bin ajaib pula juragan rasa.

Juragan ingin mencadangkan agar YB Datuk Rahin turun sendiri untuk melihat masalah ini (kalau boleh dilakukan secara penyamaran). Kalau hendak diharap MB mungkin agak kurang sesuai kerana MB terlalu sibuk dengan pembangunan Kijal & Kemaman. Mungkin juga boleh dicadangkan agar DYMM Sultan Terengganu sendiri melakukan pemeriksaan mengejut dan melihat sendiri aksi Mat Rempit di Negeri Baginda. Kepada pihak PDRM juragan menyarankan agar pihak tuan dapat melakukan operasi pembersihan mat rempit ini secara besar-besaran dengan melibatkan penggunaan unit pasukan PGA yang sememangnya digeruni apabila melakukan sebarang operasi pencegahan jenayah. Kalau boleh lakukan risikan secara penyamaran dan apabila berpeluang terus menangkap mereka ini dan diletakkan dalam lokap selama 2@3 hari bagi menimbulkan rasa serik dan perit dikalangan mereka ini. Mana-mana mat rempit yang positif dadah terus ambil tindakan yang sewajarnya. Jangan lakukan macam sekarang 20km dari kawasan kenderaan peronda telah memasang siren bagi tujuan yang tak pasti. Tolong lakukan sesuatu sebelum perkara ini menjejaskan nama baik dan intergriti PDRM selaku penegak keadilan dan penjaga keamanan. Sekadar cadangan daripada Juragan, namun siapalah juragan untuk didengar suara dan idea ini.

Pendapat Juragan-kritis

SEMBOYAN KENAIKKAN HARGA MINYAK TELAH MULA DIPALU


Semalam Dato' Idris Jala telah mengatakan bahawa Malaysia akan BANKRAP menjelang 2019 sekiranya kita tidak melakukan penstrukturan subsidi dan beliau menghebahkan cadangan yang telah dibuat oleh makmal rasionalisasi subsidi kepada orang awam. Antara cadangan yang diberikan oleh makmal tersebut adalah memotong dan menghapuskan semua struktur subsidi yang sedia ada sekarang. Hutang luar negara juga telah meningkat kepada 320 Billion iaitu peningkatan sebanyak 100% daripada jumlah KDNK.

Juragan: Sebenarnya Juragan merasakan ada kebenaran untuk kerajaan memansuhkan subsidi secara berperingkat namun yang menjadi persoalan kepada juragan jika cadangan sebegini diperolehi @ dicadangkan oleh makmal rasionalisasi subsidi, pendapat Juragan tutup sahajalah makmal tersebut kerana jawapan & cadangan penyelesaian yang diberikan boleh dilakukan pada peringkat dalaman jabatan sahaja. Sepatutnya makmal tersebut memberi cadangan alternatif yang boleh dilakukan tanpa perlu membebankan rakyat (bukankah itu sebenarnya cadangan asal penubuhan makmal tersebut). Belum pun habis lagi panik rakyat terhadap kecukupan bekalan gula dan harga gula yang mungkin dinaikkan atas sebab manipulasi oleh pemborong. Rakyat dipanikkan kembali dengan kenaikkan harga minyak. Jumlah purata pendapatan isi rumah bagi golongan sederhana semakin menyusut dengan kenaikkan pelbagai harga barang (Makmal berkenaan boleh membuat kajian perbandingan harga barang antara tahun ini dengan tahun lepas, memang terdapat kenaikkan hampir 20% harga barang..tolong siasat dan dedahkan). 

Kalau dahulu RM 50 boleh beli 10-12 barang-barang keperluan isi rumah namun kini hanya 2-3 barang sahaja. Sudahlah BONUS tahun lepas tidak diberikan (hanya RM500 untuk Persiapan Raya & Buka sekolah) rakyat dibeban pula dengan pelbagai kenaikkan harga barang-barang keperluan (Petugas pemantau harga..hanya boleh memantau bukannya boleh saman atau turunkan harga). Makin bertambah pelik Juragan apabila PM membuat kenyataan yang ekonomi Malaysia semakin pulih dan lebih bagus daripada Negara-Negara lain di Dunia ini. Kalau benarlah ekonomi sudah pulih biarlah hasil ekonomi tersebut sampai kepada masyarakat Malaysia golongan pertengahan terlebih dahulu. Apabila jumlah pendapatan mereka sudah bertambah dan kuat (mengurangkan jurang inflasi, meninggikan nilai Ringgit) barulah perkenalkan dasar-dasar menghapuskan subsidi secara berperingkat. Jumlah keuntungan daripada GLC perlu digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat,dan bukannya dengan membayar bonus dan elaun yang tidak munasabah kepada para CEO yang tamak haloba ini. Jadikan @ Wajibkan setiap GLC mengikut langkah2 CSR yang diamalkan oleh Kumpulan YPJ yang banyak membantu rakyat walaupun kadar keuntungannya tidak setanding GLC utama. Penubuhan Makmal-makmal yang sebelum ini dijangka akan dapat memberikan idea @ penyelesaian yang terbaik buat rakyat perlu di fikirkan semula, tiada guna kalau menubuhkan makmal dan para penyelidik (memakan kos yang besar) tetapi hasil @ cadangan penyelesaiannya tidaklah sebaik yang disangkakan seperti menaikkan harga minyak bagi mengelakkan negara Muflis. Buat apa kerajaan menaja ramai graduan ekonomi diluar negara melalui JPA yang kemudiannya diambil sebagai PTD (untuk membuat penilaian sesuatu keputusan) tetapi membuat keputusan hampir sama dengan orang yang tidak berpelajaran tinggi. Fikir-fikirkan & selamat beramal.


IMAM MUDA

Juragan sangat teruja untuk mengikuti program rancangan Imam Muda di Astro malam tadi. Program latihan dan pengisian tugasan Imam Muda ini amat menarik dan bertepatan dengan tajuk program itu sendiri. Juragan juga tertanya-tanya berapakah nilai hadiah yang bakal diperolehi oleh Pemenang @ Imam Muda itu sendiri adakah ianya setanding dengan Program AF atau sebaliknya. Sepatutnya syarikat korporat Muslim kena memainkan peranan dengan memberi sponsor dan juga hadiah demi memartabatkan lagi program ulung ini.

Tahniah Astro..

Wednesday, May 26, 2010

KEMAMAN !!!!!!:IBU NEGERI TERENGGANU YANG BARU?


Juragan tertarik dengan artikel yang diperolehi daripada bukitkijal.blogspot.com. Mungkin ianya sesuai untuk dikongsikan dengan semua anak watan Negeri Terengganu, lebih-lebih kalau adan Adun yang berasal daripada Bandar Kuala Terengganu @ Kuala Nerus.

Rata-rata rakyat Terengganu tertanya-tanya adakah sekarang ini Kemaman sudah mengambilalih Kuala Terengganu sebagai ibu negeri yang baru bagi Negeri Terengganu. 
KEMAMAN IBU NEGERI TERENGGANU YANG BARU? KEMAMAN....IBUNEGERI BARU TERENGGANU?
KEMAMAN...IBUNEGERI YANG BARU BAGI NEGERI TERENGGANU?
(kena tanya pakar bahasa manakan tidak. Baru sebulan dua  Mat Said berada 'di atas takhta' Menteri Besar (sebelum ini semasa nak ambil plat TAS  5, Mat Said tanpa segan-silu beritahu ''I nak pakai TAS 5 ...Tengku Ahmad Said'), Sambutan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2008 dibawa ke Kemaman biarpun peserta kontinjen perarakan seluruh negeri Terengganu tidak mempunyai ataupun cukup tempat penginapan yang selesa dan perarakan terpaksa melalui lorong belakang rumah ataupun dapur orang.

HAMPIR KESEMUA SYARIKAT TERUTAMA SYARIKAT MILIK KERAJAAN NEGERI TERENGGANU YANG BEROPERASI DI KEMAMAN TELAH 'DIMILIK KEMAMANKAN'

(segala peluang jawatan dan kontrek atau hampir keseluruhan darippadanya telah dijadikan hakmilik eksklusif orang Kemaman.Tapi rata-rata orang di Bandar Chukai bercakap bukan orang Kemaman yang memilik eksklusif syarikat-syarikat tersebut tapi orang kanan,orang kiri, orang belakang, orang depan dan di sekeliling Mat Said yang memonopoli segalanya.

Kata orang pasar segalanya milik negeri Terengganu yang berpengkalan di sini milik Agu, Ramli Shahul, Hj Dol, Rosli Pendek dan lain-lain. Kalau betul cakap kaki Pasar Chukai, maka betullah dakwaan ini. Kalau tak betul kata mereka,mungkin ada asas untuk mempercayai dakwaan tersebut.

Tapi nak kata Kemaman pun kurang jugak nampaknya pembangunan yang boleh dilihat,dinikmati dan dihargai oleh majoriti penduduk Kemaman macam kami golongan marhain ini. Manakala kami terus ketinggalan di samping terus menghadapi tekanan hidup akibat daripada kos sara hidup yang tinggi dan harta termasuk tanah kerajaan yang pernah kami teroka dan bina rumah di atasnya suatu ketika dahulu dirobohkan oleh PTG Kemaman atas arahan Mat Said. Kami bersumpah atas nama tujuh keturunan bahawa selagi Mat Said mengetuai umno, nescaya tidak akan kami sokong.Kami masih ingat bagaimana Mat Said dengan rakus merobohkan masjid dan rumah-rumah kami di zaman Derih dulu.

Saya pernah tanya orang Besut yang kebetulan belajar bersama saya di universiti dulu dan kebetulan pula orang kuat Derih Jusoh, tentang perobohan rumah/masjid Bujal.Katanya daripada maklumat yang diperolehi,Mat Said yang beria-ia benar mahu PTG Kemaman merobohkan rumah/masjid Bujal.

Berbalik kepada Kemaman sebagai ibu negeri Terengganu, orang Kemaman masih belum buta dan belum pekak.

''SEBENARNYA BAGI KAMI ORANG KEMAMAN, BUKANNYA KEMAMAN YANG AKAN AMBILALIH KUALA TERENGGANU SEBAGAI IBUNEGERI TAPI BANDAR BARU KIJAL DALAM BARUH KIJAL''. 
Bayangkan betapa hebat sekali kuasa Mat Said di Terengganu ini sebagai MB, pasaraya Giant yang hampir memulakan perniagaan di Mesra Mall Kerteh boleh dibatalkan dengan begitu sahaja kerana lawan kehendak Mat Said supaya membuka pasar raya di dalam baruh Kijal.

Operasi syarikat-syarikat utama milik Kerajaan Negeri yang beroperasi di Kemaman yang SEBELUM INI ditempatkan di Kuala Terengganu semata-mata kerana bertujuan menambahkan penjanaan ekonomi di ibu negeri dengan harapan CEO syarikat,pengarah urusan,pengurus kanan,pengurus dan pegawai yang bergaji lebih daripada RM5,000/ sebulan mampu membantu penjanaan ekonomi dan perniagaan di Kuala Terengganu sehingga mampu menarik minat pelabur supermarket dan hypermarket seperti Parkson, Isetan dan Tesco melabur diKuala  Terengganu.

Dalam lain perkataan bila kuasa membeli tinggi sudah tentu akan menarik minat pelabur-pelabur untuk melabur dalam perniagaan runcit di Kuala Terengganu. Kalau di Kemaman,memang sudah jadi tabiat kami orang sini untuk membeli-belah di Kuantan ataupun Kuala Lumpur kerana di sana buka sahaja banyak pilihan tapi banyak kemudahan berhibur.

TAPI KINI KESEMUA OPERASI PENTADBIRAN SYKT-SYKT TERSEBUT TELAH DIBAWA BALIK KE KEMAMAN ATAS PANDANGAN SINGKAT PEMIMPIN YANG TERSERLAH UNTUK MENJIMATKAN KOS OPERASI.

Kesemua projek syarikat-syarikat berkenaan mesti diagihkan kepada orang kanan Kemaman sahaja 'mungkin kerana tujuan Tan Seri Wan Mokhtar menubuhkan syarikat-syarikat berkenaan semasa menjadi Menteri Besar Terngganu dulu hanya untuk mengkayakan orang Kemaman sahaja dan mungkin bila minyak didaratkan di Paka/Kerteh,maka Mat Said merasakan orang Terengganu yang lain kurang berhak'.

Kata orang semua pembangunan Terengganu kini ditumpu di Kemaman.Tapi jumlah yang besar juga dicampakkan ke  dalam Tasik Kenyir. PEMIMPIN LUPA SEJARAH......BUKANKAH SEBELUM INI TAN SERI WAN MOKHTAR TELAH BANYAK MEMBANGUNKAN KEMAMAN?KENAPA MAJORITI RAKYAT MASIH MENOLAK UMNO/BN PADA TAHUN 1999?

Juragan: Kadangkala Juragan sering juga memikirkan status Bandaraya Kuala Terengganu adakah benar-benar menepati kriteria sebagai sebuah Bandaraya seperti yang diwar-warkan. Pembangunan dan pemodenan kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu amat menyedihkan kerana sejak daripada tahun 2008 sehinggalah sekarang tidak ada sebarang pembangunan @ projek besar dijalankan di Bandaraya ini, yang ada hanyalah penukaran status jalan dua hala menjadi satu hala dan pemasangan pelbagai papan tanda iklan yang berkomputer (yang kerap kali blackout tanpa sebarang maklumat).

Sudah tiba masanya untuk pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Kuala Terengganu memainkan peranan dan menuntut hak Bandaraya tersebut sebagai Ibunegeri Terengganu. Kepada Pergerakan MAMPAT Terengganu, anda perlu memainkan peranan yang lebih aktif lagi mengenai perkara ini, dan bukannya menuntut sesuatu yang memang pasti tidak akan dapat seperti royalti minyak Terengganu. Mungkin pihak MAMPAT juga patut meminta penjelasan daripada MB mengenai trip Pelaburan Ke China yang membawa sebegitu besar rombongan siap dengan menempah khas pesawat penerbangan (sumber: http://jaranganakmelayu.blogspot.com/2010/05/yang-disewa-khas-wow-faktor.html). 

Kepada MB Terengganu, Sekiranya anda terbaca artikel ini, adalah molek sekiranya Dato' dapat menjelaskan serta menangkis segala provokasi yang telah ditulis dalam artikel ini. Kalau benar kita melakukan kesalahan mengaku sahaja dan perbetulkan semula apa yang kita silap. Kerana dengan sikap sebegitu ianya akan menjadikan kita nampak lebih mulia.

Tuesday, May 25, 2010

Siapakah Juragan-kritis

Hari ini juragan ingin menceritakan serba sedikit mengenai diri juragan-kritis. Juragan sebenarnya adalah merupakan seorang Mahasiswa Tua yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Bioteknologi Makanan di Fakulti Teknologi Makanan, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Juragan mula mendaftarkan diri pada 16 Julai 2008, setelah meletak jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Management & Science University, Shah Alam. Setelah berkhidmat hampir 4 tahun di MSU.


Juragan telah membuat keputusan yang agak drastik untuk menyambungkan pengajian peringkat PhD di UDM setelah mendapat surat tawaran kemasukan pada Mei 2008. Syukur Alhamdullilah segala yuran pengajian telah dibiayai sepenuhnya oleh UDM dan MOHE atas skim Pasca-siswazah. Juragan juga telah menerima bantuan elaun bulanan daripada UDM menerusi skim yang sama. Kuranglah sikit beban kewangan Juragan, Kalau diikutkan gaji pekerjaan lama sangat lumayan namun Juragan perlu melakukan pengorbanan bagi mengapai apa yang telah dihajatkan. Tajuk penyelidikan Juragan disini adalah "Determination of Oligosaccharides Compounds in Red Pitaya, White Pitaya and Papaya Fruits, Its Potential as an Antioxidants, Antimicrobial, Antiproliferative and Prebiotics Properties" .


Juragan telah mengembangkan lagi prospek penyelidikan mengenai potensi perubatan buah pitaya merah semasa juragan membuat Ijazah Sarjana dahulu. Disini Juragan telah diselia oleh Prof Dr. Abdul Manaf Ali dan Prof Dr. Che Abdullah Abu Bakar. Antara parameter yang perlu dilakukan adalah dengan menentukan komposisi antioksidan (aktiviti antioksidan, kandungan phenolics, penghapusan aktiviti radikal bebas), komposisi keseluruhan Oligosakarida, penentuan bersifat antibakteria oleh pelbagai larutan pengekstrakan keatas mikrob yang terpilih, penentuan antiproliferasi oleh pelbagai larutan pengekstrakan keatas TIGA sel kanser yang terpilih dan penentuan potensi ekstrak buah sebagai sumber penggalak bakteria probiotik. Projek ini secara keseluruhannya telah hampir siap 70% aktiviti kajian makmal. Hanya tinggal satu lagi parameter tambahan, projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada November 2010.


Penentuan Aktiviti Antioksidan, Kandungan Phenolik Keseluruhan dan Aktiviti Penghapusan Radikal Bebas:




Akan bersambung kembali...

Sunday, May 23, 2010

GEJALA MAT REMPIT APAKAH PENYELESAIANNYA..!

Kali ini juragan terpanggil untuk mengulas satu topik yang seringkali diketengahkan namun gagal diatasi sepenuhnya oleh pihak berkuasa dan kerajaan. Mat Rempit @ samseng jalanan adalah satu nama yang cukup sinonim bagi mereka yang terlibat dengan gejala menunggang motorsikal secara melulu dan merbahaya, tidak mengikut peraturan dan definisi yang paling tepat kepada mereka ini adalah manusia yang tidak tahu beradap sopan @ barbarian daripada hutan mana yang mendapat motosikal. 



Juragan sering kali terfikir apakah yang sebenarnya dicari oleh golongan ini, adakah ianya dilakukan bagi menunjukkan mereka ini memprotes sesuatu atau sekadar mencari kepuasan dan keberanian selaku anak Jantan pada tempat dan masa yang tidak sesuai.  Datang sahaja ke kampung juragan pada setiap petang Jumaat dan Sabtu selepas waktu Asar sehinggalah waktu maghrib (Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang) spesifiknya Jalan Wakaf Beruas dan Simpang Tok Ku. Hairan bin ajaib pula rasanya sebab makin kerap pihak polis membuat road block dan serbuan namun aktiviti merempit semakin berleluasa pula sekarang. Terimbas kembali laporan sebuah akhbar tempatan tidak lama dulu mengenai keperihatinan MB Terengganu yang turun padang untuk melihat sendiri masalah yang semakin menjadi barah ini.  Namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang kukuh dilaksanakan, peruntukkan dana untuk membina litar lumba yang kononnya memungkinkan aktiviti merempit ini akan berkurang dilihat satu contoh penyelesaian yang tidak berasas sama sekali dan kurang diterima akal. Mungkinkah anak-anak muda yang 99% adalah terdiri daripada orang melayu telah mula berasa bosan @ mereka ini telah mendapat semacam kekuatan untuk menunjukkan kehebatan peninggalan sifat “keberanian” pejuang-pejuang melayu terdahulu seperti Tok Janggut, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau. 


Mereka lebih gah dan berbangga apabila ada rakan-rakan mereka mati katak akibat kemalangan dengan motorsikal yang dibeli @ dicuri. Trend merempit kini telah semakin parah apabila menjadi ikutan sebilangan kecil penunggang cilik yang belum ambik UPSR mahupun minah rempit itu sendiri. Cuba kita bayangkan dalam segerombolan mat-mat rempit yang sedang berlumba tiba-tiba kita terpandang sesuatu yang amat menarik perhatian iaitu perbuatan minah rempit yang turut sama melakukan aksi whiley @ wheykang dan sebagainya, namun yang membuat kita bertambah sakit mata apabila minah rempit tadi bertudung malah diantaranya berbaju kurung yang sopan. 



Dengan melakukan pelbagai aksi merempit yang merbahaya dan melulu mungkin akan menambahkan lagi keberanian dan mungkinkah satu episod baru akan muncul dengan kemungkinan mereka ini terlibat dengan aktiviti meragut, menyamun, merompak dan sebagainya. Juragan sering kali berfikir, adakah ibu-bapa budak-budak rempit ini tahu yang anak diaorang sebenarnya mat rempit yang suka menyusahkan orang lain, menggangu ketenteraman awam, berlagak seperti beruk mendapat motorsikal dan apakah perasaan diaorang sekiranya mendapat tahu yang sebenarnya anak mereka adalah mat rempit @ sampah masyarakat? Adakah diaorang ini rasa bangga? Malu? Atau tiada perasaan langsung..Rasanya cukup dahulu ulasan Juragan mengenai perkara ini, Juragan akan cuba mengenalpasti punca-punca mereka ini merempit dengan mengadakan sesi soal jawab dengan mereka ini. Mungkin nanti Juragan boleh berikan cara dan pendapat kepada pihak berkuasa untuk mengatasi masalah rempit ini, yang sedikit sebanyak telah mencalar imej bangsa melayu itu sendiri.    

Thursday, May 20, 2010

Apakah Melayu akan terus melayu?

Hari ini juragan ingin berkongsi sebuah lagi artikel yang sangat menarik untuk kita baca dan fikirkan.

Pecah, pecah, pecah…sampai bilakah kita akan terus berpecah. Perpecahan umat Melayu Islam sudah sampai ke akar umbi. Mutakhir, kerabat diraja dilanda dengan perpecahan yang membawa kebimbangan patik. Ia turut terbawa-bawa dengan pakar-pakar perubatan yang terlibat. Sebagai pacal yang hina dan rakyat jelata, izinkan patik menyorot sedikit fenomena nasib Melayu di bumi Melayu. Apakah petanda ini menunjukkan bahawa kita sudah tidak mampu bertahan lagi. Harap dijauhkan oleh Allah SWT.

Dalam aspek apapun, kita bermasalah. Politik, asyik berpecah. Ekonomi tidak kuat, hanya 8 orang tersenarai daripada 40 orang terkaya di negara kita. Pemilikan ekuiti bumiputera masih pada tahap di bawah 20 peratus. Mereka yang kaya, hidup dengan caranya kayanya. Kadangkala lupa memandang ke bawah bak kata pepatah, bila pandang ke langit, sudah lupa bumi yang dipijak. Dalam bidang Sosial, kita dilanda dengan pelbagai gejala sosial yang menakutkan. Saya amat yakin anak luar nikah yang dibuang dan dibunuh adalah dari kalangan kita.

Tahun 2009 sahaja, hampir 20 ribu anak luar nikah Islam dilahirkan dan didaftarkan. Ini belum termasuk mereka yang menagih dadah, berada di pusat pemulihan, di penjara dan berbagai tempat maksiat yang tidak senonoh dan gejala-gejala lain yang kita sedia maklum seperti tidak solat, merempit, pergaulan bebas, liwat, hasad dengki, bercerai dan sebagainya. Setelah dicampur-campur, berapa jumlah sebenarnya umat Islam yang baik dan berkualiti yang masih tinggal dan boleh diharapkan untuk menjayakan gagasan 1Malaysia?

Jika kita lemah di sana, kuat di sini, masih tidak mengapa. Sekurang-kurangnya kita masih ada back up. Misalnya, ekonomi lemah, politik kuat boleh back up atau sosial lemah, ekonomi kuat back up, begitulah timbal balik seterusnya. Ini tidak, dari politik, sosial, ekonomi dan namakan apa sahaja bidang, boleh dikatakan semua kita lemah. Kita lemah atas bawah, depan belakang, kiri dan kanan. Saya tercari-cari di manakah sudut sebenarnya kita kuat? Apakah keadaan ini yang menyebabkan orang lain mengambil kesempatan?

Ini membuatkan saya mengimbau kekuatan Alam Melayu di zaman lampau, ketika mereka mula menerima Islam setelah sekian lama di bawah pengaruh Hindu-Buddha. Kenapa ketika Islam datang ke Alam Melayu 600 tahun lalu, umat Islam boleh menerima agama baru ini dan seterusnya melupakan segala persengketaan sesama mereka? Yang hanya ada dalam fikiran mereka adalah membina kekuatan dan keyakinan sehingga menjadi bangsa bertamadun. Terbukti, Islam berjaya menyatukan mereka. Melayu Islam menjadi umat yang kuat, gagah dan bertamadun. Kerajaan Islam Melaka menjadi tumpuan seluruh dunia. Secara tiba-tiba nama Alam Melayu melonjak di mata dunia.

Tidak dapat dinafikan berlaku pasang surut apabila Alam Melayu mula ‘dijajah’ oleh barat. Itupun Tanah Melayu tidak dijajah dalam konteks yang sebenar, kerana raja-raja Melayu masih lagi menjadi ketua negara walaupun kehilangan sedikit kuasa. Penjajahan yang sebenarnya masih tidak berlaku kerana orang Melayu masih mempertahankan pemerintahan feudal ketika itu. Walaupun ada berlaku perebutan kuasa antara raja-raja ketika itu, tetapi ianya tetap dapat diselesaikan dengan cara berhikmah.

Kita lihat, semangat Melayu tidak pernah luntur. Sedaya upaya mereka cuba menghalau orang asing yang cuba menjajah mereka. Pejuang-pejuang ketika itu sanggup gugur dan ada yang syahid di medan perang. Kekuatan ini amat menakutkan barat. Terfikir saya, ke manakah hilangnya kekuatan tersebut? Apakah hari ini semangat tersebut telah hilang? Apakah kita sengaja membiarkan ia hilang atau ada perkara lain yang masih belum kita ketahui?

Ini menjadikan saya teringat protokol Yahudi zionis yang mahu menghancurkan Islam melalui pelbagai perancangan dan perencanaan mereka. Saya pernah terbaca Resolusi Mesyuarat Cendekiawan Zionis di Brussels, Switzerland tahun 1897. Intipati resolusi ini lebih kepada perancangan Zionis untuk menakluk dunia dari pelbagai sudut.

Sehingga kini, mereka tidak pernah putus asa untuk menguasai dunia, bermula degan menguasai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan NGO antarabangsa. Dengan cara itu mereka dapat menguasai ekonomi, politik, kewangan, sosial, agama dan semuanya seperti yang dirancangkan. Tidak ada satu pun sejarah besar dunia yang tiada kaitan dengan Yahudi. Sejarah dan bukti kini menceritakan segala- galanya.

Di negara kita misalnya, jika kita tidak bijak menguruskan kepelbagaian kaum di tanah air tercinta ini, sudah lama Yahudi Zionis mengambil kesempatan untuk menapak. Mujur dengan kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu dan kini, keharmonian kaum dapat dibentuk melalui penguatkuasaan undang-undang serta dasar-dasar kerajaan walaupun ada segelintir yang menjadi gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam.

Orang-orang Yahudi mempercayai bahawa mereka adalah tuan kepada dunia ini dan mereka tidak pernah percaya kepada orang lain. Kalau boleh mereka menghapuskan semua agama, terutama Islam dan seterusnya menjadikan orang lain hamba mereka.

Berikut saya ringkaskan 24 protokol Yahudi untuk tatapan semua. Mudah-mudahan kita dapat mengkoreksi diri untuk melihat di manakah kedudukan kita sebenarnya. Apakah kita telah benar-benar telah menari di atas rentak yang telah dimainkan oleh Yahudi agar kita menjadi lemah dan melayu agar kita dikuasainya.

Protokol Yahudi berpegang kepada sebaik-baiknya memerintah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan. Siapa kuat dia dapat. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Justeru, mereka akan cari pemimpin yang tidak bermoral, tetapi pandai mentadbir. Matlamat mesti menghalalkan cara.

Yahudi akan cuba mempengaruhi negara-negara lain untuk mengikut telunjuknya melalui bantuan-bantuan yang diberikan. Nilai satu nyawa Yahudi bersamaan seribu nyawa orang lain. Caranya dengan memporak-perandakan negara lain terutama kalangan negara Islam. Umat Islam hidup keadaan nafsi-nafsi. Yahudi akan cuba menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati mereka prinsip ketuhanan dan jihad, serta menggantikannya dengan ilmu sekular serta lain-lain keperluan duniawi.

Sekiranya ada di kalangan bangsa lain cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk syak wasangka dan perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Iran adalah contoh terbaik sasaran Yahudi hari ini. Yahudi sedaya upaya cuba menghapuskan Iran. Begitu juga mereka yang menjadi duri dalam daging.

Bagi memastikan matlamat Yahudi ini tercapai, maka mereka bertindak memusnahkan perusahaan bangsa lain, iaitu melalui cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat suka kepada maksiat (kejahatan) dan meminum arak di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan golongan terpelajar dari kalangan bangsa lain. Kita lihat semua teknologi terkini dikuasai Yahudi, kita hanya menjadi penonton dan pengguna. Apa yang berlaku di Iraq dan Timur Tengah adalah contoh yang terbaik.

Orang-orang Yahudi akan menabur fitnah supaya timbul keraguan, kekacauan, pertelagahan dan permusuhan sesama sendiri. Bila timbul penentangan terhadap Yahudi, maka Yahudi mengambil kesempatan dengan menyambutnya melalui ancaman kacau bilau dan peperangan secara total di seluruh dunia.

Pemerintah Yahudi dikelilingi oleh segolongan besar pakar-pakar ekonomi dan orang Yahudi sendiri dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan. Yahudi akan membawa masuk racun ‘liberalisma’ ke dalam negara-negara lain supaya menggugat kestabilan politik mereka. Pilihan raya diatur supaya dapat memberi laluan kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat mewakili mereka sebagai agen Yahudi dalam melaksanakan rancangannya. Apakah kemunculan pakatan parti ultra ada kaitan? Sama-sama kita fikirkan.

Penguasaan media antarabangsa dengan propaganda tertentu digunakan sewenang-wenangnya hari ini atas dasar kebebasan atau hak asasi manusia. Kalau bangsa lain diberikan permit menerbitkan 10 akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran masyarakat dunia agar menyebelahi propaganda Yahudi.

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi bertindak menghapuskan golongan korporat dari kalangan bangsa lain, di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan, kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka.

Untuk mengalih perhatian mereka daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi akan membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan yang melalaikan, seks bebas, filem dan bahan porna, sukan, pesta dan sebagainya, sehingga mengalpakan kita daripada agama. Apabila mendapat kekuasaan, Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Tidakkah apa yang berlaku di Palestin menjadi pengajaran kepada kita?

Selain itu, Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa lain dengan kadar faedah yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi bangsa lain akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut. Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Pada masa sama, Yahudi juga akan memastikan kerajaan bangsa lain hendaklah diserahkan kepada mereka yang tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas, akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin Yahudi. Yahudi tidak pernah memberikan peluang kepada umat Islam yang bermoral untuk memerintah. Mereka akan cari pemimpin yang tidak bermoral sebagai pengganti walaupun mungkin terlibat dengan pelbagai skandal.

Berdasarkan ringkasan 24 protokol ini, amat jelas sekali bahawa protokol Yahudi hampir menguasai ke semua bangsa dan negara di dunia ini. Hanya masa yang akan menentukan hasilnya jika diizinkan oleh Allah SWT. Sebagai umat Islam, sudah pasti kita wajib menghalang perancangan jahat Yahudi laknatullah ini.

Cara dengan mengelakkan orang Melayu Islam daripada menjadi melayu seperti layunya rumput semalu bila disentuh. Yahudi gertak sahaja, kita sudah takut dan menurut kata mereka. Saya cukup kagum dengan cara Iran menghadapi serangan dan perancangan Yahudi. Walaupun sebahagian kecil rakyatnya sudah dirosakkan, tetapi disebabkan oleh ketegasan pemimpinnya atas dasar Islam, Yahudi hari ini masih gagal lagi untuk menembusi Iran.

Kita tidak perlu meniru Iran kerana gaya dan cara hidup mereka berbeza. Cuma semangat presiden Ahmadinejad perlu ada pada kita supaya tidak mudah terpengaruh propaganda yahudi dan perlu yakin dengan kekuatan hidup beragama. Melayu tidak akan layu jika berpegang kepada Islam. Jika Islam yang menjadi rujukan dan cara hidup, kita akan terus mendapat kekuatan. Pokoknya, bagaimanakah untuk merealisasikannya? Ia bermula dengan mengelakkan atau mengurangkan perpecahan.

Bersangka baiklah sesama kita. Seburuk-buruk kita, kita tetap bersaudara. Berkawanlah sesama saudara daripada berkawan dengan musuh atas nama Islam.

Saya teringat cerita Cina dahulu kala antara Mencius dan anak muridnya. Anak murid ini mahu menguji kepandaian gurunya. Anak murid ini membawa seekor anak burung dan bertanya kepada gurunya. “Adakah burung di tangannya itu hidup atau mati?” Murid ini pandai, jika gurunya berkata hidup, dia akan genggam anak burung itu sampai mati. Jika gurunya kata mati, dia akan longgarkan genggamannya supaya burung itu hidup. Tujuannya, agar apa jua jawapan gurunya tetap salah. Tetapi murid tidak tahu bahawa gurunya itu lebih bijak. Guru itu menjawab dengan selamba, “masa depan burung itu terletak di tangan kamu”.

Pengajarannya, masa depan anak bangsa negara kita terletak di tangan kita. Marilah kita realisasikan kata-kata Mencius ini, tell me, I will forget. Show me, I may remember. Involve me, I will understand. Hari ini tidak kira, apa jua ideologi dan latar belakang kita, maruah agama, bangsa dan negara mesti diselamatkan daripada tangan-tangan yang cuba menghancurkan kesucian. Jika perlu campurtangan kita mesti campurtangan sebelum yahudi dan seterunya masuk secara perlahan-lahan. Sebenarnya yahudi itu sudah berada di depan mata kita. – Mingguan Malaysia

* nukilan daripada Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.


Sebenarnya Juragan telah lama mengikuti pandangan dan tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengenai pentingnya MELAYU untuk bersatu padu dan menjadi kuat kembali. Malah tidak salah pada fikiran juragan mengatakan Dr. Mohd Ridhuan Tee ini lebih kuat mempertahankan kekuatan dan ketuanan melayu malah melebihi orang melayu itu sendiri. Sehinggakan DAP telah memberikan pelbagai gelaran dan ungkapan yang amat buruk kepada beliau. Namun atas perjuangan Islam beliau tidak beralah mahupun untuk berhenti mempertahankan kekuatan tonggak melayu di Malaysia. Kerana bagi beliau Kekuatan Melayu menggambarkan Kekuatan Islam itu sendiri di Malaysia.

Juragan juga tidak mahu orang bukan melayu mengatakan juragan tidak memahami konsep satu Malaysia. Bagi juragan konsep Satu Malaysia itu sendiri sukar dilaksanakan jika tiada persefahaman dan tolak ansur serta toleransi antara kaum. Perkara pertama yang perlu kerajaan lakukan adalah cuba mewajibkan serta mewujudkan hanya sekolah satu aliran di Malaysia ini. Barulah sikap toleransi serta pemahaman antara budaya dapat dilakukan. Juragan sendiri pernah mempunyai pelajar jagaan (mentee) daripada pelbagai kaum malah sebahagian daripadanya berasal daripada SRJK (c) dan (i). Memang sukar untuk membentuk persefahaman dan kesepakatan namun tindakan tegas juragan yang hanya melayan sesuatu tuntutan jika mereka dapat memberi idea dan pandangan bernas dan fasih bercakap dalam BM menjadi satu kelebihan kepada mereka sekarang. Malah mereka telah berjaya mencipta satu talian persaudaraan antara kaum yang amat kukuh sekarang. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Wednesday, May 19, 2010

Saya Tidak Lagi Peduli DiLabel Racist!

Juragan ternampak artikel ini, sewaktu melayari laman facebook kelab che det, dan juragan rasa tertarik dengan artikel ini dan ingin dikongsikan dengan orang ramai. sumber artikel ini datangnya daripada http://sdrkz.blogspot.com.

Assalamualaikum dan salam perjuangan

Mulai detik dan saat ini, saya akan pekakkan telinga dan tidak lagi peduli dituduh racist, dilabel ultraMelayu, berfikiran Melayu sempit dan kolot.  
Kenapa mesti marah dan takut jika saya bercakap dan mempertahankan hak,maruah dan martabat bangsa Melayu di bumi Melayu tercinta ini !
Kenapa diam membisu dan tidak dilabel racist apabila bukan Melayu menuntut hak yang bukan-bukan !
Saya tidak lagi peduli. Jangan diganggu-gugat bangsa ini. Kerana Allah, demi mempertahankan maruah dan kedaulatan agama, bangsa dan tanahair tercinta, biarlah saya dituduh racist!. Racist saya racist bertempat. Racist berpaksikan kedaulatan perlembagaan dan asas-asas merdekanya sebuah negara Malaysia yang bebas dari penjajah. Saya ahli UMNO. Orang Melayu/Islam yang mengucap syahadah yang satu, bersembahyang menghadap kibat yang satu. Menyembah Allah Yang Satu. Tidak dikongsi. UMNO satu-satunya parti keramat yang jasanya memperjuangkan agama bangsa dan tanahair, tidak dapat dinafikan.

Racistkah UMNO/BN jika orang terkaya di negara dan bumi tercinta ini dimonopoli oleh Cina!. Bercakap benarlah… racistkah UMNO/BN apabila kita lihat semua bandar-bandar besar dari Perlis hingga ke Sabah, malah di Sibu, gedung-gedung perniagaan dikuasai oleh Cina.
Saya tidak marah. Itu hasil kerja keras dan usaha gigih mereka. Tetapi jangan saya dilabel racist sekiranya saya berusaha menyedarkan bangsa Melayu tentang survival mereka di bumi nusantara Melayu ini. Mampukah saya berdiam diri, apabila melihat ekonomi dikuasai oleh Cina dan lanskap politik tanahair semakin kalut. Orang Cina semakin menolak kerajaan BN yang banyak membantu mereka. Mereka mula menggigit tangan yang memberi.

Racistkah saya apabila melihat realiti orang Cina menolak kerajaan BN kerana mahu DAP, sebuah parti chauvanis Cina, menguasai politik tanahair, bumi Melayu tercinta ini. Pada mereka, DAP adalah suara dominan Cina bukan MCA, Gerakan atau SUPP. Sudah tiba masanya saya tidak lagi pedulikan label racist apabila sebahagian besar orang Cina menolak BN dalam PRU 12. Sekali lagi BN dihimpit sampai ke tepi dinding pada PRK di Bukit Gantang, Hulu Selangor dan juga di Sibu.

Peduli apa pada tuduhan rasict! Saya cukup sedar dan insaf, hanya perjuangan BN yang UMNO menjadi terasnya, tanahair tercinta ini mampu mempertahan dan mengangkat martabat agama bangsa dan tanahair.

Ya. Memang benar saya racist. Saya mahu pertahankan agama bangsa dan tanahair ini. Saya racist kerana tingkah laku orang Cina mempamerkan perangai dan sikap racist chauvinist tebal, pekat dan melampau. 
Saya menjadi racist kerana yakin perjuangan UMNO di landasan yang betul, terutama bagi memperkasa ketuanan Melayu, membela agama Islam dan mempertahankan maruah tanahair.Saya menjadi racist kerana mahu mempertahankan hak keistimewaan Melayu. Jangan sekali-kali disentuh. Saya menjadi racist kerana mahu melihat keikhlasan perjanjian kongsi kuasa yang diikat semasa negara mencapai kemerdekaan dipertahankan, diterjemahkan dan diaplikasikan. Bukan hanya retorik kosong dan berpakat semasa pilihan raya.
Memang tidak salah saya menjadi racist sekiranya melihat orang Cina telah maju tetapi bangsa saya sendiri masih terus tertinggal dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan.T erimalah hakikat. Untuk mengukur kedudukan orang Melayu dari segi penguasaan ekonomi amat mudah dan tidak memerlukan metodologi tertentu. Jika dicabut semua bangunan milik Cina, rakyat boleh melihat bahawa tidak ada bangunan yang tinggal. Kuala Lumpur akan jadi padang jarak padang tekukur. Begitu juga dengan Bursa Malaysia. Kalau digugurkan saham milik Cina maka tidak ada apa apa lagi yang tinggal, kecuali papan sahaja.

Tolong jangan lagi menuduh saya racist kerana masih ada pihak yang mempertikaikan hak keistimewaan Melayu. Hentikan tuduhan racist kerana orang Melayu sendiri tidak pernah menganggu kaum lain mengaut kekayaan. Ingat dan sentiasa sedar, terdapat lima perkara yang tidak boleh diganggu-gugat oleh kaum lain iaitu Raja Melayu , agama Islam, bahasa Melayu , adat Melayu dan tanahair. Jangan sesiapa pertikaikannya. Kita telah tetapkan dalam perlembagaan termasuk Artikel 121. Jangan lupa sejarah. Jangan jadi biadap!
Saya tidak malu dituduh racist kerana mempertahankan perlembagaan negara ini. Saya mahu pemimpin Melayu yang menduduki jawatan menteri mesti lebih berani menggunakan kuasa yang mereka miliki untuk memastikan orang Melayu tidak terpinggir di negara sendiri.Jangan layan sama sekali pihak-pihak yang sengaja menidakkan agenda Melayu, sekaligus mahu merubah kontrak sosial.

SAYA TIDAK LAGI PEDULI DITUDUH RACIST!

Juragan: Kadang-kadang juragan merasakan bumi Malaysia ini bukannya milik orang melayu, kerana tiada apa bukti yang menunjukkan Malaysia ini bumi asal orang melayu, kerana semua  KEPENTINGAN dan HAK-HAK orang melayu telah dihapuskan atas dasar dan desakan daripada kaum lain atas nama racist. Semakin hiba dan sayu apabila yang bersungguh-sungguh menghapuskannya adalah orang melayu itu juga sendiri. Pemimpin-pemimpin Melayu itu sendiri juga lupa yang sebenarnya mereka hanyalah mempunyai kekuatan sokongan daripada orang melayu dan bukannya daripada sokongan bukan melayu. Jangan biarkan Melayu merempat dibumi sendiri hanya kerana pemimpin-pemimpin melayu ingin menjadi kaya dan tuntutan hawa nafsu semata-mata. Kepada semua pemimpin yang bernama MELAYU tak kira daripada UMNO, PAS, KEADILAN dan sebagainya MARILAH KITA BERSATU dan MELINDUNGI KEDAULATAN BANGSA dan RAJA-RAJA MELAYU. Juragan merasakan Kaum bukan Melayu tidak perlu melatah dan membuat pelbagai tuntutan yang bukan-bukan bagi mencapai hak serata, sedangkan anda sendiri tidak pernah mencuba untuk menerima kaum melayu apabila mengamalkan sikap double standard di premis perniagaan, syarikat-syarikat swasa. Fikir-fikirkan selamat beramal