Saturday, May 29, 2010

Pendapat Juragan-kritis

SEMBOYAN KENAIKKAN HARGA MINYAK TELAH MULA DIPALU


Semalam Dato' Idris Jala telah mengatakan bahawa Malaysia akan BANKRAP menjelang 2019 sekiranya kita tidak melakukan penstrukturan subsidi dan beliau menghebahkan cadangan yang telah dibuat oleh makmal rasionalisasi subsidi kepada orang awam. Antara cadangan yang diberikan oleh makmal tersebut adalah memotong dan menghapuskan semua struktur subsidi yang sedia ada sekarang. Hutang luar negara juga telah meningkat kepada 320 Billion iaitu peningkatan sebanyak 100% daripada jumlah KDNK.

Juragan: Sebenarnya Juragan merasakan ada kebenaran untuk kerajaan memansuhkan subsidi secara berperingkat namun yang menjadi persoalan kepada juragan jika cadangan sebegini diperolehi @ dicadangkan oleh makmal rasionalisasi subsidi, pendapat Juragan tutup sahajalah makmal tersebut kerana jawapan & cadangan penyelesaian yang diberikan boleh dilakukan pada peringkat dalaman jabatan sahaja. Sepatutnya makmal tersebut memberi cadangan alternatif yang boleh dilakukan tanpa perlu membebankan rakyat (bukankah itu sebenarnya cadangan asal penubuhan makmal tersebut). Belum pun habis lagi panik rakyat terhadap kecukupan bekalan gula dan harga gula yang mungkin dinaikkan atas sebab manipulasi oleh pemborong. Rakyat dipanikkan kembali dengan kenaikkan harga minyak. Jumlah purata pendapatan isi rumah bagi golongan sederhana semakin menyusut dengan kenaikkan pelbagai harga barang (Makmal berkenaan boleh membuat kajian perbandingan harga barang antara tahun ini dengan tahun lepas, memang terdapat kenaikkan hampir 20% harga barang..tolong siasat dan dedahkan). 

Kalau dahulu RM 50 boleh beli 10-12 barang-barang keperluan isi rumah namun kini hanya 2-3 barang sahaja. Sudahlah BONUS tahun lepas tidak diberikan (hanya RM500 untuk Persiapan Raya & Buka sekolah) rakyat dibeban pula dengan pelbagai kenaikkan harga barang-barang keperluan (Petugas pemantau harga..hanya boleh memantau bukannya boleh saman atau turunkan harga). Makin bertambah pelik Juragan apabila PM membuat kenyataan yang ekonomi Malaysia semakin pulih dan lebih bagus daripada Negara-Negara lain di Dunia ini. Kalau benarlah ekonomi sudah pulih biarlah hasil ekonomi tersebut sampai kepada masyarakat Malaysia golongan pertengahan terlebih dahulu. Apabila jumlah pendapatan mereka sudah bertambah dan kuat (mengurangkan jurang inflasi, meninggikan nilai Ringgit) barulah perkenalkan dasar-dasar menghapuskan subsidi secara berperingkat. Jumlah keuntungan daripada GLC perlu digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat,dan bukannya dengan membayar bonus dan elaun yang tidak munasabah kepada para CEO yang tamak haloba ini. Jadikan @ Wajibkan setiap GLC mengikut langkah2 CSR yang diamalkan oleh Kumpulan YPJ yang banyak membantu rakyat walaupun kadar keuntungannya tidak setanding GLC utama. Penubuhan Makmal-makmal yang sebelum ini dijangka akan dapat memberikan idea @ penyelesaian yang terbaik buat rakyat perlu di fikirkan semula, tiada guna kalau menubuhkan makmal dan para penyelidik (memakan kos yang besar) tetapi hasil @ cadangan penyelesaiannya tidaklah sebaik yang disangkakan seperti menaikkan harga minyak bagi mengelakkan negara Muflis. Buat apa kerajaan menaja ramai graduan ekonomi diluar negara melalui JPA yang kemudiannya diambil sebagai PTD (untuk membuat penilaian sesuatu keputusan) tetapi membuat keputusan hampir sama dengan orang yang tidak berpelajaran tinggi. Fikir-fikirkan & selamat beramal.


IMAM MUDA

Juragan sangat teruja untuk mengikuti program rancangan Imam Muda di Astro malam tadi. Program latihan dan pengisian tugasan Imam Muda ini amat menarik dan bertepatan dengan tajuk program itu sendiri. Juragan juga tertanya-tanya berapakah nilai hadiah yang bakal diperolehi oleh Pemenang @ Imam Muda itu sendiri adakah ianya setanding dengan Program AF atau sebaliknya. Sepatutnya syarikat korporat Muslim kena memainkan peranan dengan memberi sponsor dan juga hadiah demi memartabatkan lagi program ulung ini.

Tahniah Astro..

No comments:

Post a Comment