Monday, May 31, 2010

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD NEGARAWAN ULUNG YANG TELAH DIAIBKAN DI UNIVERSITI MALAYA.

Juragan sendiri kurang pasti samaada perkara ini kurang mendapat perhatian ataupun sengaja disenyapkan agar tidak menimbulkan kemarahan oleh orang Melayu khususnya. Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang Negarawan Ulung yang begitu cekal membangunkan dan memodenkan Malaysia sehingga menjadi salah sebuah Negara yang amat dikagumi pencapaian taraf ekonomi dan kemajuan dalam pelbagai bidang termaju sehingga Malaysia terkenal seantero dunia dengan perubahan yang mendadak selama 22 tahun di bawah pemerintahannya. Tun Dr. Mahathir yang begitu dihormati dan disegani oleh kawan dan lawannya sehinggakan Presiden USA pun amat menyanjungi serta menghormati pandangan beliau terutamanya berkaitan dengan pembentukan Negara Palestine yang merdeka serta penyalahgunaan kuasa ekonomi bagi menindas negara-negara miskin serta memperbetulkan tanggapan dunia barat terhadap agama Islam itu sendiri. Tun Dr. Mahathir seringkali diberikan penghormatan yang ulung di kalangan negara-negara membangun dan yang sering ditindas oleh kapitalis barat. 

Sayang seribu kali sayang, tokoh yang begitu Kental dan Ulung ini rupanya dihina dan diaibkan disalah sebuah Universiti Awam di Negaranya sendiri. Inilah yang juragan sifatkan sebagai “Gading yang reput diagong-agongkan, tanduk yang berjasa dilontarkan ke lubang jamban”. Betapa hebatnya masyarakat Malaysia yang dipimpin selama 22 tahun yang mana sepanjang pemerintahannya jarang kedengaran perkara-perkara seperti kenaikan harga minyak petrol, demonstrasi jalanan (kecuali 1998), harga barangan keperluan naik secara mendadak dan sebagainya. 

Akhirnya beliau diaibkan, dihina dan dicemuh hanya kerana disebabkan oleh manusia yang bernama Barry Wain yang merupakan penulis karya Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang mendakwa Tun Dr. Mahathir telah mengakibatkan kerajaan kerugian hampir RM 100 Billion sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Juragan juga agak terkilan kerana Negarawan Ulung ini telah di aibkan, dihina dan dicemuh di satu forum yang berselindung disebalik syarahan akademik di salah sebuah Universiti Awam yang terulung di Malaysia iaitu Universiti Malaya. Adakah ini balasan kita terhadap seorang Negarawan Ulung yang telah membangun dan memajukan Malaysia sehingga terkenal dan terbuka mata masyarakat luar untuk mengenali Malaysia, orang inilah yang telah membina dan memperkenalkan Malaysia dengan kewujudan Menara Berkembar Petronas, Litar F1 Sepang, Bandaraya Pintar Cyberjaya dan PutraJaya (yang sememangnya projek yang diwar-warkan wujud dan berfungsi seperti yang dirancangkan, dan bukannya projek yang tahyul dan atas angin seperti pembangunan pelbagai jenis koridor diseluruh Negara, yang akhirnya duit lesap projek tak berjalan). 

Juragan ingin bertanya kepada semua masyarakat Malaysia, pada zaman kegawatan ekonomi 1998-99 adakah manusia yang bernama Barry Wain ini yang memainkan peranan aktif untuk memulihkan ekonomi Negara yang sememangnya teruk dengan pembelotan sebahagian besar tokoh-tokoh korporat multi-billionaire bukan Bumiputera yang membawa keluar sejumlah besar duit simpanan mereka untuk disimpan di bank-bank luar negara kerana takut apabila berlaku kekacauan seperti rusuhan rakyat seperti yang berlaku di Negara Indonesia (Harta orang kaya dirampas oleh penduduk yang berdemokrasi, yang akhirnya mengakibatkan kerugian kepada mereka). Insan yang diaibkan inilah yang bertungkus lumus dan berperang dengan penyangak matawang asing bagi menjamin dan mengekalkan kedaulatan Malaysia agar tidak menerima pinjaman IMF yang sememangnya terbukti menjerut leher sendiri @ menggali kubur sendiri sambil menantikan diri mati secepat yang mungkin. Perbuatan mengaibkan tokoh ini dan ada juga dikhabarkan turut mencerca orang melayu serta Raja-Raja Melayu oleh kesemua panel yang berasakan diri mereka sebenarnya adalah Dewa Kayangan (hanya mereka sahaja yang benar, orang lain hanya karut). 

Kerasionalan UM dalam membenarkan kelangsungan perkara ini sehingga ke akhir program walaupun pada peringkat awalnya telah menampakkan bayangan "perlarian" fungsi program yang dianjurkan daripada objektif sebenar program boleh dipersoalkan. Kerana adalah terlalu bodoh kalau UM mengatakan program tersebut telah tidak dapat dikawal atas sebab permintaan dan atas nama kebebasan bersuara. Apakah UM juga lupa yang mereka sepatutnya mendokong Perlembagaan Negara Malaysia terlebih dahulu dan bukannya mengadakan program diskusi yang tidak menampakkan sebarang nilai positif kerana Barry Wain bukannya penulis artikel yang berpengaruh dan bagus karyanya, yang ada hanyalah karya bagi menjatuhkan dan menidakkan segala kemajuan dan keamanan yang telah dibawa oleh Tun Dr. Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menjadi PM (Namun dalam masa 5 tahun sahaja pengganti beliau ranapkan segala-galanya termasuklah Negara Malaysia ini). Kesian pada Negarawan ini, niatnya ikhlas untuk memajukan rakyatnya namun beliau telah sakiti dengan pelbagai gelaran seperti racist tidak cukup dengan itu beliau ditelanjangkan pula secara sembunyi-sembunyi oleh mereka yang suka mengambil kesempatan bagi meraihkan undian dan sokongan. Juragan berani kata para pengkritik tersebut adalah Bachul kerana tidak melemparkan serangan-serangan liar kepada Dr. Mahathir secara berdepan @ debat. Mungkin mereka tahu, kalo berdebat pastinya mereka akan kalah kerana Dr. Mahathir seorang yang amat kuat membaca dan melakukan penyelidikan terhadap pembacaan ilmu dan pengetahuan (Beliau bukannya seorang yang suka tidur @ membuang masa). Fikir-fikirkan rakyat Malaysia dan selamat beramal.


KENAPA ANDA TIDAK PATUT PERGI KE A&W.

Juragan terpanggil untuk memberi ulasan terhadap servis yang diberikan oleh Restoran Makanan Ringan A&W di Terengganu. Rasanya baru juragan perasan kenapa bisnes A&W agak kurang memberangsangkan walaupun penjenamaan semula telah dilakukan. 

Adalah pihak pengurusan A&W mengetahui yang sebenarnya servis yang diberikan adalah terlampau lembap dan perlahan jika dibanding dengan restoran makanan segera yang lain seperti KFC dan M’c Donald. Penantian makanan yang baru disiapkan dan dihantar kepada pelanggan memakan masa yang agak lama (hampir sejam menunggu untuk menikmati main course dan rut bir). Suasana persekitaran serta suhu dalam premis sangat menghampakan sehingga dirasakan makan kat tepi pantai lebih nyaman daripada makan dalam restoran (Aircondnya banyak yang jadi potret, abstrak dan tugu daripada berfungsi sebagai penyaman udara). Penipuan jumlah kandungan minuman juga boleh diperkatakan dimana jika kita mengambil rut bir float, jumlah rut bir yang diisikan hanyalah separuh dalam cawan plastic dan selebihnya diletakkan aiskrim sekali dengan buih-buih yang menipu mata pelanggan. Sekiranya anda ingin juga pergi restoran A&W, sila pastikan anda mempunyai sifat sabar tahap dewa, tahan menunggu dan bersedia untuk melupakan kekurangan restoran tersebut.

1 comment:

  1. A&w lambat....even kat kl pun.
    dan yang menghairankan lokasi perniagaan A&w amat lah tidak strategik dan aku tak nampak dimana target client diaorang

    ReplyDelete