Saturday, May 29, 2010

Mat Rempit (Siri 2)

Salam Satu Malaysia juragan ucapkan kepada para pengunjung blog juragan-kritis. Hari ini juragan akan menyambung lagi pendapat mengenai Mat Rempit. Semalam juragan ada terbaca dalam akhbar harian sinar mengenai usaha murni yang dilakukan oleh Datuk Rahin Mohd Said melakukan dialog dengan Mat Rempit dalam usaha mengenalpasti permasalahan dan bagaimana boleh mengatasi jegala Mat Rempit ini selaras dengan moto Mat Rempit Sifar 2010. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Beliau, namun apa yang nampak sedikit kejanggalan program itu tidak melibatkan pembabitan pihak berkuasa seperti Pihak PDRM, ADK dan MKN. 

Bukan hendak menafikan program yang telah dilakukan (sebuah program yang amat bagus) cumanya kalau boleh hargai juga pihak yang sememangnya bertungkus lumus untuk menjaga ketenteraman awam seperti PDRM agar keselamatan rakyat Terengganu terjamin. Persoalan yang kedua bermain di minda penulis ialah adakah mat rempit yang hadir pada program itu adalah mat rempit yang sejati (tegar) dan bukannya budak-budak muda yang sekadar memiliki motor. Kenapa mesti juragan mempersoalkan? baiklah sebenarnya jumlah kehadiran para mat rempit pada program tersebut sebenarnya adalah amat sedikit dan sebahagian daripada sebenarnya berasal daripada kawasan YB Datuk Rahin Mohd Said itu sendiri, namun juragan pada asasnya tidak sekali-kali menyatakan program ini gagal kerana ianya boleh dijadikan satu batu loncatan asas bagi Dun YB itu sebagai pemangkin sebelum dijadikan contoh bagi Dun yang lain pula. Mungkin ramai mempersoalkan kenapa juragan berkata sedemikian, jawapannya mudah sahaja iaitu pada keesokkan hari (jumaat 26/5/2010) setelah program ini dijalankan (khamis 25/5/2010) seperti kebiasaan pada hari cuti minggu iaitu jumaat dan sabtu. Jalan utama K.Terengganu ke Kuala Berang terutamanya di kampung Wakaf Beruas, Kampung Merbau Patah (Pasar Borong), Simpang Tok Ku dan Jalan ke Manir seperti biasa dipenuhi dengan mat-mat rempit yang berleluasa dan bermaharajalela di atas jalan tersebut melakukan pelbagai aksi tungangan secara berkumpulan yang membahayakan. Kebodohan si rempit ini makin terserlah apabila melanggar peraturan jalanraya sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya. 

Kerap kali juga juragan terfikir apakah pihak polis tidak mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh para pengguna jalanraya ini apabila setiap petang pada hujung minggu. Jalan-jalan yang digunakan mat rempit ini juga terletak berhampiran dengan flat kediaman anggota polis di jalan Padang Hiliran berhampiran dengan giant dan mydin mall. Kalau ada peronda polis pun kereta berkenaan hanya sekadar berlalu atau pergi tanpa melakukan sebarang tindakan. Kadang-kadang tu terfikir jugak apakah polis-polis ini makan gaji buta @ berkerja hanya pada hari berkerja sahaja. Hari minggu kalau tak dapat buat OT tak payah buat kerja (anggapan juragan sahaja). Sedih juga melihat apabila melihat aksi sengaja mahu mencabar polis seperti melakukan whiley didepan kereta peronda. Semakin hairan bin ajaib pula juragan rasa.

Juragan ingin mencadangkan agar YB Datuk Rahin turun sendiri untuk melihat masalah ini (kalau boleh dilakukan secara penyamaran). Kalau hendak diharap MB mungkin agak kurang sesuai kerana MB terlalu sibuk dengan pembangunan Kijal & Kemaman. Mungkin juga boleh dicadangkan agar DYMM Sultan Terengganu sendiri melakukan pemeriksaan mengejut dan melihat sendiri aksi Mat Rempit di Negeri Baginda. Kepada pihak PDRM juragan menyarankan agar pihak tuan dapat melakukan operasi pembersihan mat rempit ini secara besar-besaran dengan melibatkan penggunaan unit pasukan PGA yang sememangnya digeruni apabila melakukan sebarang operasi pencegahan jenayah. Kalau boleh lakukan risikan secara penyamaran dan apabila berpeluang terus menangkap mereka ini dan diletakkan dalam lokap selama 2@3 hari bagi menimbulkan rasa serik dan perit dikalangan mereka ini. Mana-mana mat rempit yang positif dadah terus ambil tindakan yang sewajarnya. Jangan lakukan macam sekarang 20km dari kawasan kenderaan peronda telah memasang siren bagi tujuan yang tak pasti. Tolong lakukan sesuatu sebelum perkara ini menjejaskan nama baik dan intergriti PDRM selaku penegak keadilan dan penjaga keamanan. Sekadar cadangan daripada Juragan, namun siapalah juragan untuk didengar suara dan idea ini.

No comments:

Post a Comment