Hari ini juragan ingin menceritakan serba sedikit mengenai diri juragan-kritis. Juragan sebenarnya adalah merupakan seorang Mahasiswa Tua yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Bioteknologi Makanan di Fakulti Teknologi Makanan, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Juragan mula mendaftarkan diri pada 16 Julai 2008, setelah meletak jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Management & Science University, Shah Alam. Setelah berkhidmat hampir 4 tahun di MSU.
Juragan telah membuat keputusan yang agak drastik untuk menyambungkan pengajian peringkat PhD di UDM setelah mendapat surat tawaran kemasukan pada Mei 2008. Syukur Alhamdullilah segala yuran pengajian telah dibiayai sepenuhnya oleh UDM dan MOHE atas skim Pasca-siswazah. Juragan juga telah menerima bantuan elaun bulanan daripada UDM menerusi skim yang sama. Kuranglah sikit beban kewangan Juragan, Kalau diikutkan gaji pekerjaan lama sangat lumayan namun Juragan perlu melakukan pengorbanan bagi mengapai apa yang telah dihajatkan. Tajuk penyelidikan Juragan disini adalah "Determination of Oligosaccharides Compounds in Red Pitaya, White Pitaya and Papaya Fruits, Its Potential as an Antioxidants, Antimicrobial, Antiproliferative and Prebiotics Properties" .
Juragan telah mengembangkan lagi prospek penyelidikan mengenai potensi perubatan buah pitaya merah semasa juragan membuat Ijazah Sarjana dahulu. Disini Juragan telah diselia oleh Prof Dr. Abdul Manaf Ali dan Prof Dr. Che Abdullah Abu Bakar. Antara parameter yang perlu dilakukan adalah dengan menentukan komposisi antioksidan (aktiviti antioksidan, kandungan phenolics, penghapusan aktiviti radikal bebas), komposisi keseluruhan Oligosakarida, penentuan bersifat antibakteria oleh pelbagai larutan pengekstrakan keatas mikrob yang terpilih, penentuan antiproliferasi oleh pelbagai larutan pengekstrakan keatas TIGA sel kanser yang terpilih dan penentuan potensi ekstrak buah sebagai sumber penggalak bakteria probiotik. Projek ini secara keseluruhannya telah hampir siap 70% aktiviti kajian makmal. Hanya tinggal satu lagi parameter tambahan, projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada November 2010.
Penentuan Aktiviti Antioksidan, Kandungan Phenolik Keseluruhan dan Aktiviti Penghapusan Radikal Bebas:
Akan bersambung kembali...
adakah saudara juragan masih merindui MSU dan mereka mereka di sana?
ReplyDeleteHa ha maybe kot...terutamanya dollah yang sedang tekun membuat time table..ha ha
ReplyDelete